PENDAFTARAN ONLINE DAN CARI KERJA MELALUI SLIM 2018- SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA.

Bagi graduan lepasan Universiti atau kolej-kolej yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan mempunyai kelulusan dalam Ijazah sarjana muda (Degree) yang belum bekerja ataupun yang telah bekerja tetapi gaji tidak setaraf dengan kelulusan anda. Anda amat digalakan untuk membuat permohonan bagi mencari kerja melalui Skim Latihan 1 Malaysia atau dikenali sebagai SLIM



SLIM adalah salah satu interventif kejayaan Malaysia bagi mengurangkan kadar pengangguran lepasan Degree yang berada di Malaysia. dan melalui program ini SLIM telah bekerjasama dengan agensi Kerajaan, syarikat GLC, danbeberapa syarikat swasta besar diMalaysia seperti Khazanah Nasional, KWSP. Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Maybank, Cimb Bank, Hong Leong Bank, Sime Darby, MAS, Airasia, Maybank, MBSB dan banyak lagi.

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA (SLIM) 

Dikenali sebagai program membantu anak-anak muda yang mempunyai kelulusan Degree untuk kebolehpasaran mereka, dan membantu graduan yang sedang menganggur bagi meningkatkan tahap keupayaan diri mereka dengan mempersiapkan mereka dengan ILMU, kemahiran dan pengalaman bekerja dan seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.


Bagi pendaftaran SLIM melalui "online" adalah amat mudah dan pendaftaran ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. 

Untuk mereka yang ingin membuat pendaftaran, anda boleh ke laman sesawang ini. DAFTAR SLIM 2018

Elaun bagi peserta slim juga dinaikan daripada RM 1,500 sebulan ke RM 2,000 sebulan ( sumber daripada http://www.freemalaysiatoday.com)

Sejak Skim Latihan 1 Malaysia ini diperkenalkan pada Jun 2011, SLIM telah berjaya membantu seramai 140,000 graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang mereka inginkan dan sehingga hari ini SLIM terus komited meneruskan program mereka dengan kerjasama syarikat-syarikat berdaftar dibawah SLIM ini.


Anda boleh mendapatkan infomasi yang terkini berkenaan dengan Masa dan Lokasi temuduga SLIM di setiap tempat dan negeri.

Click laman website ini.

http://www.sl1m.my/en


Sebarang pertanyaan berkenaan SLIM anda boleh emailkan ke:

sl1m@epu.gov.my

ALAMAT: Unit Perancangan Ekonomi,
                   Jabatan, Perdana Menteri Kompleks B,
                   Blok 85, Aras 2, 62502 Putrajaya, Malaysia.

Telefon:   03-8872 3376/5336(syarikat & tender Kerajaan)
                03-9972 3351/3379(umum)

LIHAT JUGA 

Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA/JPA IPTA/IPTS di Malaysia