BIASISWA YAYASAN ABM 2016 UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5

Yayasan ABM ditubuhkan oleh Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan dana untuk mengimbangi sebahagian daripada yuran program mereka.
Pada masa lalu, pembiayaan sebanyak RM3,000 hingga RM6,000 telah dianugerahkan kepada calon yang berjaya memohon untuk pergi untuk Program Tahunan ke negara-negara berbahasa bukan asli Bahasa Inggeris seperti negara-negara Amerika Latin, Eropah, Asia dan lain-lain.
Siapakah yang layak dan boleh memohon?
Pelajar Tingkatan 5 yang memohon untuk Program Tahunan ke negara-negara berbahasa bukan asli bahasa Inggeris.
Apakah kriteria yang diperlukan?
  • Pemohon perlu datang daripada kelompok keluarga bergaji sangat sederhana dan memerlukan subsidi.
  • Bukti pendapatan perlu disertakan ketika permohonan.
  • Calon-calon perlu mendapatkan gred yang cemerlang dan melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum sekolah.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon kali pertama dalam keluarga berbanding pemohon yang mempunyai adik-beradik yang telah menikmati bantuan daripada organisasi sebelum ini.
Bagaimana saya boleh memohon?
  1. Borang permohonan boleh didapati di sini: Memohon Program AFS.
  2. Hantarkan borang permohonan yang lengkap sebelum atau pada 30 April 2016 kepada:
    SENDING PROGRAM
    AFS MALAYSIA
    A-10-2, Block A, Plaza Glomac,
    Jalan SS 7/19, Kelana Jaya
    47301 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia
Bilakah tarikh tutup permohonan?
Sila ambil perhatian, permohonan biasiswa ini ditutup pada 30 April 2016.
Hubungi
Sekiranya anda memerlukan bantuan berkenaan permohonan anda, atau mempunyai apa-apa soalan tentang negara-negara dan program kami sila email ke info-mas@afs.org dengan Tajuk Subjek: Pertanyaan Permohonan AFS 2016 – 17. atau hubungi kami di talian 03 7887 6866. Pejabat kami beroperasi pada pukul 9 Pagi- 5 Petang ; Isnin hingga Jumaat.
INFO: Pelajar yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing pada bulan Mei/Jun 2016 (temuduga berkemungkinan diadakan semasa cuti sekolah). Permohonan untuk menukar tarikh atau tempat temuduga tidak akan dilayan.