SISTEM UPU DI MALAYSIA (MYPENDIDIKAN MALAYSIA)






Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online

Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online merupakan satu sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke institusi pengajian tinggi seperti :-
1.     Universiti Awam (UA)
2.    Politeknik Premier
3.    Politeknik Konvensional
4.    Kolej Komuniti
5.    Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  Semakin tahun jumlah carian Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online semakin meningkat kerana ramai pelajar lepasan SPM dan STPM mengakses laman web tersebut untuk mengemaskini  maklumat mereka serta memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi mengikut keputusan peperiksaan masing-masing. Selain itu, di portal ini juga para pelajar lepasan SPM dan STPM menyemak status permohonan yang telah dibuat mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan.


Permohonan ke IPTA, Politeknik dan ILKA hanya boleh dipohon secara online. Berikut adalah gambar rajah menunjukkan langkah-langkah untuk membuat permohonan UPU.   


Panduan dan Syarat Am Permohonan UPU Online
Program Lepasan SPM/Setaraf 
                                                         
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:-
ü  Warganegara Malaysia dan
ü  Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.
Program Pengajian UA dan Politeknik Premier
 Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:-
·         Semua program pengajian di UiTM;
·         Asasi UIAM;
·         Asasi Sains UM;
·         Asasi UNIMAS;
·         Asasi UMS; dan
·         Asasi UniSZA
Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:
·         Asasi Pengajian Islam UM;
·         Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
·         Tahmidi USIM;
·         Asasi UKM, UUM; dan
·         Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier

Program Lepasan STPM/Setaraf

 Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
ü  Pemohon mesti memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu kertas Julai diambil kira;
ü  Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dalam SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) atau;
ü  Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) atau;
ü  Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 MATRIKULASI / ASASI dan;
ü  Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.
Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja. (Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar
  Kementerian Pendidikan Tinggi adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat
yang diperolehi dari laman
web http://upu.mohe.gov.my(portal rasmi upu) serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen  ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.