TAWARAN DAN PERMOHONAN ONLINE BASISWA AGRO BANK 2019- IJAZAH SARJANA MUDA

Tawaran dan Permohonan Online bagi Biasiswa Agro Bank 2019, dibuka kepada mahasiswa-mahasiswi untuk mengambil program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS.


Agro Bank memberikan Anugerah Biasiswa Khas kepada pelajar  Ijazah Sarjana Muda di universiti awam (IPTA) atau swasta (IPTS). dan untuk mahasiswa yang telah membuat permohonan PTPTN, anda juga masih layak untuk mengemukan permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia di bawah umur 23 tahun.
  • Mestilah pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa di IPTA / IPTS tempatan yang diiktiraf.
  • Program Ijazah dengan minimum 4 semester atau 2 tahun pada waktu semasa pengambilan/kemasukan i.e September 2016.
  • PNGK minimum 3.20 dan ke atas.
  • Minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum akan menjadi satu kelebihan.
  • Ciri keperibadian yang sangat baik.
  • Tidak boleh menerima mana-mana biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah yang memerlukan syarat bon perkhidmatan.
  • Keputusan laporan perubatan yang memuaskan.


JUMLAH BIASISWA

Elaun

  • Saraan: RM 3,500.00 setiap semester
  • Penginapan: RM 2,000.00 setiap semester
  • Buku: RM 500.00 setiap semester
  • Praktikal: RM 700.00 setiap semester
  • Komputer riba pada awal pengambilan/kemasukan

Baca Juga:

Permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2019
Permohonan Biasiswa SHELL Malaysia 2019

Lain-lain

Bon perkhidmatan bersamaan dengan 1 tahun penajaan untuk pekerjaan 1 tahun dengan Agrobank apabila selesai pengajian dilaksanakan.

BIDANG-BIDANG: Terbuka (semua bidang pengajian layak memohon)

KAEDAH PERMOHONAN

Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan sekarang
Lampirkan semua dokumen sokongan dan relevan

Hantar kepada:

LEARNING AND HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT (LHCD),
HUMAN RESOURCE DIVISION, AGROBANK
Level 12, Leboh Pasar Besar, P.O Box 10815, 50726 Kuala Lumpur, Malaysia.

* Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu

TARIKH TUTUP: 23 Mac 2019

Untuk sila masuk pautan ini permohonan Biasiswa Agro Bank