SELEPAS SPM BAGI LEPASAN SPM 2016

Bagi lepasan SPM 2016, mungkin anda sedang berfikir untuk memajukan diri bagi mencapai cita-cita anda, dan mungkin ada sesetengah anda ingin melanjutkan pelajaran tetapi tidak tahu bagaimana.

Ramai diantara anda, sebenarnya ingin menjadi seorang yang mempunyai kerjaya yang menjaminkan kehidupan di masa hadapan dan juga untuk keluarga dan anak-anak anda kelak.

pilihan-pilihan anda sebenarnya memainkan peranan untuk mengubah diri anda sama ada menjadi seorang yang berjaya ataupun sebaliknya.

mungkin ramai yang tidak tahu dimana sebenarnya, selepas mengambil sijil pelajaran Malaysia(SPM) adalah langkah yang pertama untuk masa depan anda. pilihan anda sendiri adalah bakal menjadi pengukur bagi kejayaan anda.

di mypendidikanmalaysia.com anda berpeluang untuk mengetahui dimanakah Channel yang betul untuk membantu anda mencari Fund atau kewangan bagi membiayai pendidikan anda nanti.


BIASISWA KERAJAAN JEPUN (MONBUKAGAKUSHO : MEXT1) LATIHAN PERGURUAN 2019


Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT1) Latihan Perguruan 2019– Tawaran biasiswa tajaan Kerajaan Jepun 2016 (Monbukagakusho : MEXT) untuk Latihan Perguruan dibuka  7 Januari sehingga 1 Februari 2019.

Dimaklumkan bahawa Permohonan Online untuk Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2019 (Monbukagakusho : MEXT1) Latihan Perguruan mulai bulan Oktober 2019 sehingga Mac 2021. Permohonan ini terbuka untuk penjawat awam dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan sahaja.


Nama Program: Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: Mext 1)
Dibuka Untuk: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Elaun: 143,000 Yen (RM5547)
Tarikh Permohonan: pada 7 Januari 2019
Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 143,000 yen (ang. RM5,500) akan diberi untuk setiap penerima biasiswa Latihan Perguruan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Tarikh Permohonan/ Pencalonan

Tarikh permohonan online dibuka bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 7 Januari 2019.

Tarikh tutup permohonan online serta pencalonan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan adalah pada 1 Februari 2019.

Keterangan lanjut, syarat-syarat permohonan dan tatacara pencalonan bagi program ini adalah seperti di Lampiran 1. Pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:

Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan
Telefon: 03-8885 3546
Emel: ldp@jpa.gov.my

Lampiran 1

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN TATACARA PENCALONAN KEMUDAHAN JAPANESE GOVERNMENT (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) SCHOLARSHIPS TEACHER TRAINING STUDENTS 2019

Syarat-syarat permohonan dan pencalonan:

(a) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2019 (lahir selepas atau pada 2 April 1984)

(b) Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusa dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira dari 1 Oktober 2019)

(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

(d) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;

(e) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2015, 2016 & 2017) atau (2016, 2017 & 2018). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan

(f)Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu
(1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua
(2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 April 2019):

(g) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah

(h) Telah mengisytiharkan harta

2. TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN

2.1 Tanggungjawab Pegawai.

2.1.1 Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di Portal eSila, JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 7 Januari 2019 sehingga 1 Februari 2019.

2.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

(i) Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);
(ii) Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
(ii) Application Form (beserta gambar/ gambar digital berukuran 4.5cm x 3.5cm);
(iv) Placement Preference Application Form
(v) MEXT Medical Certificate
(vi) Salinan skrol dan transkrip ljazah Pertama dan Sarjana (sekiranya ada) yang telah disahkan
(vii) Surat pengesahan perkhidmatan dan sokongan oleh majikan semasa; dan,
(vii) Sijil pengesahan kompetensi Bahasa Jepun (sekiranya ada).

2.1.3 Dokumen (ii) sehingga (vii) di atas hendaklah dikemukakan dalam bentuk satu (1) dokumen asal dan dua (2) dokumen salinan. Sila rujuk senarai semak, panduan permohonan dan panduan kursus yang disediakan di sistem http://esilav2.jpa.gov.my bagi memastikan permohonan yang dihantar mematuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak penaja.

2.1.4 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

2.2 Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

2.2.1 Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.

2.2.2 Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 dengan menggunakan Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B). Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen di Perenggan 2.1.2

BIASISWA JPA – PROGRAM PENAJAAN YANG DISEDIAKAN OLEH JPA KEPADA PELAJAR


Biasiswa JPA – Program Penajaan Yang Disediakan Oleh JPA Kepada Pelajar. Kemudahan penajaan dan pinjaman JPA bagi pelajar yang perlu anda tahu.


Antara program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut:
  1. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
    Biasiswa ini merupakan biasiswa yang paling berprestij. Ianya terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di dalam dan luar Negara.
  1. Program Biasiswa Nasional
    Kerajaan telah menawarkan Biasiswa Nasional yang merupakan satu program biasiswa istimewa JPA kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengikuti pengajian di universiti-universiti terkemuka di peringkat ijazah pertama di dalam dan luar negara dalam bidang-bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan. Biasiswa berprestij ini diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik lepasan SPM dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa akan datang

  2. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerma
    JPA telah menawarkan penajaan biasiswa kepada 300 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Seperti yang diketahui umum, negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan industri maka program penajaan ke negara-negara tersebut akan memberi peluang kepada negara dalam menyediakan modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan daya saing yang tinggi dan seterusnya dan mengukuhkan industri tempatan.

  3. Program Pelajar Cemerlang STPM
    Kerajaan telah meneruskan Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang merupakan sebuah program penajaan khusus kepada pelajar cemerlang lepasan STPM bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di peringkat ijazah pertama.
  4. Definisi pelajar terbaik lepasan STPM ini adalah 5% pelajar cemerlang STPM yang memperoleh Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.50 dan ke atas. Penerima biasiswa dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  5. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

  6. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan biasiswa penajaan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di dalam pelbagai bidang pengajian.
    Penajaan adalah ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Government Link Company (GLC) iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan IPT Swasta lain yang terpilih.
  7. Program Penajaan Pelajar Perubatan ke Universiti Perdana

  8. Program Universiti Perdana merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan pra-universiti bagi mengikuti pengajian Perubatan di Universiti Perdana di bawah program kerjasama Perdana University – Royal College of Surgeons Ireland (RCSI).
Semua permohonan dan pertanyaan adalah secara online dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my
Rujukan Rasmi info Biasiswa JPA (sekiranya ada perubahan): Portal Rasmi JPA

BIASISWA BAITULMAL MAIPK 2017

Biasiswa Baitulmal MAIPK 2017 – Tawaran Biasiswa untuk pelajar UPSR bagi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK sesi tahun 2017 dibuka.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ( MAIPk) telah membuka penawaran Biasiswa berkenaan di Bawah Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal di bawah peruntukan asnaf fakir miskin bagi membantu pelajar cemerlang di sekolah menengah seluruh negeri Perak sepanjang tempoh 5 tahun.


Sehubungan itu, pihak sekolah mohon untuk menyebarluaskan maklumat ini kepada murid tahun 6 tahun 2016 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2016 sekurang-kurangnya 3A 3B agar memohon biasiswa berkenaan.
Murid yang layak perlu mengambil borang permohonan biasiswa berkenaan di Pejabat MAIPk induk atau cawangan di daerah atau Klik pautan MUAT TURUN BORANG ini untuk muatturun borang bagi mengisi tawaran berkenaan.
Tawaran ini dibuka mulai 17 November 2016 hingga 31 Januari 2017.
File Attachment:
File Name: SURATTAWARANBIASISWABAITULMALMAIPk2017-UPSR.pdf
File Size: 1,543 KB
Sumber: JPN Perak