PANDUAN MEMOHON PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Panduan memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, bagi graduan kelas pertama sarjana muda yang telah tamat pengajian.


Kepada graduan sarjana muda (degree) daripada IPTA ataupun IPTS dan mempunyai CGPA 3.50 sehingga 4.00 (Kelasa pertama), anda layak mendapat pengecualian daripada membayar balik pinjaman pengajian PTPTN.

Anda perlu membuat permohonan untuk pengecualian ini di mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran dengan anda.

Syarat-syarat:


  • Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh IPT.
  • Mengikuti peringkat pengajian Ijazah secara sepenuh masa.
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  • Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
  • Kursus yang diikuti oleh peminjam di telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
  • Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

Dokumen yang perlu disertakan:

  • Akuan Peminjam yang telah lengkap diisi.
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).
Sila klik link ini untuk mendapatkan "AKUAN PINJAMAN"

Nota:

Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa seperti ditetapkan oleh PTPTN iaitu Bahagian Akademik IPT atau Bahagian Yang Mengeluarkan Transkrip dan Skroll di IPT/Cawangan peminjam mengikuti pengajian sahaja.

Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Lihat Juga:


Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/ penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/ penggredan daripada IPT perlu disertakan.

Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman akan diproses dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.