Showing posts with label Infomasi pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Infomasi pendidikan. Show all posts

Yayasan UEM Wira Scholarship 2023 open for new application

Yayasan UEM Wira Scholarship application for the year 2023 has been opened to those who are qualified.


Yayasan UEM Wira Scholarship 2023. This scholarship is intended for undergraduate students enrolled in Public Higher Education Institutions (IPTAs).  The opening date for applications is on 9 October 2023, and the closing date is on 19 October 2023.

                                         

Details of the Yayasan UEM Wira Scholarship 2023


Date of application and Deadline:

9 October 2023 – 19 October 2023


Where to study:

● Local IPTA University

Study level

● Degree

Nationality:
Malaysian


Scholarship Overview:

This is a scholarship for students of STPM / Matriculation / Foundation to attain
undergraduate degree at local universities / IPTAs

Criteria of Applicants:

• Malaysian, passionate, energetic high achiever who is committed to self-development,driven to excel, possess excellent communication & interpersonal skills, and holdleadership positions in secondary school.

• STPM/Matriculation/Foundation: Minimum CGPA of 3.5

Preferred Discipline:

• Business (Finance/Business Management/Accounting/Economics)
• Engineering (Civil/Mechanical/Electrical)
• IT and Computer Related (Computer Science, Computer System and Networking,
Software Engineering, Data Science, Data Engineering)




Type of Scholarship:

• Full scholarship

How to apply:

Interested candidates may apply directly to online application via www.yayasanuem.com.my.

Contact information:

G : +603 2727 6868
F : +603 2727 2206
E : scholarship.info@uemnet.com
W : www.yayasanuem.com.my
A : Yayasan UEM
 200001019660 (52267-A)
 19-2, Mercu UEM
 Jalan Stesen Sentral 5
 Kuala Lumpur Sentral 



UPU 2019/2020 PERMOHONAN SECARA ONLINE BAGI KEMASUKAN KE UA/POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA

Upu 2019/2020 permohonan secara Online bagi kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam(ILKA) kini dibuka kepada semua lepasan SPM untuk memohon.


Bagi lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2018, ini adalah peluang yang anda tunggu-tunggu untuk membuat permohonan dan seterusnya melanjutkan pengajian di Institusi pengajian yang dimiliki oleh kerajaan. dan seperti pada setiap tahun permohonan Online melalui UPU akan dibuka untuk kepada semua. Program ini adalah pengajian lepasan SPM untuk melanjutkan ke porgram ASASI, DIPLOMA dan SIJIL.

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon diwajibkan untuk membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional(BSN) Pembelian Nombor Unik ID ini adalah bertujuan untuk pendaftaran permohonan anda di sistem UPU nanti,

NOMBOR UNIK ID boleh dibeli bermula :

25 Februari 2019 sehingga 01 April 2019 

Panduan membeli NOMBOR UNIK ID

Perhatian: Jualan Nombor Unik ID akan ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan, oleh itu calon digesa untuk membeli awal untuk mengelakan tercicir

PERMOHONAN UPUONLINE

Permohonan akan disiarkan sebanyak 2 kali pada hari Ahad, Iaitu pada: 
  • 24 Februari 2019 dan 24 Mac 2019
UPU Online 2019/2010 akan dibuka pada 25 Frebruari 2019 jam 12.00 tengahhari dan akan ditutup pada 02 April 2019 Jam 11.59 Malam.

Calon yang telah membeli Nombor Unik ID di BSN, bolehlah mengemukakan permohonan Online UPU melalui http://upu.moe.goy.my

Pastikan sebelum mmengisikan maklumat dalam UPU online, Calon dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
SEMAKAN PERMOHONAN

Permohonan yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline yang mengndungi maklumat berikut:
  1. Tarikh dan masa hantar permohonan
  2. Tarikh dan masa kemas kini permohonan
  3. Pilihan Program
Jika pemohonan tidak menyimpan?mencetak Slip Permohonan ketika mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengakap permohonan boleh dicetak melalui pautan "SLIP PERMOHONAN"

Baca Juga Tarikh Penting UPU 2019/2020

KEMASKINI PERMOHONAN
  • Setelah berjaya mengemukakan permohonan, anda boleh membuat kemaskini permohonan anda
  • Pemohon perlu mengemaskini pilihan program enam(6) hari selepas Keputusan SPM dikeluarkan
  • Proses kemaskini maklumat boleh dilakukan oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan, sebarang kemaskini maklumat adalah dibawah tanggungjawab pemohon.
TAWARAN
  • Kepada pemohon yang berjaya, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA,Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web rasmi
  • Pemohon hendaklah membuat pengesahan samaada setuju menerima tawaran atau sebaliknya.
  • Tawaran program yang diberikan adalah Muktamad
TARIKH-TARIKH PENTING


RAYUAN
  • Pemohon yang GAGAL mendapatakan tawaran boleh lah mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan.
  • Permohonan rayuan hanya dalam tempoh (5) Hari bekerja selepas hebahan permohonan kemasukan di keluarkan
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA(2) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan.
  • Permohonan rayuan ke Politeknik,Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibuat terus ke agensi/institusi berkenaan
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi terus:


Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia(Pendidikan Tinggi)
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6. Presint 5
Pusat Pentadbhiran KerajaaN Persekutuan
6220 W.P Putrajaya
No. Tel : (03) 8870 8200

PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) MYGRANTS 2019

Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) MyGrants 2019, bagi mereka yang ingin memohon geran penyelidikan permohonan boleh buat bermula pada 15 Januari 2019 sehingga 28 Februari 2019.



FALSAFAH


Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dapat menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL

Penyelidikan Fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.

OBJEKTIF

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.

DOMAIN PENYELIDIKAN

Pembiayaan geran FRGS meliputi domain asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Domain yang dikenalpasti adalah:-

  • Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  • Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  • Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  • Sains Sosial (Social Sciences)
  • Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  • Warisan dan Alam Budaya (Natural and Cultural Heritage)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik Institusi Pengajian Tinggi dengan syarat-syarat berikut:-


  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah); atau
  • Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap dari institusi yang sama.
  • Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap dari institusi yang sama.

KRITERIA PENILAIAN

  1. Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  2. Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi  dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  3. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  4. Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada  agenda  strategik negara.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tidak melebihi 3 tahun penyelidikan.

Permohonan boleh dilakukan melalui Link dibawah:

MyGrants

PERMOHONAN PROGRAM CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA-IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Permohonan Program calon guru tajaan kementeterian pelajaran Malaysia - Ijazaha sajana Muda dengan kepujian (PISMP) bagi tahun 2019, calon bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah diperlawa untuk membuat permohonan.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Pada hari ini, ramai yang ingin menjadi seorang Guru, namun tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPM. berikut adalah berkenaan Program yang ditawarkan untuk calon Guru.

KETERANGAN PROGRAM
 
Nama Program :  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  1. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

SYARAT UMUM

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
3. Sihat tubuh badan.
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
SYARAT ASAS AKADEMIK  

1. Mendapat gred cemerlang (Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM.  
2. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
 Bahasa Melayu; dan

-Sejarah.
-Mestilah lulus Bahasa Inggeris.
-Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Sekolah Kebangsaan (SK)   
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Tamil
  5. Bahasa Iban
  6. Bahasa Kadazandusun
  7. Pendidikan Islam
  8. Matematik
  9. Sains
  10. Pendidikan Khas
  11. Bahasa Arab
  12. Pendidikan Muzik
  13. Sejarah
  14. Pendidikan Jasmani
  15. Rekabentuk dan Teknologi
  16. Pendidikan Awal Kanak-kanak
  17. Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)  
  1. Bahasa Melayu 
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Pendidikan Islam
  5. Matematik
  6. Sains
  7. Pendidikan Khas
  8. Pendidikan Muzik
  9. Sejarah
  10. Pendidikan Jasmani
  11. Rekabentuk dan Teknologi
  12. Pendidikan Awal Kanak-kanak
  13. Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris 
  3. Bahasa Tamil
  4. Pendidikan Islam
  5. Matematik
  6. Sains
  7. Pendidikan Khas
  8. Pendidikan Muzik
  9. Sejarah
  10. Pendidikan Jasmani
  11. 3Rekabentuk dan Teknologi
  12. Pendidikan Awal Kanak-kanak
  13. Bimbingan dan Kaunseling
Baca Juga:



PERMOHONAN
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 13 Mac 2019.  

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga  

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (28 Mac 2019)  

5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.  

6. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.  
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.  
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.  
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.  
hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :  
   
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760 

PERMOHONAN GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPTA/S BAGI TAHUN 2019 - YAYASAN PAHANG

Permohonan geran bantuan pelajar ke IPTA/S bagi tahun 2019, Yayasan negeri Pahang akan memberikankan bantuan geran kepada pelajar daripada negeri Pahang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta. Permohonan adalah terbuka kepada anda yang telah ditawarkan masuk ke IPT.

Bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Ibubapa/Penjaga yang ingin membuat persediaan kemasukan ke IPT untuk anak-anak mereka, Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang memperlawa  mereka yang berkelayakan untuk membuat permohonan dengan segera.

Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2000. Skim ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

Pelajar akan diberi bantuan RM500 dan mulai Januari 2014 pemberian Geran telah diperluaskan dengan Geran 1.0, Geran 2.0 & Geran 3.0 sehingga ke peringkat Sarjana / PhD Bagi kategori permohonan Geran 3.0, kadar pemberian bantuan adalah sebanyak RM1,000. Inisiatif dan rasa terima kasih kerajaan melalui YP kepada anak-anak Pahang yang berjaya.

Berikut adalah kriteria-kriteria yang terlibat :

A. KRITERIA GERAN IPT YP 1.0

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;

  • Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
  • Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.   

2. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM tahun semasa.
3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.
4. Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
5. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:

a) 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Peringkat Asasi/Pra Diploma/Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda) :

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
 
 b) 8 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda:

1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
2. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRazak)
3. Universiti Multimedia (MMU)
4. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
5. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
6. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
8. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
 
 c) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
 d) Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
 
 e) Pra Diploma/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 
 f) Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pahang Skills.
 
 g) Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) bagi peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
 
 h) Persijilan Profesional/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
 i) Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma & Ijazah Sarjana Muda secara  francais/usahasama/kawalselia/berkembar dengan universiti-universiti awam tempatan sahaja.
 
 j) Program persediaan ke luar negara tajaan agensi Kerajaan contoh seperti JPA, MARA, FELDA, PETRONAS.
 
 k) Sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 
 l) Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja.
 
 m) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi peringkat Diploma.
 
 n) DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHUAM) bagi peringkat Diploma.
 
 o) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi peringkat Sijil dan Diploma sahaja.
 
Baca Juga:

Permohonan Biasiswa Maxis 2019
Permohonan Bantuan Pelajaran AM IPT 2019
Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Islam 2019

B. KRITERIA GERAN IPT YP 2.0

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;

  • Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
  • Sekiranya pemohon dan ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

2. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun semasa secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.

3. Keputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 2.80.
4. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar.

5. Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.

6. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
   
 a. 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

 1. Universiti Malaya (UM)
 2. Universiti Sains Malaysia (USM)
 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
 5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
 6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
 7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
 9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
 
 b. Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 c. Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
 d. Pahang Skills
 e. Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
 
C. KRITERIA GERAN YP 3.0

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;

  • Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
  • Sekiranya pemohon dan ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

2. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran dan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) / Kedoktoran (PhD) bagi tahun semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.

3. Keputusan peringkat ijazah sarjana muda/Ijazah sarjana dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 3.00.

4. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar.

5. Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.

6. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah :
 
 1. Universiti Malaya (UM)
 2. Universiti Sains Malaysia (USM)
 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
 5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
 6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
 7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
 9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
 10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
 12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
 15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
 16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
 17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
 18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
 19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
 20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
 21. Universiti Islam Malaysia (UIM)

Untuk permohonan Geran Bantuan Pelajar IPT 2019, Sila Klik Link ini

HEBAHAN DAN SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN SIJIL PELAJAR MALAYSIA(SPM) TAHUN 2018

Semakan Online dan SMS bagi keputusan Sijil Pelajar Malaysia(SPM) bagi calon pelajar tahun 2023 ,Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diadakan dari Mac 2023 sehingga April 2023 di seluruh sekolah menengah di Malaysia, kepada mereka yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan SPM,  seperti kebiasaan pada setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman tarikh keputusan SPM  dikeluarkan pada bulan MAC pada minggu kedua.  dan Calon boleh mengambil Slip keputusan SPM di sekolah masing-masing bermula pada jam 10.00 pagi (tertakluk kepada Sekolah)


Bagi calon-calon lepasan SPM 2023, mungkin anda telah merancang untuk melanjutkan pengajian anda di IPTA, Politeknik ataupun Kolej Komuniti. berikut adalah perkongsian 


Semakan Online dan SMS result SPM 2023


Dibawah adalah cara bagi mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2023, ianya meliputi tarikh rasmi kepiutusan Diumumkan:

TARIKH RASMI KEPUTUSAN SPM 2018 DIUMUMKAN

TARIKH: 27 MAY 2023
HARI : Isnin
MASA : 10.00 Pagi

Nota: tarikh yang dinyatakan adalah tarikh jangkaan kepada rekod-rekod dan tarikh-tarikh keputusan tahun sebelumnya, tarikh rasmi akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari kementerian pendidikan Malaysia (KPM)



Perhatian: keputusan pengumuman SPM 2023, akan dikeluarkan oleh pihak KPM

CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2023

Berikut adalah cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2023 secara ONLINE dan Melalui SMS.dan sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa:

1) Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10.00 pagi(masa adalah tertakluk kepada sekolah masing-masing)

2) Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

Lihat Juga:


A) Semakan SPM ONLINE

Calon boleh membuat semakan secara online di https://www.myresultspm.moe.gov.my atau lembaga peperiksaaan Malaysia

Sistem semkan hanya akan aktif bermula dari tarikh keputusan SPM diumumkan

B) Semakan Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan SPM juga boleh disemak menggunakan aplikasi mobile yang telah dibangunkan oleh lembaga peperiksaan Malaysia (LP) iaitu e-Lembaga Peperiksaan dan boleh di downlord di Google Play (Android)


C) Semakan melalui SMS

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Cara semakan adalah seperti berikut:
  • Taip SPM Nombor Kad Pengenalan (K/P) Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10.00 pagi bermula dari tarikh rasmi keputusan SPM. Pengguna akan dicaj 15 sen bagi setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS(tidak termasuk SST)
  • perkhidmatan SMS tersedia untuk semua pengguna telco.


KENYATAAN DARIPADA KPM




Bagi Calon-calon lepasan SPM tahun 2023, diharapkan anda mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baik, dan melayakan anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma ataupun asasi.

PERMOHONAN PROGRAM PENERAJU SKIL- JURUTEKNIK PESAWAT BERLESEN

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Permohonan Program peneraju Skil Juruteknik pesawat berlesen.



Bagi mereka yang bercita-cita unutk menjadi seorang juruteknik yang mempunyai lesen, ini adalah peluang anda melalui yayasan peneraju pendidikan bumiputera program peneraju skil juruteknik pesawat berlesen.

(Dengan peluang dinaiktaraf ke Jurutera Pesawat Berlesen) 

Program Peneraju Skil Juruteknik Pesawat Berlesen dilancarkan pada Oktober 2013 sebagai satu lagi inisiatif untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam industri penerbangan negara dan antarabangsa. Ini adalah selaras dengan aspirasi Yayasan Peneraju untuk membawa Bumiputera ke arah kerjaya berpendapatan tinggi, melalui pendidikan dan pensijilan berkualiti.

Syarat-syarat Kelayakan:

1.Bumiputera Warganegara Malaysia;
2.Berumur 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun;
3.Kelayakan Akademik Minima:

Lepasan SPM: Sekurang-kurangnya Gred C bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik

4.Tahap Kesihatan
5.Tidak mempunyai penyakit asma yang kronik;
6.Tidak buta warna. 

Sila masuk ke pautan ini untuk membuat permohonan

PENERAJU SKIL JURUTEKNIK PESAWAT

Perhatian: Calon WAJIB membawa semua dokumen sokongan yang telah disahkan sewaktu menghadiri sesi penilaian. Calon yang tidak membawa dokumen yang lengkap tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi penilaian.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila e-mel kepada penerajuskil@yayasanpeneraju.com.my

Baca Juga:

Permohonan Program Peneraju CIDB Malaysia(penyelia keselamatan Tapak)
Permohonan Program Peneraju CIDB Malaysia(pegawai keselamatan dan kesihatan)