BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) 2017



Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2017 – Tawaran Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sesi 2017 kini dibuka untuk permohonan.

Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta secara sepenuh masa di peringkat IJAZAH PERTAMA sahaja.

SYARAT-SYARAT AM


  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan. Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
  • Tawaran adalah tertakluk kepada :
  • Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
  • Kemasukan ke semester 1, tahun 1

Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.

Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

KEUTAMAAN BIDANG-BIDANG PENGAJIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

a) Undang-undang
b) Perakaunan
c) Kejuruteraan
d) Senibina
e) Teknologi Komputer dan Maklumat
f) Ekonomi
g) Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan
h) Psikologi dan Kaunseling
i) Veterinar
j) Akaun / Kewangan
k) Sains Sosial
l) Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP

KAEDAH PERMOHONAN

Sila muat turun borang permohonan melalui pautan berikut: Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2017

Borang yang lengkap diisi perlulah dihantar terus ke pejabat YWP pada atau sebelum 23 Ogos 2017.

ARAHAN

Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.

Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.

Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
  • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada).
  • Keputusan / transkrip peperiksaan :
           1)SPM
           2)STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma
  • Surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat.
PERINGATAN

Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.

Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

HUBUNGI

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 11, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur
Tel : +603 2698 3073