BIASISWA BARU YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) UNTUK BUMIPUTERA – TANJAK

Pada 31 Mac 2016 lalu Yayasan Pelajaran Mara (YPM) melancarkan Tabung Lonjakan Pendidikan Melayu & Bumiputera (Tanjak) yang bertujuan bagi mengumpul dana pendidikan bagi keperluan pendidikan masa hadapan kepada pelajar miskin dan kurang berkemampuan dikalangan pelajar Melayu dan Bumiputera.

TANJAK diwujudkan bagi membudayakan konsep penabungan untuk generasi akan datang secara kolektif serta membentuk platform hubungan kerjasama strategik bersama penyumbang.
Konsep TANJAK adalah 70 peratus daripada dana diterima digunakan bagi Program Modal Insan YPM seperti Program Transformasi Kecemerlangan Pelajar. Ia merangkumi Program Tuisyen UPSR, kelas bimbingan YPM-MRSM (Maktab Rendah Sains MARA)/SBP (Sekolah Berasrama Penuh)/SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi), skim bantuan persekolahan dan program pendidikan tertiari. Manakala, 30 peratus lagi akan digunakan untuk tujuan pelaburan bagi menambah dana sedia ada dalam TANJAK. Hasil pelaburan tersebut akan menggunakan konsep Tabung TANJAK iaitu 70 peratus untuk Program Modal Insan YPM dan 30 peratus bagi pelaburan semula.

TABUNG LONJAKAN PENDIDIKAN MELAYU DAN BUMIPUTERA (TANJAK)

Tabung itu menetapkan 6 skop sasaran penyumbang iaitu daripada komuniti MARA sendiri, komuniti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Program ini juga akan membuka peluang kepada peminjam dan usahawan Mara, institusi perbankan melaksanakan tanggung jawab sosial membantu lebih ramai kumpulan memerlukan. Dengan adanya bantuan daripada usahawan dan syarikat-syarikat ini melalui Tanjak, mereka boleh meneruskan pembelajaran.
YPM juga bercadang mengadakan pertemuan tahunan antara penyumbang dan penerima bantuan selain menyediakan penyata kewangan tahunan sebagai salah satu daripada proses ketelusan dan integriti dalam pengurusan pengagihan dana TANJAK.
Sejak dimulakan tiga minggu lalu, jumlah sumbangan TANJAK sudah melonjak kepada RM3.2 juta.
Video Berita Bantuan Pendidikan TAJAK
Syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu yang ingin memberikan sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 8000415952 atas nama YPM atau akaun Bank Islam 14041010080877 atas nama Tabung Tanjak YPM.
Maklumat lanjut mengenai tabung ini boleh diperolehi dengan melayari laman rasmi YPM di http://www.ypm.org.my/index.php/tanjak atau hubungi talian 03-2692727