PENDAFTARAN ONLINE MUET TERAKHIR BAGI TAHUN 2018

Pendaftaran Online peperiksaan MUET yang terakhir bagi tahun 2018 telah dibuka untuk anda membuat permohonan secara online bermula daripada 1 Jun 2018 sehingga 1 Ogos 2018.



Kepada calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana muda anda diwajibkan untuk mengambil peperiksaan MUET. anda boleh membuat permohonan secara online melalui pautan ini.

 http://online.mpm.edu.my/web/guest/calonlogin

Dalam peperiksaan Muet, calon akan diuji Speaking, Reading, Writing dan listening.

lihat juga cara dan panduan pendaftaran online calon persendirian Muet

Panduan Pendaftaran Online Muet


Mengikut kalender peperiksaan Muet 2018, ujian Speaking akan dijalankan pada 24,25,27,26 September dan 1,2 Oktober 2018 manakala ujian bertulis pula adalah pada 29 September 2018.



untuk mendapatkan info lanjut anda boleh ke laman sesawang MPM. lihat juga info terkini melalui mypendidikanmalaysia.com

BANTUAN KEWANGAN BAGI KEMASUKAN KE IPT OLEH ZAKAT PULAU PINANG

Bantuan kewangan bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Zakat Pulau Pinang kepada pelajar-pelajar berasal daripada Pulau Pinang.


Bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk memasuki ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di dalam atau di luar negara, anda boleh memohon Zakat Pulau Pinang. di mana Zakat Pulau Pinang memperuntukan sebanyak RM 5 Juta untuk membantu kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Bantuan Awal  Ke IPT dibuka sepanjang masa dan borang bantuan boleh diambil dimana-mana kaunter berdekatan.

Permohonan Diploma pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya ambilan September 2018

1. DALAM NEGARA:

– Ijazah: RM1000
– Diploma: RM800
– Sijil/Matrikulasi: RM600

2. IPT LUAR NEGARA: RM2000

SYARAT-SYARAT UMUM BANTUAN

-Beragama Islam
-Warganegara Malaysia
-Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun
-Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah

-Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi

i) Bantuan Permulaan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) – Dalam Negara

OBJEKTIF

Membantu meringankan beban pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Universiti Awam atau Swasta dalam Negara .

Permohonan biasiswa Hong Leong Bank 2018

KRITERIA PERMOHONAN

-Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
-Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
-Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran
-Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
-Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
-Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
-Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan
-Kursus perfileman, muzik, tarian dan kursus tajaan KEMAS seperti kursus jahitan, masakan dan sebagainya tidak dipertimbangkan.
-Pelajar dari daerah-daerah di negeri bersempadan (Kulim, Kuala Muda, Parit Buntar dan sekitarnya) dengan syarat pemohon atau penjaga membayar Zakat kepada ZAKAT PULAU PINANG

KAEDAH PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).

5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris

ii) Bantuan Permulaan Universiti (Luar Negara)

OBJEKTIF

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara.

KRITERIA

1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.

2. Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

3. Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

4. Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, ZAKAT PULAU PINANG akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.

5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat

6. Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

7. Pelajar dari daerah-daerah di negeri bersempadan (Kulim, Kuala Muda, Parit Buntar dan sekitarnya) dengan syarat pemohon atau penjaga membayar Zakat kepada ZAKAT PULAU PINANG

KAEDAH PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti perjalanan seperti surat tawaran belajar, salinan visa, passport, tiket kapal terbang dan sebagainya.

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja bagi setiap pelajar

5. Bagi kursus-kursus persediaan yang beriringan dengan kursus sebenar, ZAKAT PULAU PINANG boleh mempertimbangkannya.

Nota : Kursus Iringan – contoh kursus bahasa lain, kursus persediaan ke luar negara, TOEFL dan lain-lain.

HUBUNGI

Alamat:
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466

Tel: 04-549 8088
Facebook: Zakat Penang

Dapatkan Info terkini berkenaan biasiswa, pendidikan, teknologi semasa di mypendidikanmalaysia.com

Cara dan panduan memohon online bagi Program DPLI UM sesi Ambilan September 2018

Cara membuat permohonan Online bagi program DPLI UM sesi Ambilan September 2018. Bagi mereka yang berminat dan berniat untuk membuat permohonan bagi program menjadi pendidik bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda ini. adalah amat digalakan membuat permohonan sebelum 30 Julai 2018



Permohonan online bagi program DPLI UM sesi ambilan September 2018

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan program DPLI UM 2018.

Langkah Pertama

Sila masuk ke patutan ini. >>https://pgadmission.um.edu.my/


Langkah Kedua

Sila terus "login" jika anda telah mendaftar dengan Universiti Malaya (UM) , dan jika belum sila ke button "Create New Account"



Langkah Ketiga

Sila masukkan butiran anda.



Langkah Keempat

Klik register pada kotak yang ditanda merah



Langkah Kelima

Pihak UM akan menghantar kod verifikasi kepada anda melalui email yang telah anda berikan. SILA TUNGGU dan setelah anda telah sampai , sila klik pada link tersebut.

Langkah Keenam

Setelah proses pendafataran telah berjaya, anda perlu Log In kembali ke >>https://pgadmission.um.edu.my/


Langkah Ketujuh

Klik pada add "new programme" seperti dibawah:


Langkah Kelapan

Pastikan permohonan anda seperti berikut:

1. Mode of Programme : "COURSEWORK"
2. Intake: SEMESTER 1, SESSION 2018/2019 (SEP 2018)
3. Academy/ Faculty/ Institute/Center : EDUCATION
4. Programme : PHQ- DIPLOMA IN EDUCATION


Langkah Kesembilan

sila tekan button "Next"


Langkah Kesepuluh

Sila baca dan fahami pernyataan seperti dibawah ini dahulu, jika anda setuju sila scroll dibawah dan klik pada kotak "Tick here if you have read through and agreed with the above terms and conditions".

Semoga info ini dapat membantu anda bagi membuat permohonan DPLI UM bagi sesi Ambilan September 2018. 

untuk mendapatkan info yang terkini berkenaan pendidikan/ biasiswa/ Teknologi terkini sila ke pautan >> mypendidikanmalaysia.com



PERMOHONAN ONLINE BAGI PROGRAM DPLI 2018 UNIVERSITI MALAYA(UM) SESI AMBILAN SEPTEMBER 2018

Permohonan online bagi program DPLI 2018 Universiti Malaya (UM) bagi tahun 2018 Sesi September 2018 kini dibuka sehingga 30 Julai 2018. Peluang kini terbuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda (Bukan pendidikan) untuk menjadi seorang Guru.


Program Diploma Pendidikan lepasan Ijazah Sarjana ini, adalah sebuah program yang ditawarkan kepada pemohon yang mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana muda atau setaraf dengannya, dan mereka akan berpeluang untuk menjadi seorang guru yang akan mengajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia termasuk  sekolah berasrama penuh.

Permohonan online bagi pengambilan felo kohort 2019 untuk program teach for Malaysia (TFM)

*Program ini adalah dibawah program kementerian pendidikan tinggi (KPT) bukannya dibawah kementerian pendidikan Malaysia (KPM)*





Antara bidang yang ditawarkan: 

1. Bahasa Malaysia
2. Matematik
3. Kimia
4. Biologi
5. Fizik
6. Teknologi Pengajaran
7. Kejuruteraan
8. Sains Komputer
9. Pendidikan Islam
10. Pendidikan Tahfiz
11. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Mod Pembelajaran bagi program ini adalah sepenuh masa secara kerja kursus

Bagi mendapatkan Maklumat lanjut dan memohon sila layari https://pgadmission.um.edu.my/


YURAN BAGI KESELURUHAN PROGRAM DPLI UM AMBILAN SEPTEMBER 2018 INI SEBANYAK RM 10,000

KEMAS KINI >> Program ini tiada ikatan dengan kementerian pendidikan Malaysia (KPM) dan juga program ini tidak semestinya dijamin untuk bekerja dibawah KPM cuma hanya akan layak untuk mendapat lesen mengajar dan masuk ke bidang pendidikan sahaja. Program ini tiada elaun/biasiswa seperti program dibawah KPM dahulu KPLI/DPLI.

Permohonan Biasiswa IJM 2018

SYARAT KELAYAKAN BAGI PROGRAM DPLI UM 2018

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur di melebihi 35 tahun.
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan setaraf dengannya daripada IPTA/IPTS
4. Memiliki Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal bahasa Melayu di peringkat STPM boleh diganti kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V)
6. Bagi memohon kurusu perguruan lepad Ijazah ( Sekolah Rendah) J-QAF Mode latihan perguruan berasaskan sekolah, Calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang pengajian islam atau pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
7. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukan Ijazah(skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Negara.
8. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termauk yang sedang mengikuti kursus perguruan lepas Ijazah( sekolah rendah) j-QAF Mode Latihhan Perguruan Sekolah atau kursus dalam cuti tidak layak memohon

CARA MEMOHON ONLINE DPLI UM 2018 

Semoga info ini dapat membantu anda.

Dapatkan informasi pendidikan melalui >> mypendidikanmalaysia.com <<


SEMAKAN ONLINE BAGI RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM 2018

Semakan online bagi rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam semester 1 tahun 2018 telah dibuka kepada pemohon-pemohon untuk membuat semakan.


Bagi anda telah membuat rayuan melalui online untuk kemasukan ke tingkatan enam 2018 anda disarankan untuk membuat semakan. Sistem talian dibuka daripada 11 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018 sebelum 12.00 tengah malam.

anda boleh membuat semakan melalui link ini.
>> https://sst6.moe.gov.my/ <<

lihat juga: panduan permohonan online kemasukan ke gaitmara

untuk melihat info berkenaan kemasukan ke tingkatan enam, sila masuk ke link dibawah:

>> Info Kemasukan ke Tingkatan Enam <<

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus ke

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya 
No. Telefon : 03-8884 9370 

No. Fax : 03-8888 6671

update info daripada portal kpm

dapatkan infomasi terkini berkenaan biasiswa, pendidikan dan teknologi melalui
www.mypendidikanmalaysia.com

SENARAI UNIVERSITI TERBAIK DI DUNIA 2018

QS World University Rankings® 2018 telah mengeluarkan senarai universiti terbaik di Dunia 2018. Hampir 1,000 universiti dari 84 buah negara di seluruh dunia dimasukkan dalam QS World University Rankings® 2018.


Dapatkan Informasi terkini berkenaan Biasiswa

QS World University Rankings® 2018, memberikan anda satu-satunya sumber yang perlu anda rujuk ketika ingin memilih universiti-universiti mana yang hendak dipohon.

Jadual 2018 menyenaraikan 959 universiti teratas di dunia dan didasarkan pada pendapat lebih daripada 75,000 ahli akademik, 40,000 majikan, serta 12.3 juta kertas penyelidikan dan 75.1 juta rujukan.

Kecenderungan yang paling jelas tahun ini adalah penurunan institusi-institusi UK. Daripada 76 kedudukan, 51 telah menurunkan kedudukan dan hanya satu institusi UK menjadi lima teratas – University of Cambridge.

Penemuan Utama:

-MIT mengekalkan kedudukan menjadi universiti berkedudukan teratas di dunia
-UK tetap menjadi empat daripada 10 teratas di dunia. Universiti Cambridge dan Oxford menduduki tempat kelima dan keenam
-AS mendominasi tiga teratas, dengan Stanford muncul di tempat kedua dan Harvard ketiga.

baca juga: Biasiswa Astro

1. Institut Teknologi Massachusetts (MIT)

MIT yang merupakan Universiti dari Amerika Syarikat telah merekodkan sebanyak enam tahun berturut-turut di kedudukan bahagian atas.

2. Universiti Stanford

Tidak ada perubahan di kedudukan nombor dua, terus menahan cabaran daripada Harvard. Stanford seri dengan MIT dalam beberapa penanda aras yang digunakan untuk menyusun kedudukan, tetapi kehilangan kedudukan kerana nisbah pelajar antarabangsa yang rendah di universiti.

3. Universiti Harvard

Pernah menduduki tempat ke-2 pada dua tahun yang lalu, Harvard kini ‘melekat’ di tempat ketiga dalam kedudukan. Universiti AS sekurang-kurangnya dapat merasakan kesalahannya daripada kedudukannya yang terbaik di dunia untuk reputasinya di kalangan ahli akademik yang dikaji untuk kedudukan ini, satu gelaran yang dipertahankan dari tahun-tahun sebelumnya.

4. Institut Teknologi California (Caltech)

Penggerak  utama di kedudukan 10 teratas adalah Caltech, yang berjaya naik satu tangga dari kedudukan tahun lepas. Di tengah-tengah peningkatan ini adalah pelajar yang sangat baik untuk nisbah fakulti dan jumlah citation yang dihasilkan setiap fakulti.

5. Universiti Cambridge

Akhirnya! Setelah kedudukan empat teratas disapu bersih oleh universiti dari Amerika Syarikat, kita akhirnya sampai ke universiti dari negara lain. Cambridge berada di kedudukan keempat pada tahun lalu, jadi ianya tidak mengembirakan mereka dengan kejatuhan. Namun ia bukanlah berita buruk walaupun: universiti Inggeris berada di peringkat terbaik di dunia untuk reputasi majikan dan sekurang-kurangnya dapat menikmati hak-hak membanggakan di atas saingan tertentu.

6. Universiti Oxford

Masih dalam kedudukan keenam dan masih di belakang saingan terdekat iaitu Cambridge, University of Oxford masih mempunyai beberapa alasan untuk diambil kira jika mereka mahu menjadi yang terbaik di Britain. Ia mengatasi Cambridge dalam nisbah pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa, maka kemungkinan mampu memperoleh kedudukan membanggakannya untuk tahun depan.

7. UCL (University College London)

Tiga university UK berturut-turut dalam carta dan UCL salah satu yang mengeluarkan kedudukannya seperti tahun lepas. UCL mempunyai salah satu badan pelajar yang paling ber kepelbagaian di dunia.

8. Imperial College London

Salah sebuah Universiti di London yang mendaki kedudukan satu tangga. Universiti ini cukup dikenali dengan pembelajaran ilmiah dan teknikal, dan begitu juga dengan sekolah perniagaannya.

9. Universiti Chicago

Tempat ke-9 ini kembali semula ke Amerika Syarikat untuk University of Chicago, peningkatan satu anak tangga dari kedudukan tahun lepas. Universiti ini mendapat skor yang sangat kuat untuk reputasi di kalangan ahli akademik.

10. ETH Zurich (Institut Teknologi Persekutuan Switzerland)

Duopoli oleh negara UK-US akhirnya dipecahkan oleh Switzerland untuk tempat ke-10 oleh ETH Zurich. Universiti ini telah jatuh dua anak tangga sejak tahun lalu dan dikecewakan oleh seorang pelajar miskin kepada nisbah fakulti, tetapi mengatasi sekurang-kurangnya salah satu universiti di atasnya dalam setiap kategori lain.

baca juga: PERMOHONAN ONLINE PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PENINGKATAN SKIL YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA




PERMOHONAN ONLINE BIASISWA IJM 2018

Permohonan bagi Biasiswa IJM 2018 telah dibuka sekarang, anda boleh membuat permohonan sehingga 8 Jun 2018.


Program Anugerah Biasiswa IJM ditubuhkan untuk membantu membangun, memupuk dan meningkatkan bakat Malaysia yang muda dan cerah masa depan. Melalui anugerah, pelajar diberi peluang untuk merealisasikan potensi mereka, oleh itu, mencapai cita-cita tertinggi mereka.

Permohonan biasiswa Tan Sri Lee Shing Cheng 2018

Di IJM, kami percaya pendidikan boleh memberi inspirasi kepada pemikiran muda untuk membina masa depan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri dan orang-orang di sekeliling mereka. Dengan Beasiswa IJM, mimpikan impian anda ketika kami bekerjasama dengan anda ke arah kejayaan dunia. Sebuah dunia di mana anda berkembang di luar.

Biasiswa IJM 2018 juga ditawarkan untuk membantu membangun, memupuk dan meningkatkan peluang serta potensi dalam diri rakyat Malaysia untuk keperluan masa depan individu mahupun negara. Melalui biasiswa ini, calon anak muda Malaysia diberi peluang untuk membangunkan potensi diri, memenuhi aspirasi mereka, dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Dapatkan info terkini berkenaan biasiswa 

BIDANG-BIDANG

Kursus pengajian yang ditawarkan di bawah biasiswa IJM adalah seperti berikut:

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Sarjana Muda Ukur Bahan
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

SYARAT-SYARAT

Calon yang ingin membuat permohonan biasiswa hendaklah memenuhi kriteria di bawah:

Warganegara Malaysia, berusia 21 tahun dan ke bawah
Sedang menunggu kemasukan atau telah dimasukkan ke dalam kursus sarjana muda sepenuh masa di sebuah universiti tempatan
Harus mencapai:
Minimum 5A dalam SPM (termasuk Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik) / O-Level; dan
Minimum 3A dalam STPM (mesti lulus Kertas Am) / Matrikulasi / Asasi / A-Level / Diploma, atau setaraf, mengikut mana-mana yang berkenaan
Menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik, bertulis dan lisan
Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum
Bagi mereka yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana, mestilah mencapai sekurang-kurangnya skor PNGK 3.6 dari 4.00 dalam keputusan akhir semester mereka.
Memerlukan bantuan kewangan
Pemohon tidak akan menerima pinjaman biasiswa / pendidikan lain dari mana-mana organisasi / orang lain pada masa permohonannya

SYARAT LAIN


Calon-calon yang berjaya akan berkhidmat sebagai pekerja IJM atau mana-mana anak syarikatnya untuk tempoh yang ditetapkan serta-merta selepas tamat pengajian mereka.

KAEDAH PERMOHONAN

Hantar permohonan secara dalam talian melalui http://career.ijm.com/scholarship/2018

TARIKH TUTUP

08 Jun 2018

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan sila e-mel kepada kami di hr_scholarship@ijm.com

SEMAKAN ONLINE BAGI RAYUAN DAN AMBILAN KE-2 KOLEJ MATRIKULASI 2018/2019

Semakan online bagi rayuan dan ambilan ke-2 ke kolej Matrikulasi 2018/2019. Anda boleh membuat semakan bermula pada 31 Mei 2018 jam 12.01 petang sehingga 10 Jun 2018 jam 11.59 malam.



Kepada anda yang telah membuat rayuan, anda amat digalakkan untuk membuat semakan secepat yang mungkin.

semakan online boleh dibuat melalui pautan ini.

>> https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm <<


Senarai lengkap alamat Kolej Matrikulasi di Malaysia


Lihat juga CARA DAN PANDUAN MEMILIH KOLEJ/UNIVERSITI BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN


update daripada portal KPM