Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Yayasan UEM Wira Scholarship 2023 open for new application

Yayasan UEM Wira Scholarship application for the year 2023 has been opened to those who are qualified.


Yayasan UEM Wira Scholarship 2023. This scholarship is intended for undergraduate students enrolled in Public Higher Education Institutions (IPTAs).  The opening date for applications is on 9 October 2023, and the closing date is on 19 October 2023.

                                         

Details of the Yayasan UEM Wira Scholarship 2023


Date of application and Deadline:

9 October 2023 – 19 October 2023


Where to study:

● Local IPTA University

Study level

● Degree

Nationality:
Malaysian


Scholarship Overview:

This is a scholarship for students of STPM / Matriculation / Foundation to attain
undergraduate degree at local universities / IPTAs

Criteria of Applicants:

• Malaysian, passionate, energetic high achiever who is committed to self-development,driven to excel, possess excellent communication & interpersonal skills, and holdleadership positions in secondary school.

• STPM/Matriculation/Foundation: Minimum CGPA of 3.5

Preferred Discipline:

• Business (Finance/Business Management/Accounting/Economics)
• Engineering (Civil/Mechanical/Electrical)
• IT and Computer Related (Computer Science, Computer System and Networking,
Software Engineering, Data Science, Data Engineering)




Type of Scholarship:

• Full scholarship

How to apply:

Interested candidates may apply directly to online application via www.yayasanuem.com.my.

Contact information:

G : +603 2727 6868
F : +603 2727 2206
E : scholarship.info@uemnet.com
W : www.yayasanuem.com.my
A : Yayasan UEM
 200001019660 (52267-A)
 19-2, Mercu UEM
 Jalan Stesen Sentral 5
 Kuala Lumpur Sentral 



SEMAKAN SECARA ONLINE KEPUTUSAN PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2020

Semakan secara online keputusan prasekolah bagi tahun 2020, bagi ibu bapa atau penjaga yang telah membuat permohonan secara online menerusi E- prasekolah boleh membuat semakan keputusan melalui Online.


Menerusi e-prasekolah, semakan secara online boleh dibuat pada bila-bila masa untuk ibubap atau penjaga membuat semakan kemasukan untuk anak-anak jagaan anda, jika dahulunya, para ibubap atau pejaga perlu melalui sekolah masing-masing untuk membuat permohonan ataupun membuat semakan.

Namun begitu, Pendaftaran secara manual dan juga semakan secara manual juga masih boleh dibuat melalui sekolah masing-masing. dan anda perlu hubungi sekolah tersebut untuk membuat semakan.

untuk makluman, semakan secara online akan dibuka seperti ketetapan dibawah.

Semakan online bermula pada 05 ogos 2019, pemohon boleh mengklik butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.

Lihat Juga:


untuk permohonan Prasekolah yang telah berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kapada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran. 

Bagi permohonan yang tidak berjaya, anda boleh mengemukakan permohonan RAYUAN yang boleh dibuat bermula pada 5 Ogos 2019 sehingga 20 Ogos 2019.

Sila klik Link ini untuk semakan status permohonan Prasekolah

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN MUET BAGI TAHUN 2025

Semakan jadual peperiksaan MUET bagi tahun 2025


Bagi pelajar yang Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) 2024 yang akan mengambil pepeiksaan MUET pada tahun ini. anda sudah semestinya ingin membuat perancangan yang khusus sebelum hari peperiksaan dijalankan. dan bagi calon persendirian MUET , anda juga perlu membuat persediaan yang terbaik untuk menghadapi hari yang penting.

Lihat Juga:

Cara membuat permohonan calon Persendirian MUET


Untuk memohon peperiksaan MUET (Malaysian University English Test), ikuti langkah-langkah berikut:

Semak Jadual Peperiksaan MUET

Lembaga Peperiksaan Malaysia mengadakan MUET tiga kali setahun:

MUET Sesi 1 (April)
MUET Sesi 2 (Ogos)
MUET Sesi 3 (Disember)

Sila semak tarikh pendaftaran dan peperiksaan di laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM): https://www.mpm.edu.my

Daftar Secara Dalam Talian

Permohonan boleh dibuat melalui portal MUET MPM di:
👉 https://muet.mpm.edu.my

Langkah-langkah:

Daftar Akaun – Jika pertama kali, cipta akaun dengan maklumat peribadi.

Log Masuk – Gunakan ID dan kata laluan.

Isi Borang Pendaftaran – Pilih sesi peperiksaan, pusat ujian, dan kemaskini maklumat.

Bayar Yuran – Pembayaran boleh dibuat melalui FPX (Online Banking), kad kredit/debit, atau di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sahkan Pendaftaran – Cetak slip pendaftaran sebagai bukti.

Bayaran Yuran

Yuran MUET adalah sekitar RM150 - RM250, bergantung pada kategori calon (tempatan atau antarabangsa). Pastikan pembayaran dibuat sebelum tarikh tutup pendaftaran.

Semak Jadual & Ambil Peperiksaan

Muat turun jadual peperiksaan dari laman MPM.

Hadir ke pusat peperiksaan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Bawa slip pendaftaran, kad pengenalan, dan alat tulis yang diperlukan.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi MPM di 03-61261600 atau emel muet@mpm.edu.my.



CARA DAN PANDUAN TERKINI UNTUK MEMBAYAR PINJAMAN PTPTN GUNA AKAUN 2 KWSP/EPF

Cara dan panduan terkini untuk membayar pinjaman PTPTN guna akaun 2 KWSP/EPF,
 bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anda boleh membuat bayaran balik dengan menggunakan akaun 2 KWSP/EPF anda. 


Bagi mereka yang pernah belajar di Institusi Pengajian Tinggi (Awam ataupun Swasta) bagi yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah PTPTN adalah tempat mereka untuk membuat pinjaman bagi pendidikan mereka. setiap tahun PTPTN memberikan pinjaman kepada lebih daripada 1 Juta belia yang melanjutkan pengajian di peringkat IPT.

Jika dahulu, untuk membayar pinjaman PTPTN, anda perlu menggunakan gaji anda untuk membayar pinjaman anda. namun sekarang semua telah menjadi mudah dan cepatk, dimana kerajaan telah memberikan kelulusan bagi peminjam PTPTN untuk membayar pinjaman mereka dengan menggunakan KWSP/EPF akaun 2 mereka.



Lihat Juga: 

Panduan memohon kerja kerajaan melalui SPA8i
Panduan memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN
Permohonan Biasiswa MIDF 

Bayaran Secara Pengeluaran KWSP
  • Pengeluaran Akaun II KWSP Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
  • Peminjam/ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun II KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
  • Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman.
  • Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.
Kelebihan Bayaran Balik Melalui Pengeluaran KWSP
  • Boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
  • Tiada had pengeluaran.
  • Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki.
  • Tiada caj pemprosesan dikenakan
  • Menikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik
Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP
  • Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
  • Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
Nota: Semua peraturan dan polisi bagi tujuan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pihak KWSP.

Kaedah Permohonan Pengeluaran
  • Secara Online (e-Pengeluaran)
  • e-Pengeluaran merupakan penghantaran permohonan pengeluaran secara online melalui Laman Web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.

Langkah permohonan melalui e-Pengeluaran adalah seperti berikut:

Langkah 1:

Login ke i-Akaun ahli, klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.

Langkah 2:
Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.

Langkah 3:

Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Tujuan pengecaman ini adalah bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.

Nota: Ahli diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk hadir di kaunter KWSP dari tarikh Mesej Sekuriti yang di hantar ke inbox i-Akaun dan tarikh akhir untuk proses pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) juga dimaklumkan melalui SMS. Jika ahli tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.

Tempoh Masa Bayaran

KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.


Pendaftaran i-Akaun

Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
  • Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
  • Kiosk KWSP
  • Kaunter KWSP
Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Login KWSP/EPF Klik Disini
Portalk Rasmi KWSP/EPF

PERMOHONAN DAN TAWARAN BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) 2019

Permohonan dan tawaran bagi program ijazah dalam negara bagi tahun 2019, permohonan adalah diperlawa kepada yang mempunyai kelayakan untuk membuat permohonan.


Tawaran Pembiayaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) hari ini.Kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.

Penajaan pelajar di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
  3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Mempunyai kesihatan yang baik; dan
  5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.
Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30;

atau

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:

a) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau

b) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan.

dan

(ii) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;

B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

(i) sedang mengikuti pengajian di tahun pertama;
dan
(ii) lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.

Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2019 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:

(i) Bidang pendidikan;

(ii) Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;

(iii) Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;

(iv) Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE dan UMP-HsKA);

(v) Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;

(vi) Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA;

dan

(vii) Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian.

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

(a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau

(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama tujuh (7) hari mulai 27 April 2019 (Sabtu) sehingga 3 Mei 2019 (Jumaat).. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2019 sebagai bukti permohonan telah dibuat. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 pada setiap hari bekerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 3 Mei 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada September 2019 (tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian). Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal eSILA.

PERMOHONAN ONLINE BIASISWA YAYASAN KUALA LUMPUR KEPONG BERHAD (KLK) 2019

Permohonan Online Bagi Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) 2019, dibuka kepada yang berkelayakan untuk membuat permohonan.


Kuala Lumpur Kepong Berhad, melalui Yayasan KLK adalah sebuah yayasan yang menawarkan Biasiswa penuh kepada golongan muda daripada Malaysia yang sedang belajar atau talah mendapat tempat di mana-mana isntitusi pengajian tinggi di Malaysia. Selapasan tamat pengajian,para penerima biasiswa boleh ditawarkan peluang untuk bekerja di KLK atau unit perniagaannya.

Semasa menjalani pendidikan tinggi, prestasi akademik sarjana dipantau dan mereka dijangka menjalani latihan praktikal di dalam Kumpulan. Pemantauan sedemikian adalah perlu kerana ia hanya memastikan bakat terbaik yang kemudian direkrut untuk meneruskan tradisi kepimpinan cemerlang Kumpulan ini.

NILAI BIASISWA

Pemohon yang berjaya akan diberikan geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus mereka seperti berikut:

Ijazah

– Institusi Awam – RM 10,000 setiap tahun akademik
– Institusi Swasta – RM17,000 setiap tahun akademik

BIDANG PENGAJIAN

Bidang pengajian yang ditawarkan biasiswa Yayasan KLK adalah seperti berikut
  • Sains Pertanian atau disiplin yang berkaitan
  • Sains (Kimia, Bioteknologi)
  • Kejuruteraan (Kimia, Mekanikal, Awam, Elektrik & Elektronik)
  • Perakaunan
  • Teknologi maklumat
  • Seni bina
  • Pengurusan Harta Tanah
  • Perancangan Bandar & Wilayah
KRITERIA / KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Pencapaian akademik yang baik (STPM, A-Level atau minimum setara 2As / Asasi-CGPA minimum 3.5).
  • Menguasai Bahasa Inggeris yang baik, baik ditulis dan bercakap.
  • Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum.
  • Mesti mempunyai penempatan yang disahkan dari institusi pengajian tinggi.
  • Tidak terikat, memegang apa-apa biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi.
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan ikatan 3 tahun dengan Kumpulan di mana-mana lokasi selepas tamat pengajian.
Lihat Juga:

Permohonan bagi biasiswa Bank Negara 2019
Permohonan Online Biasiswa Agro Bank 2019

PROSES PERMOHONAN

Pihak Yayasan KLK mula menerima permohonan biasiswa pada bulan Jun setiap tahun. KLK menggalakkan anda mengemukakan permohonan anda setelah menerima tawaran kemasukan anda dari institusi pengajian tinggi.

Layari pautan di bawah untuk muat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan KLK.

UNTUK PERMOHONAN ANDA BOLEH MELALUI LINK DIBAWAH

PAUTAN PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN KLK

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 SEKOLAH AGAMA BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2019

Permohnan kemasukan ke tingkatan 6 sekolah agama berasrama penuh (SAB) KISAS & SMAP LABU tahun 2019. Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat bagi ke Tingkatan 6, anda adalah diperlawa untuk membuat permohonan.


KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) melalui portal rasmi memaklumkan permohonan adalah dibuka bermula pada 1 April 2019 dan tarikh tutup adalah pada 30 April 2019.

Bagi kemasukan ke SBP terdapat 2 pilihan iaitu

  1. Kolej Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)
  2. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (SMAP LABU)

SYARAT KEMASUKAN 
  • WARGANEGARA MALAYSIA.
  • LULUS PERPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
  • MEMPEROLEHI KEPUJIAN DALAM BAHASA MELAYU SEKURANG-KURANGNYA 6C.
  • MEMPEROLEHI KEPUJIAN DALAM BAHASA ARAB TINGGI SEKURANG-KURANGNYA 6C.
  • LULUS KEDUA-DUA MATAPELAJARAN BERIKUT DAN SATU DARIPADANYA SEKURANGKURANGNYA 6C.
I) PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
II) PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH
  • MEMPEROLEHI AGREGAT TIDAK MELEBIHI 14 MATA UNTUK TIGA MATAPELAJARAN TERBAIK.
  • UMUR TIDAK KURANG DARIPADA 17 TAHUN DAN TIDAK MELEBIHI 20 TAHUN PADA TAHUN PERMOHONAN SEMASA.
  • SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM KISAS DAN SMAP LABU AKAN DIHANTAR KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA MELALUI E-MEL.
Borang  permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 30 APRIL 2019 ke alamat berikut  :

PENGARAH,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
ARAS BAWAH DAN 2,
LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: SEKTOR KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai seperti di bawah:

1) Pn. Yusnidah @ Yusnidiah binti Mahat
    yusnidah.mahat@moe.gov.my
    03-83217336

2) En. Fazrul Azman bin Khairuddin
    azman.khairuddin@moe.gov.my
    03-83217339

Borang permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu boleh dimuat turun melalui URL di bawah: