BIASISWA PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) LUAR NEGARA 2017

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2017 Luar Negara – Tawaran biasiswa luar negara PNB 2017 kini dibuka untuk permohonan



Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan syarikat pengurusan aset terkemuka di Malaysia dengan jumlah dana di bawah pengurusan melebihi RM260 bilion, merangkumi ekuiti dan hartanah, dan pengurusan unit amanah. Dalam usaha PNB untuk menjadi firma pelaburan distinktif bertaraf dunia.


Program biasiswa PNB memberi peluang kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2016 untuk melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta yang terpilih serta universiti terkemuka di luar negara seperti Australia dan United Kingdom. PNB menjemput calon lepasan SPM 2016 untuk memohon Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2017 bagi mengikuti bidang-bidang pengajian berikut:
BIDANG TAJAAN
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Undang-undang
  • Matematik
  • Sains aktuari dan kejuruteraan
  • Ekonomi
  • Teknologi maklumat
  • Pengurusan risiko
  • Hartanah (hospitaliti)
  • Komunikasi
  • Falsafah, politik dan ekonomi


Pelajar yang terpilih perlu menjalani program A-LEVEL atau South Australian Certified of Education (SACE) yang dikendalikan oleh PNB.
KRITERIA
SYARAT MINIMUM KELAYAKAN
  1. Memperolehi gred minima 8A(A+(cemerlang tertinggi) dan A (cemerlang tinggi) SPM, gred A- (cemerlang TIDAK DIAMBIL KIRA SEBAGAI SALAH DARI KEPERLUAN GRED MINIMA 8A)
  2. Memperolehi gred minima 2A bagi subjek bahasa inggeris 1119 (GCE-O) SPM.
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada 01 Januari 2017
  4. Aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan, mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan
  5. Mempunyai kemahiran insaniah dan komunikasi yang cemerlang
  6. Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
SYARAT TAJAAN KE LUAR NEGARA
  1. Pemohon yang dipilih perlu mengikuti pengajian peringkat A level atau SACE yang ditetapkan oleh PNB.
  2. Pemohon dikehendaki memilih dengan teliti SATU SAHAJA DARIPADA DISIPLIN mengikut bidang pengajian yang ditetapkan oleh PNB.
  3. Lulus pengajian di peringkat A-level atau SACE dan pelajar akan ditempatkan di universiti luar negara pilihan PNB.
KAEDAH PERMOHONAN
  1. Muat turun borang permohonan di sini (Klik kanan dan Save as)
  2. Isi dan lengkapkan semua butiran yang dikehendaki seperti dalam borang permohonan.
  3. Sertakan salinan slip keputusan SPM 2016 dan salinan sijil atau dokumen yang dinyatakan dalam borang permohonan di bahagian XI
  4. Borang biasiswa perlu diisi dengan jelas dan tepat. Pihak PNB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu pada bila-bila masa.
  5. Pastikan semua dokumen yang dinyatakan dalam senarai semak di bahagian XI telah disertakan sebelum menghantar borang permohonan
  6. Isikan nama penuh di bahagian atas borang yang telah lengkap diisi ke alamat :
    Jabatan Pembangunan Pendidikan,
    Permodalan Nasional Berhad
    Tingkat 38, Menara PNB,
    201-A Jalan Tun Razak,
    50400 Kuala Lumpur.
HUBUNGI
Sebarang pertanyaan dan info lanjut mengenai biasiswa PNB boleh didapati di sini
Tarikh tutup permohonan: 24 Mac 2017.