PERMOHONAN ONLINE BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2019/2020

Permohonan online ke program Matrikulasi bagi sesi 2019/2020. Pihak kementerian pendidikan Malaysia (KPM) memperlawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 untuk membuat permohonan bagi tujuan kemasukan ke matrikulasi 2019/2020.


Permohonan Online bagi kemasukan ini dibuka bermula pada 19 Julai 2018 jam 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 30 November 2018 sebelum 12.00 tengah malam.

Senarai dan alamat lengkap kolej matrikulasi di Malaysia

Antara program atau jurusan yang ditawarkan adalah

Program Matrikulasi Sistem Dua Semester

i. Jurusan Sains
ii. Jurusan Kejuruteraan
iii. Jurusan Perakaunan
iv. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

Program Matrikulasi Sistem Empat Semester

 Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)


Syarat kelayakan Permohonan

1) Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019.
2) Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.

a. Jurusan Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran
sama ada Fizik atau Biologi.

b. Jurusan Kejuruteraan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/
Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan
Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.

c. Jurusan Perakaunan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:

Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

d. Jurusan Perakaunan Profesional

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

lihat lagi syarat sebelum membuat permohonan >> Syarat Permohonan


CARA PERMOHONAN

Permohonan Melalui Internet

a. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP).

b. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:

i. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan LP.
iii. No. Pin 5 digit.

c. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.

d. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.

e. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No.Pin. untuk membuat permohonan.

f. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.

g. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018.

h. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.

i. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.

j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018.

      >>Panduan dan tips untuk mengisi permohonan Matrikulasi online<<

 SEMAKAN

a. Pemohon boleh mengemaskini maklumat pada awal Februari 2019.

b. Pemohon boleh melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman rasmi keputusan SPM menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LP.


Bagi mendapat informasi mengenai pendidikan di Malaysia
>> mypendidikanmalaysia.com