BIASISWA IBNU HAITHAM BANTU PELAJAR CEMERLANG

Presiden MMU, Prof. Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq menyerahkan bantuan itu kepada penerima biasiswa iaitu Raismuanda, Alyaa Afiqah Azman, June Shahira Mohamad Azuwan, Nur Khairunnisa Mashumi, Nnur Aqilah Nor Azami dan Marhaini Abdul Rani pada majlis tersebut. Yang turut hadir Pengarah YUM, Zakiah A. Rahman.
Sejumlah RM1.5 juta biasiswa diperuntukkan oleh YUM untuk Skim Biasiswa Ibnu Haitham bagi membantu pembiayaan kewangan pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke MMU. Tawaran tersebut akan diberi kepada 30 penerima dalam kalangan pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan bagi sesi pengambilan pelajar kemasukan April ini dan sepanjang 2016.
Biasiswa Ibnu Haitham adalah untuk pelajar Islam daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian sama ada di peringkat Asasi, Diploma atau Ijazah dalam pelbagai bidang yang ditawarkan MMU dengan keutamaan diberikan kepada pelajar jurusan Multimedia Kreatif (FCM), Teknologi Maklumat (IT) dan Kejuruteraan.
Biasiswa Ibnu Haitham mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 2014 dan setakat Disember 2015, seramai lapan pelajar telah menerima biasiswa dengan jumlah pembiayaan RM800,000.
Sumber: UTUSAN

BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Atlet Malaysia dalam bidang pengajian berikut di Universiti/ IPT Tempatan yang diiktiraf Kerajaan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia dan Sukan.


SAINS SUKAN * KESIHATAN DAN KECERGASAN * PENGURUSAN KESENGGANGAN * PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI * PENGAJIAN SUKAN * FISIOTERAPI * PEMAKANAN * PENDIDIKAN JASMANI * PERUBATAN *PERGIGIAN * FARMASI * PEMULIHAN ANGGOTA * LAIN LAIN BIDANG BERKAITAN YANG DIPERSETUJUI OLEH KEMENTERIAN SYARAT KELAYAKAN
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan hanya terbuka kepada atlet yang memenuhi syarat:
  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi umur yang ditetapkan pada tarikh tutup permohonan:
    1. 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; atau
    2. 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.
  2. Atlet yang masih aktif dalam sukan dengan sekurang-kurang memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Universiti ASEAN (SUA) atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf sebelum tarikh tutup permohonan. Penyertaan 2 tahun kebelakang sahaja diambil kira. Pegawai dan jurulatih sukan tidak layak memohon.
  3. Kategori permohonan:
    1. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan hendaklah mencapai minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti berikut pada semester terkini (semasa permohonan dibuat) dengan baki tempoh pengajian dua (2) semester atau lebih:
      1. Minimum PNGK 2.00 bagi atlet yang mewakili negara; dan
      2. Minimum PNGK 2.50 bagi atlet yang mewakili institusi/negeri.
    2. Pelajar baru hendaklah telah mendapat surat tawaran pengajian di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pertama dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan secara sepenuh masa.
  4. Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain.
  5. Sihat dari segi mental dan fizikal.
  6. Pemohon-pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajiannya dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  7. Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
  1. Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh KBS.
  2. Elaun Sara Hidup:
    • Ijazah – RM8400 setahun
    • Diploma – RM7560 setahun
  3. Elaun Buku:
    • Ijazah – RM600 setahun
    • Diploma – RM400 setahun
  4. Elaun Alat Perkakas, Elaun Kertas Projek, Elaun Latihan Amali, Elaun Tesis.
  5. Kemudahan Tambang Kapal Terbang:
    • Pelajar semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah, Sarawak dan sebaliknya; atau
    • Pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di Sabah dan disebaliknya; atau
    • Pelajar Labuan yang melanjutkan pengajian di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
TEMPOH PENAJAAN
PERINGKAT PENGAJIANTEMPOH MAKSIMUM PENAJAAN
Diploma3 tahun
Ijazah4 tahun

KAEDAH PERMOHONAN
  1. Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun. Hebahan tawaran diumumkan melalui Laman Web Rasmi Kementerian Belia dan Sukan dan akhbar tempatan yang terpilih. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja melalui e-Biasiswa @http://interaktif.kbs.gov.my/biasiswasukan/login.php.
  2. Pemohon yang layak dipanggil temuduga sahaja perlu membawa bersama dua (2) salinan cetakan permohonan yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
  3. Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
URUS SETIA BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
ARAS 5, MENARA KBS
NO.27, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62570 PUTRAJAYA

TEL : +603-88713000 Samb. 3551 / 3558 / 3557 / 3537
FAKS : +603-8888 8772
Tempoh Permohonan : Akan dimaklumkan kelak

PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) 2018

Program Ijazah Dalam Negara merupakan penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah.
PERMOHONAN
Permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my mulai Mei 2016. Permohonan dibuka kepada pelajar tahun pertama yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester pengajian.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia,
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama; dan
  6. Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).

PERMOHONAN DAN TAWARAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) 2019



Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan dan bermastautin di Sabah dan/atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah/ w.p labuan dipelawa memohon tajaan Biasiswa  Pengajian Tinggi  Diploma atau Ijazah bagi Sesi Pengajian 2019.

Permohonan secara online dibuka bermula pada 30 Mac 2019, permohonan boleh dibuat melalui www.biasiswa.sabah.gov.my. dan tarikh akhir untuk permohonan adalah pada 30 April 2019. kepada calon-calon yang berkelayakan untuk memohon, anda diperlawa untuk membuat permohonan bagi mengelakan tercicir daripada tawaran biasiswa ini.


untuk melihat kelayakan sebelum membuat permohonan sila masuk link ini;-


senarai pelajar IPTA yang boleh memohon BKNS:


senarai pelajar IPTS yang boleh memohon BKNS:




LIHAT JUGA.

BIASISWA BARU YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) UNTUK BUMIPUTERA – TANJAK

Pada 31 Mac 2016 lalu Yayasan Pelajaran Mara (YPM) melancarkan Tabung Lonjakan Pendidikan Melayu & Bumiputera (Tanjak) yang bertujuan bagi mengumpul dana pendidikan bagi keperluan pendidikan masa hadapan kepada pelajar miskin dan kurang berkemampuan dikalangan pelajar Melayu dan Bumiputera.

TANJAK diwujudkan bagi membudayakan konsep penabungan untuk generasi akan datang secara kolektif serta membentuk platform hubungan kerjasama strategik bersama penyumbang.
Konsep TANJAK adalah 70 peratus daripada dana diterima digunakan bagi Program Modal Insan YPM seperti Program Transformasi Kecemerlangan Pelajar. Ia merangkumi Program Tuisyen UPSR, kelas bimbingan YPM-MRSM (Maktab Rendah Sains MARA)/SBP (Sekolah Berasrama Penuh)/SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi), skim bantuan persekolahan dan program pendidikan tertiari. Manakala, 30 peratus lagi akan digunakan untuk tujuan pelaburan bagi menambah dana sedia ada dalam TANJAK. Hasil pelaburan tersebut akan menggunakan konsep Tabung TANJAK iaitu 70 peratus untuk Program Modal Insan YPM dan 30 peratus bagi pelaburan semula.

TABUNG LONJAKAN PENDIDIKAN MELAYU DAN BUMIPUTERA (TANJAK)

Tabung itu menetapkan 6 skop sasaran penyumbang iaitu daripada komuniti MARA sendiri, komuniti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Program ini juga akan membuka peluang kepada peminjam dan usahawan Mara, institusi perbankan melaksanakan tanggung jawab sosial membantu lebih ramai kumpulan memerlukan. Dengan adanya bantuan daripada usahawan dan syarikat-syarikat ini melalui Tanjak, mereka boleh meneruskan pembelajaran.
YPM juga bercadang mengadakan pertemuan tahunan antara penyumbang dan penerima bantuan selain menyediakan penyata kewangan tahunan sebagai salah satu daripada proses ketelusan dan integriti dalam pengurusan pengagihan dana TANJAK.
Sejak dimulakan tiga minggu lalu, jumlah sumbangan TANJAK sudah melonjak kepada RM3.2 juta.
Video Berita Bantuan Pendidikan TAJAK
Syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu yang ingin memberikan sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 8000415952 atas nama YPM atau akaun Bank Islam 14041010080877 atas nama Tabung Tanjak YPM.
Maklumat lanjut mengenai tabung ini boleh diperolehi dengan melayari laman rasmi YPM di http://www.ypm.org.my/index.php/tanjak atau hubungi talian 03-2692727