BIASISWA BESTARI YAYASAN SARAWAK 2017

Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak 2017 – Tawaran Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak sesi tahun 2017 kini dibuka untuk permohonan.


Permohonan adalah terbuka kepada anak-anak Sarawak yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang memohon Skim Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University of Technology Miri Campus dan University College of Technology Sarawak, Sibu.


(A) KRITERIA PERMOHONAN
i. Terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan peringkat Matrikulasi/Asasi/A-Level/Diploma/STPM atau yang setaraf dengannya dan mereka yang dalam pengajian dengan institusi berkenaan, yang sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA sekurangkurangnya 3.0 dan ke atas.
ii. Sifat kepimpinan yang tinggi dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum merupakan kriteria tambahan yang boleh menyokong permohonan (sila kepilkan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan)
iii. Pilihan kursus yang ditawarkan adalah terbuka kepada semua kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda.
(B) PROSES PERMOHONAN
i. Permohonan hendaklah dibuat secara “online” melalui laman web Yayasan Sarawak di www.yayasansarawak.org.my .
ii. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi masing-masing beserta salinan dokumen sokongan dan sijil yang sudah disahkan ;
  • Swinburne University of Technology Sarawak Campus Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching Tel : (082) 416 353 Fax: (082) 428 353
  • Curtin University of Technology Miri Campus CDT 250, 98000 Miri Tel : (085) 443 939 Fax : (085) 443 838
  • University College of Technology Sarawak 868 Persiaran Brooke, 96000 Sibu Tel : (084) 367300 Fax : (084) 367301
iii. Hanya calon yang telah disenaraipendek dan ditapis sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
iv. Yayasan Sarawak berhak untuk mengubah mana-mana kandungan pada iklan ini
(C) TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat seperti pada perenggan B(ii) selewat-lewatnya pada JUMAAT, 7 APRIL 2017.