BIASISWA BESTARI YAYASAN SARAWAK 2017

Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak 2017 – Tawaran Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak sesi tahun 2017 kini dibuka untuk permohonan.


Permohonan adalah terbuka kepada anak-anak Sarawak yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang memohon Skim Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University of Technology Miri Campus dan University College of Technology Sarawak, Sibu.


(A) KRITERIA PERMOHONAN
i. Terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan peringkat Matrikulasi/Asasi/A-Level/Diploma/STPM atau yang setaraf dengannya dan mereka yang dalam pengajian dengan institusi berkenaan, yang sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA sekurangkurangnya 3.0 dan ke atas.
ii. Sifat kepimpinan yang tinggi dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum merupakan kriteria tambahan yang boleh menyokong permohonan (sila kepilkan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan)
iii. Pilihan kursus yang ditawarkan adalah terbuka kepada semua kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda.
(B) PROSES PERMOHONAN
i. Permohonan hendaklah dibuat secara “online” melalui laman web Yayasan Sarawak di www.yayasansarawak.org.my .
ii. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi masing-masing beserta salinan dokumen sokongan dan sijil yang sudah disahkan ;
  • Swinburne University of Technology Sarawak Campus Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching Tel : (082) 416 353 Fax: (082) 428 353
  • Curtin University of Technology Miri Campus CDT 250, 98000 Miri Tel : (085) 443 939 Fax : (085) 443 838
  • University College of Technology Sarawak 868 Persiaran Brooke, 96000 Sibu Tel : (084) 367300 Fax : (084) 367301
iii. Hanya calon yang telah disenaraipendek dan ditapis sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
iv. Yayasan Sarawak berhak untuk mengubah mana-mana kandungan pada iklan ini
(C) TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat seperti pada perenggan B(ii) selewat-lewatnya pada JUMAAT, 7 APRIL 2017.

BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) 2017



Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2017 – Tawaran Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sesi 2017 kini dibuka untuk permohonan.

Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta secara sepenuh masa di peringkat IJAZAH PERTAMA sahaja.

SYARAT-SYARAT AM


  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan. Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
  • Tawaran adalah tertakluk kepada :
  • Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
  • Kemasukan ke semester 1, tahun 1

Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.

Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

KEUTAMAAN BIDANG-BIDANG PENGAJIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

a) Undang-undang
b) Perakaunan
c) Kejuruteraan
d) Senibina
e) Teknologi Komputer dan Maklumat
f) Ekonomi
g) Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan
h) Psikologi dan Kaunseling
i) Veterinar
j) Akaun / Kewangan
k) Sains Sosial
l) Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP

KAEDAH PERMOHONAN

Sila muat turun borang permohonan melalui pautan berikut: Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2017

Borang yang lengkap diisi perlulah dihantar terus ke pejabat YWP pada atau sebelum 23 Ogos 2017.

ARAHAN

Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.

Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.

Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
  • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada).
  • Keputusan / transkrip peperiksaan :
           1)SPM
           2)STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma
  • Surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat.
PERINGATAN

Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.

Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

HUBUNGI

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 11, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur
Tel : +603 2698 3073

PROGRAM ANUGERAH BIASISWA AGROBANK 2017

Program Anugerah Biasiswa Agrobank 2017 – Tawaran Biasiswa Agrobank sesi 2017 kini dibuka untuk permohonan.



Program Anugerah Biasiswa Agrobank yang ditawarkan ini adalah dibuka khas untuk pelajar Ijazah di institusi awam atau swasta. Penerima PTPTN juga boleh memohon!


SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia di bawah umur 23 tahun.
  • Mestilah pelajar ijazah sepenuh masa di IPTA / IPTS tempatan yang diiktiraf.
  • Program Ijazah dengan minimum 4 semester atau 2 tahun pada titik pengambilan/kemasukan i.e September 2016.
  • PNGK minimum 3.30.
  • Minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum akan menjadi kelebihan.
  • Ciri keperibadian yang sangat baik.
  • Tidak boleh menerima mana-mana biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah yang memerlukan bon perkhidmatan.
  • Keputusan perubatan yang memuaskan.
JUMLAH BIASISWA
Elaun
  1. Saraan: RM 3,500.00 setiap semester
  2. Penginapan: RM 2,000.00 setiap semester
  3. Buku: RM 500.00 setiap semester
  4. Praktikal: RM 700.00 setiap semester
  5. Komputer riba pada awal pengambilan/kemasukan
Lain-lain
Bon perkhidmatan bersamaan dengan 1 tahun penajaan untuk pekerjaan 1 tahun dengan Agrobank apabila selesai pengajian dilaksanakan.
KAEDAH PERMOHONAN
  1. Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan sekarang
  2. Lampirkan semua dokumen sokongan dan relevan
  3. Hantar kepada:
    LEARNING AND HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT (LHCD),
    HUMAN RESOURCE DIVISION, AGROBANK
    Level 12, Leboh Pasar Besar, P.O Box 10815, 50726 Kuala Lumpur, Malaysia.
* Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu
TARIKH TUTUP: 23 Ogos 2017

PERMOHONAN BIASISWA SONY 2017


Biasiswa Sony 2017 – Tawaran Biasiswa Sony sesi 2017 kini dibuka untuk permohonan. Maklumat biasiswa adalah seperti di bawah.

Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan tempat kepada bakat-bakat baru untuk membawa kreativiti dan kemahiran teknologi mereka kepada tahap potensi tertinggi. Mereka meletakkan nilai yang tinggi terhadap kepelbagaian kemahiran, pengalaman dan latar belakang budaya dalam menyumbang kepada pasukan dinamik, kreatif & bersemangat kami.


KRITERIA
  • Warganegara Malaysia dengan umur di bawah 25 tahun
  • Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di IPTA / Universiti Awam dan kini dalam tahun kedua atau ketiga
  • Pencapaian akademik cemerlang di sekolah (Tahap SPM / O), Pra-universiti (STPM / A Level / Matriculations)
  • Diploma dan kelayakan ijazah semasa (untuk tahun / semester yang lengkap) dengan PNGK minimum 3.0
  • Mahir dalam bahasa Inggeris, rajin, mempunyai pencapaian akademik cemerlang yang dipadankan dengan ciri kepribadian yang positif dan mempunyai aktiviti tambahan kokurikulum.
JUMLAH BIASISWA
  • RM9,000 setahun.
  • Pelajar akan terikat dan mesti bersedia untuk berkhidmat dengan Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. untuk tempoh masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian.
  • (Terma & Syarat dikenakan)
BIDANG-BIDANG
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik & Elektronik, Mekanikal atau Perisian)
  • Sarjana Muda Perniagaan (Sumber Manusia, Ekonomi, Perakaunan & Kewangan atau Pentadbiran)
  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau Komputer.
  • Bidang lain yang berkaitan dengan bidang di atas.
KAEDAH PERMOHONAN
Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan.
Alamat Penyerahan:
Attention to: MR. KHUSAIRI / MS. ALIAA
Human Resource Division
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 September 2017

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Sony, anda boleh terus berhubung:
Tel: 03-8913 7212/7214
Email: KLScholarship.SOEM@ap.sony.com

TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR (TKWBNS) 2017

Tabung kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS) 2017 – Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor sesi 2017 kini dibuka untuk permohonan
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

KADAR PINJAMAN

Peringkat PengajianKadar Pinjaman
(Setahun)
Ijazah Perubatan
(Perubatan/Pembedahan/Pergigian/Veterinar)
RM7,000
Ijazah Sarjana MudaRM6,500
DiplomaRM4,900
SijilRM4,000
Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.


  • Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.
  • Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.
  • Kuota Penerima: Kuota dibuka kepada 1,500 peminjam sahaja setahun. Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun.

SYARAT-SYARAT AM

Syarat-Syarat PermohonanKeterangan


KelahiranPemohon lahir di Negeri Selangor; atau

Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR
Peringkat PengajianPemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)
PenajaanHanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
Pencapaian AkademikPemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun PengajianPemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.
SYARAT AKADEMIK

Peringkat PengajianKelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda PertamaMemperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred Cdalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
DiplomaMemperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;
Iklan Tawaran

Hebahan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor http://www.selangor.gov.my
Hebahan melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my

Kaedah Permohonan

Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS

Tarikh Permohonan

Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut:

Sesi Pertama: 1 – 28 Februari
Sesi Kedua: 1 – 30 Ogos

Temuduga

  • Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga.
  • Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya Tawaran

Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan.
Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga.

Semakan Temuduga / Keputusan

Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.
Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri.
Kriteria Pemilihan

Mengisi dan memuat naik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP.

Memenuhi semua syarat kelayakan memohon.

Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga

Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira.

Permohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman.

KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.
Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.
Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.
PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA PADA 1 – 31 OGOS 2017.

Untuk pemohon baru mendaftar, sila klik di sini 
Untuk pemohon yang telah mendaftar pada sesi – sesi lepas, sila klik di sini

Biasiswa MARA 2017 – Permohonan Program Khas JPA-MARA 2017

Biasiswa MARA 2017 – Permohonan Program Khas JPA-MARA 2017. Program Kerjasama Khas JPA MARA tahun 2017 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.


Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP).


1.1 Program Akademik Jepun

Program Akademik Jepun (PAJ) merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT).

1.2 Program Berkembar New Zealand

Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zeland Consortium Universities – University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama selama 2 tahun 6 bulan di KYSBS dan 1 tahun 6 bulan di New Zeland.

1.3 Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)

Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di UniKL selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang (BKMB & SPCYP) 2017

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017 – Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang (BKMB & SPCYP) ke universiti tempatan bagi tahun 2017 kini dibuka untuk permohonan.


1. BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR PAHANG 2017

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

KELAYAKAN MEMOHON
  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2016 seperti berikut:-
    (a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
    (b) Calon STPM : 4 Prinsipal A
  4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
NILAI ANUGERAH



2. SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG 2017

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).
a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2017/2018 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA.

SISTEM UPU DI MALAYSIA (MYPENDIDIKAN MALAYSIA)






Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online

Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online merupakan satu sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke institusi pengajian tinggi seperti :-
1.     Universiti Awam (UA)
2.    Politeknik Premier
3.    Politeknik Konvensional
4.    Kolej Komuniti
5.    Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  Semakin tahun jumlah carian Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online semakin meningkat kerana ramai pelajar lepasan SPM dan STPM mengakses laman web tersebut untuk mengemaskini  maklumat mereka serta memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi mengikut keputusan peperiksaan masing-masing. Selain itu, di portal ini juga para pelajar lepasan SPM dan STPM menyemak status permohonan yang telah dibuat mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan.


Permohonan ke IPTA, Politeknik dan ILKA hanya boleh dipohon secara online. Berikut adalah gambar rajah menunjukkan langkah-langkah untuk membuat permohonan UPU.   

University Technology Malaysia



  University Technology Malaysia or known as UTM is a public research university with a focus on engineering, science and technology. It offers courses in subjects ranging from Architecture and Accounting, to Electrical Engineering and Islamic studies. About 2,600 academic staff teaches 18,000 students of whom about 2,500 come from overseas. 




The institution has two campuses, one in the centre of the country's capital, Kuala Lumpur, and the other in the city of Johor Bahru, the state capital of Johor state, which is at the southern tip of peninsular Malaysia. The latter location is UTM’s main campus and there are 10 residential colleges at this site.  Sports facilities at UTM include a soccer stadium, which was opened in 2011 and can seat almost 40,000 people, an Olympic-sized swimming pool, and kayaking and horse-riding centres. The motto of University Technology Malaysia is “in the name of god for mankind” and its maroon and gold emblem is made up of an open book, symbolising the Quran a round-bottomed flask, a symbol of Science; a crescent, the symbol of Islam, and a golden circle, symbolising the universe. UTM's core values are: committed, communicative, creative, consistent and competent. It also has an official song, “Keunggulan Terbilang”. The state of Johor, known for its beaches and rainforests, has a causeway connecting it with the city state of Singapore, while Kuala Lumpur boasts the Petronas Twin Towers, the National Mosque of Malaysia and the Batu Caves







 Subject Rankings