CARA DAN PANDUAN MEMILIH KOLEJ/UNIVERSITI BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN

Cara dan panduan bagi memilih kolej/universiti untuk melanjutkan pengajian anda. Bagi mereka yang tidak mendapat tempat di Pra U(STPM)/ Politeknik/Universiti Awam, sudah semestinya anda telah merancang untuk mencari Institusi Pengajian Tinggi bagi melanjutkan pelajaran anda.



Dan apabila anda telah mendapat tawaran daripada institusi Pengajian Tinggi tersebut, anda mungkin risau dan terfikir sama ada program Diploma/Degree yang ditawarkan adakah mendapat pengiktirafan Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak.

Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA/JPA IPTA/IPTS di Malaysia


(PA) Provisional Accreditation 

Bagi program-program baharu yang ditawarkan oleh Kolej/Universiti, program tersebut boleh dijalankan untuk pelajar tetapi belum mendapat Pengiktirafan penuh daripada MQA . Untuk menyemak MQA/PA sila masuk ke link ini.

>>http://www2.mqa.gov.my/pasp/<<

Dan ingin dinyatakan Program-program yang mempunyai kod MQA/PA, adalah program yang diluluskan oleh KPT/MQA untuk dijalankan oleh Kolej dan Universiti. namun tetapi, mempunyai risiko seperti Sijil Diploma/Degree yang masih berstatuskan PA adalah tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan juga Sijil tersebut tidak boleh digunapakai untuk membuat sebarang permohonan kemasukan ke sektor Awam/ Kerajaan.

(FA/A) Full Accreditation 

Selalunya program-program yang telah mendapat status MQA/FA/A adalah program yang telah lama dijalankan dan telah mempunyai graduan-graduan yang telah habis di dalam pengajian dalam program tersebut. untuk menyemak MQA/FA sila masuk ke link ini.

>> http://www2.mqa.gov.my/mqr/ <<

Bagi program yang telah mendapat kod MQA/FA/A, bermakna program ini telah mendapat pengiktirafan penuh daripada Agensi kelayakan malaysia (MQA), dan sijil program ini, boleh diguna untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi samaada di universiti Swasta atau Universiti.


Secara amnya, untuk memilih program-program yang ditawarkan oleh kolej/universiti , anda amat digalakkan untuk melihat kod MQA samaada (PA) Provisional Accreditation ataupun (FA/A) Full Accreditation 



Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA/JPA IPTA/IPTS di Malaysia