SEMAK KEPUTUSAN UPU SESI 2016/2017 ONLINE(mypendidikanmalaysia)




SEMAK KEPUTUSAN UPU SESI 2016/2017 ONLINE


Semak Keputusan UPU Sesi 2016/2017 Secara Online Sekarang! Berita baik buat pemohon yang memohon permohonan Permohonan UPU 2016/207 Online, kini anda boleh menyemak status tawaran kemasukan. Adakah anda lulus atau mungkin gagal? Jom semak semak sekarang!
Sebelum menyemak keputusan UPU 2016 anda perlu mengetahui beberapa tarikh ini. Berikut adalah tarikh semakan bagi program yang berbeza dalam Permohonan UPU:
  • UA/ IPTA – Minggu kedua Mei 2016
  • Politeknik Premier : 15 Mei 2016 selepas 2:00PM
  • Politeknik Konvensional : 26 Mei 2016 selepas 2:00PM
Cara Semak Online Keputusan UPU 2016/2017
SEMAK KEPUTUSAN UPU Sesi 2016 SECARA ONLINE: Semakan boleh dibuat pada laman web: http://upu.mohe.gov.my/web/
SEMAK KEPUTUSAN UPU Sesi 2016 SECARA SMS: Berikut pula adalah cara semakan melalui SMS.
  • Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah ini sekiranya link UPU di atas menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.
Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan ataupun Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini kelak.
  • * Semakan keputusan UiTM Sesi 1 : 2016/ 2017 klik Semakan UiTM

Link Semakan Surat Tawaran

  • Anda boleh melayari laman web rasmi mengikut UA/ IPTA yang anda pohon untuk sesi 2015/ 2016.

  •  Semakan Keputusan UPU Ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA

  • Tarikh semakan pada 26 Mei 2016 selepas jam 200 petang. Klik Politeknik untuk membuat semakan.
  • Akan dikemaskini – Hebahan Keputusan Penempatan dan Cetakan Surat Tawaran Ke Kolej Komuniti di http://www.jpkk.edu.my/jpkk/

D. Permohonan e-Rayuan Keputusan Ke IPTA/ Politeknik

Mereka yang gagal mendapat tawaran ke UA/ IPTA, anda boleh membuat rayuan.
  1. Calon lepasan SPM/ Setaraf – 26 Mei hingga 31 Mei 2016 (selama 5 hari sahaja). Klik e-Rayuan UPU 2016
  2. Calon lepasan STPM/ Setaraf – Minggu kedua Ogos 2016 (Rayuan selama 5 hari)

E. Semakan Keputusan Rayuan UPU

Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak seperti berikut :-
  1. Calon lepasan SPM/ Setaraf – Minggu kedua Jun 2016 selepas 1200 tengahari. Klihttp://upu.mohe.gov.my/web/
  2. Calon lepasan STPM/ Setaraf – Minggu keempat Ogos 2016 

F. Tarikh Penting Permohonan UPU 2016 

Gambar di bawah adalah tarikh-tarikh penting Permohonan UPU 2016 online yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi UPU.


Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU.
  • * Semak keputusan tawaran Matrikulasi klik Matrikulasi
  • * Semak tawaran Tingkatan 6 klik Form 5
Jika anda tidak berjaya dalam permohonan UPU kali ini, anda boleh membuat permohonan rayuan. Permohonan rayuan mula dibuka pada 23 Mei 2016 – 27 mei 2016.
Semoga berjaya dalam permohonan UPU 2016 kali ini.

ENGLISH FOR EMPLOYMENT (E4E) DI COSMOPOINT COLLEGE KOTA KINABALU

Datuk Sei Abdul Rahman menandatangani perasmian program English for Employment (E4E) di Cosmopoint College Kota Kinabalu. – Foto Borneo Today


Kota Kinabalu: Program English for Employment (E4E) telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berserta yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cosmopoint, Encik Mohamad Kamal Nawawi dan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid di Cosmopoint College Kota Kinabalu pada 6 Mei 2017 iaitu Sabtu yang lalu.
Program ini khas ditubuhkan kepada graduan pemegang Diploma, Ijazah yang masih belum mendapatkan pekerjaan dan berminat untuk memantapkan Bahasa Inggeris untuk tujuan pekerjaan. Selain daripada itu, program ini adalah bertujuan untuk membantu graduan tersebut untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang berkaitan.

Seramai 100 graduan yang menyertai program tersebut bakal menjalani kursus intensif selama dua bulan iaitu enam minggu pembelajaran di kolej Cosmopoint Kota Kinabalu dan 2 minggu praktikal di dalam industri, dan semua kos-kos peserta kursus ini adalah ditanggung oleh kementerian tersebut. Kerjasama turut diberikan oleh beberapa pihak industri bertaraf tinggi seperti Hyatt Regency Kinabalu (5 stars), The Klagan Regency Kota Kinabalu (4 stars) dan banyak lagi.

Program ini dapat membantu para graduan menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik serta memperoleh pekerjaan yang bertaraf tinggi.

Artikel: nora

PENAJAAN JPA PROGRAM KHAS JEPUN KOREA PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2017

Penajaan JPA Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman tahun 2017 – Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Program Khas JKPJ tahun 2017.



Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2017. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2016 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.


1. STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS JKPJ
Struktur pengajian bagi Program Khas JKPJ adalah seperti berikut:
Nota:
Dip : Diploma
I.P : Ijazah Pertama
Bch : Bachelor
Ma : Master
DUT : Diplom Universitaire de Technologies
1.1 Program Kejuruteraan Teknikal Jepun
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Teknikal Jepun akan mengikuti kursus persediaan selama 24 bulan di Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun, di INTEC UiTM, Shah Alam. Pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) pada akhir tahun 2 kursus persediaan.
Pelajar yang lulus peperiksaan tersebut dan memenuhi syarat kemasukan ke kolej-kolej teknikal di Jepun serta memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian kejuruteraan peringkat Diploma selama tiga (3) tahun di Kolej Teknikal di Jepun. Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Diploma dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA serta diterima masuk ke universiti di Jepun. Tempoh pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama di universiti di Jepun ialah dua (2) tahun.
1.2 Program Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) Korea
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti program persediaan selama sembilan (9) bulan di INTEC UiTM, Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian peringkat persediaan dan Sijil Bahasa di Seoul National University (SNU), Korea selama setahun. Pelajar yang melepasi had kecemerlangan yang ditetapkan Kerajaan akan diserap ke dalam penajaan melalui dua (2) kaedah iaitu, pelajar yang mendapat keputusan CGPA 3.75 dan ke atas akan ditawarkan pengajian terus ke peringkat ijazah pertama selama (4) tahun dan pelajar yang mendapat keputusan CGPA 3.74 dan ke bawah akan ditawarkan pengajian ke peringkat diploma selama 2 tahun dan ijazah pertama 2 tahun. Agihan pelajar mengikut kolej perlu mengambil kira keseimbangan dari segi kaum, jantina dan negeri asal.

Home / Ijazah / Biasiswa MARA 2017 – Permohonan Program Khas JPA-MARA 2017 BIASISWA MARA 2017 – PERMOHONAN PROGRAM KHAS JPA-MARA 2017

Biasiswa MARA 2017 – Permohonan Program Khas JPA-MARA 2017. Program Kerjasama Khas JPA MARA tahun 2017 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.



Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP).


1.1 Program Akademik Jepun
Program Akademik Jepun (PAJ) merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT).
1.2 Program Berkembar New Zealand
Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zeland Consortium Universities – University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama selama 2 tahun 6 bulan di KYSBS dan 1 tahun 6 bulan di New Zeland.
1.3 Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)
Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di UniKL selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.
2. SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum
i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
ii. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2016;
iii. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
iv. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
v. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
vi. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

BIASISWA PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) LUAR NEGARA 2017

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2017 Luar Negara – Tawaran biasiswa luar negara PNB 2017 kini dibuka untuk permohonan



Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan syarikat pengurusan aset terkemuka di Malaysia dengan jumlah dana di bawah pengurusan melebihi RM260 bilion, merangkumi ekuiti dan hartanah, dan pengurusan unit amanah. Dalam usaha PNB untuk menjadi firma pelaburan distinktif bertaraf dunia.


Program biasiswa PNB memberi peluang kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2016 untuk melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta yang terpilih serta universiti terkemuka di luar negara seperti Australia dan United Kingdom. PNB menjemput calon lepasan SPM 2016 untuk memohon Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2017 bagi mengikuti bidang-bidang pengajian berikut:
BIDANG TAJAAN
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Undang-undang
  • Matematik
  • Sains aktuari dan kejuruteraan
  • Ekonomi
  • Teknologi maklumat
  • Pengurusan risiko
  • Hartanah (hospitaliti)
  • Komunikasi
  • Falsafah, politik dan ekonomi