BIASISWA JPA – PROGRAM PENAJAAN YANG DISEDIAKAN OLEH JPA KEPADA PELAJAR


Biasiswa JPA – Program Penajaan Yang Disediakan Oleh JPA Kepada Pelajar. Kemudahan penajaan dan pinjaman JPA bagi pelajar yang perlu anda tahu.


Antara program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut:
  1. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
    Biasiswa ini merupakan biasiswa yang paling berprestij. Ianya terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di dalam dan luar Negara.
  1. Program Biasiswa Nasional
    Kerajaan telah menawarkan Biasiswa Nasional yang merupakan satu program biasiswa istimewa JPA kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengikuti pengajian di universiti-universiti terkemuka di peringkat ijazah pertama di dalam dan luar negara dalam bidang-bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan. Biasiswa berprestij ini diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik lepasan SPM dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa akan datang

  2. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerma
    JPA telah menawarkan penajaan biasiswa kepada 300 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Seperti yang diketahui umum, negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan industri maka program penajaan ke negara-negara tersebut akan memberi peluang kepada negara dalam menyediakan modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan daya saing yang tinggi dan seterusnya dan mengukuhkan industri tempatan.

  3. Program Pelajar Cemerlang STPM
    Kerajaan telah meneruskan Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang merupakan sebuah program penajaan khusus kepada pelajar cemerlang lepasan STPM bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di peringkat ijazah pertama.
  4. Definisi pelajar terbaik lepasan STPM ini adalah 5% pelajar cemerlang STPM yang memperoleh Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.50 dan ke atas. Penerima biasiswa dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  5. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

  6. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan biasiswa penajaan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di dalam pelbagai bidang pengajian.
    Penajaan adalah ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Government Link Company (GLC) iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan IPT Swasta lain yang terpilih.
  7. Program Penajaan Pelajar Perubatan ke Universiti Perdana

  8. Program Universiti Perdana merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan pra-universiti bagi mengikuti pengajian Perubatan di Universiti Perdana di bawah program kerjasama Perdana University – Royal College of Surgeons Ireland (RCSI).
Semua permohonan dan pertanyaan adalah secara online dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my
Rujukan Rasmi info Biasiswa JPA (sekiranya ada perubahan): Portal Rasmi JPA