SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2018

Semakan keputusan UPSR bagi tahun 2018. Tarikh Peperiksaan UPSR 2018 tahun ini telah berlangsung pada bulan September 2018. Selepas itu pelajar sudah mula rasa berdebar menantikan tarikh keputusan UPSR 2018 akan diumumkan. Menurut laporan terkini, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 29 November 2018 bermula pada jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing.



Sudah semestinya bagi pelajar dan Ibubap/Penjaga kini berdebar-debar menungguh keputusan yang akan diumumkan nanti dan Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat anda boleh membuat semakan disekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 secara online (UPSR online exam result) dan SMS.

Kedua-dua kaedah semakan ini boleh dibuat serta-merta tanpa perlu pergi ke sekolah asal anda untuk mendapatkan keputusan UPSR anda.

Anda Kini boleh membuat semakan keputusan UPSR secara online. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan tersebut. 
UPSR



Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online exam result Dan Short Message System (SMS)Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888




Taniah diucapkan kepada yang berjaya dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2018.
Untuk mengetahui proses pendaftaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) layari Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh 

BIASISWA SELANGOR BRAIN BANK UNTUK PELAJAR PHD 2017

Biasiswa Selangor Brain Bank untuk Pelajar PhD 2017 – Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2017. Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.



SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
  1. Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun.
  3. Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
  4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya. 
  6. Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka luar negara dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2015 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
  7. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  8. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550).
  9. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
  10. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
  11. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
  12. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
  13. Sihat tubuh badan.
  14. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
  15. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.
KATEGORI PEMOHON
Penjawat Awam
  • Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
Orang Awam
  1. Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2. Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada majikan.
BIDANG PENGAJIAN
Skop Smart Selangor
  1. Governance
  2. Energy And Utility
  3. Water Management
  4. Waste Management
  5. Building And Housing
  6. Transport And Mobility
  7. Safety And Security
  8. Healthcare
  9. Disaster Management
  10. Food And Agriculture
  11. Education
Bidang Berkaitan
  1. Human & Social Development
  2. Culture & Heritage
  3. Manufacturing
  4. Environment
  5. Business
  6. Retail
  7. Commercial
  8. Technology
  9. Communication
  10. Islamic Affairs
KAEDAH PERMOHONAN:
  1. Muat turun borang di sini.
  2. Lengkapkan semua dokumen dan hantar secara SERAHAN TANGAN atau POS ke:
    Urus Setia
    Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
    Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Tingkat 3, Bangunan SSAAS
    40503 Shah Alam
  3. Hanya permohonan yang LENGKAP akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
  4. TARIKH TUTUP: 5.00 PETANG 31 JANUARI 2017 (RABU)

4,030 PEMINJAM TERIMA INSENTIF PINJAMAN MARA


KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,030 peminjam menerima pemberian Insentif (Diskaun) Pinjaman Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) setakat 11 Oktober tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata jumlah insentif yang diberikan adalah sebanyak RM17.82 juta melibatkan jumlah bayaran balik sebanyak RM28.95 juta.
“MARA menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran di pelbagai peringkat pengajian bagi melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan negara ke arah negara maju.

“Pelajar yang layak terima skim ini perlu membuat pembayaran balik pinjaman bagi terus menikmati kemudahan yang sama,” katanya.
Beliau menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai jumlah penerima insentif diskaun pinjaman pelajaran MARA bersempena sambutan ke-50 MARA mulai 25 Mac hingga 31 Disember tahun ini serta implikasi kewangan yang terlibat di bawah insentif tersebut.
Nanta berkata, pelbagai program telah dilaksanakan bagi membolehkan pelajar menjelaskan pinjaman pelajaran antaranya program kesedaran di peringkat negeri dan daerah, serta kerjasama dengan institusi lain bagi penyelesaian pembiayaan semula.
Katanya, rundingan bersama pihak MARA boleh dilakukan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian agar pelajar dapat melunaskan bayaran balik baki pinjaman.
“Kita lebih menggalakkan mereka tampil bekerjasama. Kerana itu kita beri mereka diskaun, belum sampai ke tahap yang terlalu tegas kerana MARA ingin membantu pelajar-pelajar,” katanya. – Bernama
Permohonan Insentif sila layari http://insentif50.mara.gov.my
SUMBER: eWarta MARA