BIASISWA BAITULMAL MAIPK 2017

Biasiswa Baitulmal MAIPK 2017 – Tawaran Biasiswa untuk pelajar UPSR bagi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK sesi tahun 2017 dibuka.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ( MAIPk) telah membuka penawaran Biasiswa berkenaan di Bawah Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal di bawah peruntukan asnaf fakir miskin bagi membantu pelajar cemerlang di sekolah menengah seluruh negeri Perak sepanjang tempoh 5 tahun.


Sehubungan itu, pihak sekolah mohon untuk menyebarluaskan maklumat ini kepada murid tahun 6 tahun 2016 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2016 sekurang-kurangnya 3A 3B agar memohon biasiswa berkenaan.
Murid yang layak perlu mengambil borang permohonan biasiswa berkenaan di Pejabat MAIPk induk atau cawangan di daerah atau Klik pautan MUAT TURUN BORANG ini untuk muatturun borang bagi mengisi tawaran berkenaan.
Tawaran ini dibuka mulai 17 November 2016 hingga 31 Januari 2017.
File Attachment:
File Name: SURATTAWARANBIASISWABAITULMALMAIPk2017-UPSR.pdf
File Size: 1,543 KB
Sumber: JPN Perak