CARA DAN PANDUAN PENDAFTARAN ONLINE CALON PERSENDIRIAN MUET

Cara-cara dan panduan bagi pendaftaran Online bagi calon persendirian MUET. Bagi Anda yang ingin dan bercadangan untuk mengikut program dalam ijazah yang pertama, anda haruslah mempunyai MUET (Malaysian University English Test)


Berikut adalah cara dan panduan yang akan membantu anda, bagi pendaftaran online MUET.

Sebelum anda mendaftar pengguna Baru anda perlu membeli pin MEC di mana-mana cawangan BSN yang terdekat dengan anda. selain itu, Belian pin MEC juga boleh dibeli secara Online.

sila klik link dibawah untuk membeli "PIN MEC"

>>https://dapatpay.dapat.com/mpm/<<

selepas anda telah membeli Pin MEC daripada BSN, anda perlulah masuk ke http://online.mpm.edu.my/web/guest/calonlogin untuk memulakan pendaftaran penguna baharu.

Langkah Pertama

Selepas anda masuk ke pautan tersebut paparan seperti dibawah akan keluar. Sila klik "DAFTAR PENGGUNA"



Langkah Kedua

Setelah anda klik DAFTAR PENGGUNA, paparan dibawah akan berada di screen anda.


-Pilih jenis pengenalan diri. Contoh: Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis, Pasport atau Sijil Kelahiran
-Isikan no kad pengenalan diri (No Kad Pengenalan Baru, tentera, polis, pasport atau sijil kelahiran)
-Isikan nama penuh seperti di dalam sijil pengenalan diri
-Isikan e-mail yang sah bagi memudahkan pengurusan akaun portal Kata laluan (Maksimum 8 askara sahaja)
-Klik butang simpan sekiranya telah mengisi kesemua maklumat.

Langkah Ketiga



Sila isikan soalan peringatan bagi log masuk kali pertama ke dalam portal


Dashboard bagi pengguna portal akan terpapar. Menunjukkan bahawa proses pendaftaran pengguna portal berjaya.

Setelah pendaftaran pengguna portal berjaya , anda perlu LOG MASUK  

PERTAMA

Sila masuk kembali ke http://online.mpm.edu.my/web/guest/calonlogin



• Masukkan nombor kad pengenalan sebagai pengguna ID beserta symbol ‘-’
• Masukkan kata laluan akaun portal
• Klik butang ‘Log Masuk’

KEDUA

Dashboard portal MeSP di paparkan setelah log masuk berjaya

Klik pada tab panel ‘Peperiksaan’


• Klik pada menu Pendaftaran > Pendaftaran Calon Persendirian


• Skrin pendaftaran MUET dan STPM akan dipaparkan 
• Klik pada ikon imej ‘Pendaftaran MUET’


• Masukkan no pin yang telah dibeli di cawangan BSN mengikut jenis peperiksaan 
• Klik butang ‘Teruskan’ sekiranya telah mengisi no. Pin yang sah


• Masukkan segala maklumat yang diperlukan 
• Pusat bagi menduduki ujian adalah berdasarkan kekosongan pada pusat berkenaan 
• Tekan butang ‘Simpan’ sekiranya telah mengisi kesemua maklumat yang diperlukan


• Skrin maklumat calon akan dipaparkan sekiranya kemasukan maklumat berjaya • Klik ‘Kemaskini’ sekiranya ingin membaiki maklumat sebelum ini 
• Klik ‘Cetak Slip Pendaftaran’ sekiranya berpuas hati dengan maklumat. Slip perlu dicetak dan disimpan ia akan digunakan bagi rujukan dari masa ke semasa kelak.



-TAMAT-

Semoga info ini dapat memberikan anda panduan yang lengkap.

LIHAT JUGA:

CARA-CARA SEMAK PENYATA (SSPN-i /SSPN- i plus) ANAK ANDA MELALUI "online"