PROGRAM BIASISWA PELAJAR ANTARABANGSA 2018 AJINOMOTO ASEAN+ONE


Program Biasiswa Pelajar Antarabangsa 2018 Ajinomoto ASEAN+ONE – Dapatkan geran pengajian lepasan ijazah ke UNIVERSITI TOKYO, salah sebuah universiti terbaik di dunia!


Sekiranya anda…
  • Sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di luar negara dalam bidang Sains, Sains Farmaseutikal, Kejuruteraan, Sains Informasi dan Teknologi, Sains Kehidupan & Pertanian, “Interdisciplinary Information Studies” (ITASIA), “Frontier Science” dan Sains Matemaik (kecuali khursus Seni dan Sains Perubatan Veterinar)
  • Lulus atau akan lulus ijazah daripada Kolej/Universiti dengan keputusan akademik yang cemerlang.
  • Rakyat Malaysia berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 01 April 2018 dan tidak menerima biasiswa lain.
  • Pemohon perlu mempunyai penguasaan bahasa Jepun yang baik.
    (Hanya untuk Program Pelajar Sarjana – Program 2 tahun)
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik dan bermotivasi tinggi untuk belajar.
Dan anda lulus…
  • Proses penilaian dan pemilihan Kumpulan Ajinomoto
Anda dapat menerima…
  • Elaun bulanan sebanyak 150,000 Yen
    (Bagi pelajar yang membuat kajian di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 1 tahun)
  • Elaun bulanan sebanyak 180,000 Yen
    (Bagi pelajar peringkat Sarjana di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 2 tahun)
  • Pembayaran penuh meliputi yursan peperikasaan, kemasukan dan tuisyen
  • Tiket penerbangan sehala ke Jepun disediakan
Jenis Biasiswa Ajinomoto
  1. Program Pelajaran Penyelidikan + Program Pelajar Sarjana (Program 3 tahun)
  2. Program Pelajar Sarjana (Program 2 tahun)
Kaedah Permohonan
  1. Muat turun dan lengkapkan borang permohonan serta program pembelajaran.
  2. Sertakan borang permohonan, program pembelajaran yang telah dipenuh isi dan dokumen berikut dalam sampul surat:
    • Transkrip Rekod Pengajian asal yang dikeluarkan oleh Universiti atau sekolah pemohon.
      (Salinan transkrip tidak akan dilayan. Transkrip hendaklah dalam Bahasa Inggeris atau Jepun)
    • Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan anda.
      (*Dokumen-dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.)
      (**Dokumen yang diperlukan bergantung kepada kursus. Sila rujuk kepada “Apendiks 2” untuk maklumat lanjut.)
  3. Hantarkan semua dokumen tersebut melalui pos ke:
    AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
    LOT 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Calon-calon yang berjaya untuk temuduga akan diberitahu melalui e-mel.
Untuk maklumat lanjut, sila:
a) E-mel ke: amb_scholarship@ajikl.com.my
b) Hubungi: 603-7980 6958 (Samb. 288) – Ms Ann Foo
Muat turun semua borang yang diperlukan dan appendiks untuk membuat permohonan Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto 2017 di bawah:
  1. 2018 Appendiks 1
  2. 2018 Appendiks 2
  3. 2018 Borang Permohonan
  4. 2018 Garis Panduan Permohonan
  5. 2018 Bidang & Program Pembelajaran
  6. 2018 Borang Pengesyoran
Tarikh tutup: 05 Mac 2017

Kursus Taska Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Pengusaha Dan Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Kursus Taska Jabatan Kebajikan Masyarakat - Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan kursus Taska? Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai 'Final Agency' bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran Taska atau pusat jagaan.

Dilaporkan bahawa berkuatkuasa sejak 1 Januari 2016, Kursus Asuhan PERMATA adalah diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh mengantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAk) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.

Ini bermakna jika anda berminat untuk berniaga atau berkerja di bidang ini maka adalah penting untuk anda menjalani Kursus Asuhan PERMATA dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja. Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.

Senarai Agensi Yang Menjalankan Kursus Asas Asuhan Dan Didikan Kanak-Kanak PERMATA

Berikut ialah senarai nama-nama dan alamat perhubungan agensi-agensi yang menjalankan Kursus Asas Asuhan dan Didikan Kanak-kanak PERMATA. Anda boleh berhubung terus dengan mereka untuk maklumat lanjut atau berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.




Pengiktirafan Agensi Latihan, Jurulatih Dan Fasilitator Kursus Asuhan PERMATA

Peraturan-Peraturan TASKA 2012 di bawah Peraturan 53 dan Peraturan 54, telah memperuntukan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan Kursus Asuhan PERMATA sebagai jurulatih, fasilitator atau agensi latihan. 

Kadar Bayaran Kursus Asuhan PERMATA

Kadar Bayaran Kursus Asuhan PERMATA ditetapkan pada kadar RM800.00 seorang untuk tempoh selama kursus selama 137 jam @ 23 hari sepenuh masa dan lebih kurang 4 bulan untuk mereka mengikuti  kursus tersebut pada hari hujung minggu. Peserta Kursus Asuhan PERMATA boleh membeli Modul Kursus Asuhan PERMATA yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan, UPM dengan harga RM100.00 senaskah melalui Agensi Latihan yang melaksanakan kursus.

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari laman website rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di SINI

Diharap maklumat mengenai Kursus Taska Jabatan Kebajikan Masyarakat ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.





SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2018

Semakan keputusan UPSR bagi tahun 2018. Tarikh Peperiksaan UPSR 2018 tahun ini telah berlangsung pada bulan September 2018. Selepas itu pelajar sudah mula rasa berdebar menantikan tarikh keputusan UPSR 2018 akan diumumkan. Menurut laporan terkini, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 29 November 2018 bermula pada jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing.



Sudah semestinya bagi pelajar dan Ibubap/Penjaga kini berdebar-debar menungguh keputusan yang akan diumumkan nanti dan Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat anda boleh membuat semakan disekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 secara online (UPSR online exam result) dan SMS.

Kedua-dua kaedah semakan ini boleh dibuat serta-merta tanpa perlu pergi ke sekolah asal anda untuk mendapatkan keputusan UPSR anda.

Anda Kini boleh membuat semakan keputusan UPSR secara online. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan tersebut. 
UPSR



Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online exam result Dan Short Message System (SMS)Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888




Taniah diucapkan kepada yang berjaya dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2018.
Untuk mengetahui proses pendaftaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) layari Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh 

BIASISWA SELANGOR BRAIN BANK UNTUK PELAJAR PHD 2017

Biasiswa Selangor Brain Bank untuk Pelajar PhD 2017 – Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2017. Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.



SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
  1. Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun.
  3. Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
  4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya. 
  6. Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka luar negara dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2015 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
  7. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  8. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550).
  9. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
  10. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
  11. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
  12. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
  13. Sihat tubuh badan.
  14. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
  15. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.
KATEGORI PEMOHON
Penjawat Awam
  • Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
Orang Awam
  1. Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2. Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada majikan.
BIDANG PENGAJIAN
Skop Smart Selangor
  1. Governance
  2. Energy And Utility
  3. Water Management
  4. Waste Management
  5. Building And Housing
  6. Transport And Mobility
  7. Safety And Security
  8. Healthcare
  9. Disaster Management
  10. Food And Agriculture
  11. Education
Bidang Berkaitan
  1. Human & Social Development
  2. Culture & Heritage
  3. Manufacturing
  4. Environment
  5. Business
  6. Retail
  7. Commercial
  8. Technology
  9. Communication
  10. Islamic Affairs
KAEDAH PERMOHONAN:
  1. Muat turun borang di sini.
  2. Lengkapkan semua dokumen dan hantar secara SERAHAN TANGAN atau POS ke:
    Urus Setia
    Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
    Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Tingkat 3, Bangunan SSAAS
    40503 Shah Alam
  3. Hanya permohonan yang LENGKAP akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
  4. TARIKH TUTUP: 5.00 PETANG 31 JANUARI 2017 (RABU)

4,030 PEMINJAM TERIMA INSENTIF PINJAMAN MARA


KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,030 peminjam menerima pemberian Insentif (Diskaun) Pinjaman Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) setakat 11 Oktober tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata jumlah insentif yang diberikan adalah sebanyak RM17.82 juta melibatkan jumlah bayaran balik sebanyak RM28.95 juta.
“MARA menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran di pelbagai peringkat pengajian bagi melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan negara ke arah negara maju.

“Pelajar yang layak terima skim ini perlu membuat pembayaran balik pinjaman bagi terus menikmati kemudahan yang sama,” katanya.
Beliau menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai jumlah penerima insentif diskaun pinjaman pelajaran MARA bersempena sambutan ke-50 MARA mulai 25 Mac hingga 31 Disember tahun ini serta implikasi kewangan yang terlibat di bawah insentif tersebut.
Nanta berkata, pelbagai program telah dilaksanakan bagi membolehkan pelajar menjelaskan pinjaman pelajaran antaranya program kesedaran di peringkat negeri dan daerah, serta kerjasama dengan institusi lain bagi penyelesaian pembiayaan semula.
Katanya, rundingan bersama pihak MARA boleh dilakukan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian agar pelajar dapat melunaskan bayaran balik baki pinjaman.
“Kita lebih menggalakkan mereka tampil bekerjasama. Kerana itu kita beri mereka diskaun, belum sampai ke tahap yang terlalu tegas kerana MARA ingin membantu pelajar-pelajar,” katanya. – Bernama
Permohonan Insentif sila layari http://insentif50.mara.gov.my
SUMBER: eWarta MARA

Home / Luar Negara • Master / Biasiswa Antarabangsa Universiti Amerika Kaherah (AUC) 2017 BIASISWA ANTARABANGSA UNIVERSITI AMERIKA KAHERAH (AUC) 2017

Biasiswa Antarabangsa Universiti Amerika Kaherah (AUC) 2017 – Tawaran biasiswa AUC daripada Institut Amerika Kaherah untuk pelajar Siswazah antarabangsa kini dibuka untuk permohonan.

Institut Amerika di Kaherah menawarkan bantuan kewangan biasiswa kepada pelajar-pelajar siswazah yang ada keperluan kewangan untuk menyambung belajar di peringkat Sarjana di Universiti Amerika Kaherah (The American University in Cairo – AUC)




Peringkat Pengajian: MastersSubjek kursus: Semua mata pelajaran yang ditawarkan oleh AUCWarganegara yang layak: Terbuka kepada semua warganegara.Penyedia: Universiti Amerika di Kaherah Tarikh tutup permohonan: 3 November 2016 Bentuk bantuan: Pembiayaan Separa Boleh diambil di: The American University in Cairo – AU
Kelayakan
  • Pemohon untuk Biasiswa AUC untuk pelajar siswazah 2017 harus menjadi calon ijazah.
  • Calon-calon sepatutnya mengemukakan permohonan untuk kemasukan di Institut Amerika di Kaherah dan menerima nombor ID AUC.
  • Pemohon perlu mempunyai keperluan kewangan.
  • Calon-calon tidak boleh berada dalam percubaan iaitu calon-calon yang tidak mempunyai CGPA kurang daripada 3.
Dokumen yang diperlukan
  • Calon-calon yang memohon Biasiswa AUC untuk Pelajar Siswazah 2017 perlu mengemukakan satu kenyataan rasmi gaji tahunan bersih pelajar atau pasangan mereka (salinan asal mungkin diperlukan atas permintaan).
  • Pemohon juga perlu mengemukakan penyata pendapatan tahunan bersih perniagaan yang paling terbaru atau klinik daripada CPA, hartanah kontrak sewa, dan bukti El Heyaza El Zeraia.
  • Calon-calon yang memohon Biasiswa AUC Untuk Pelajar Siswazah 2017 juga perlu mengemukakan penyata pinjaman atau ansuran, enrolmen dengan tuisyen tahunan untuk kanak-kanak atau pasangan di sekolah atau universiti, kontrak sewa rumah, laporan perubatan, premium insurans perubatan, kematian, dan sijil perceraian, dan membuktikan pinjaman pelajar, cuti tanpa gaji, dan penamatan kontrak pekerjaan.
Kaedah Permohonan
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan biasiswa ini, sila layari laman web rasmi biasiswa di pautan berikut:
https://www.aucegypt.edu/admissions/financial-affairs/financial-aid

Home / Berita / Biasiswa Sultan’s Scholar untuk 6 Pelajar Brunie BIASISWA SULTAN’S SCHOLAR UNTUK 6 PELAJAR BRUNIE

Biasiswa Sultan’s Scholar untuk 6 Pelajar Brunie – Enam pelajar dipilih menjadi penerima anugerah Biasiswa Sultan’s Scholar 2016.


BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menganugerahkan Biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada enam orang penuntut bagi sesi akademik 2016-2017 di Istana Nurul Iman, kelmarin.

Turut berkenan berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, yang juga Pengerusi Lembaga Pentadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

FACEBOOK FELLOWSHIP UNTUK PELAJAR PHD ANTARABANGSA 2017

PERMOHONAN FEELOWSHIP UNTUK PELAJAR PHD ANTARBANGA TELAH DIBUKA 


Program Facebook Fellowship direka untuk menggalakkan dan menyokong pelajar kedoktoran yang terlibat dalam penyelidikan inovatif dan relevan dalam bidang yang berkaitan dengan sains komputer dan kejuruteraan.
Permohonan adalah dipelawa untuk Program Facebook Fellowship yang disediakan untuk PhD pelajar di peringkat global yang namanya terdaftar di universiti yang diiktiraf dalam mana-mana negara. Pelajar antarabangsa dan domestik boleh memohon untuk program Facebook Fellowship.

Permohonan akan dinilai berdasarkan kepada kekuatan kenyataan penyelidikan pelajar, rekod penerbitan, dan surat-surat cadangan. Walaupun terbuka kepada pelajar-pelajar di mana-mana tahun pengajian PhD, penekanan kepada penyelidikan dan rekod penerbitan pelajar yang lebih berjaya dalam pengajian mereka.

Subjek Pembelajaran: Facebook menerima permohonan daripada pelajar dengan penyelidikan yang berkaitan dengan salah satu daripada bidang-bidang berikut:
  • Artificial Intelligence
  • Computer Vision
  • Connectivity Hardware
  • Data Mining
  • Databases
  • Distributed Systems, Networking & Operating Systems
  • Economics & Computation
  • Electrical Engineering
  • Human-Computer Interaction
  • Machine Learning
  • Natural Language Processing & Speech Technologies
  • Programming Languages & Compilers
  • Security & Privacy
  • Social Computing
  • Software Engineering
Anugerah Fellowship termasuk:
  • Pengajian dan yuran akan dibayar untuk tahun akademik (sehingga dua tahun).
  • $37K geran (bayaran satu masa pada setiap tahun akademik).
  • Sehingga $ 5,000 bagi menyokong perjalanan persidangan.
  • Lawatan dibayar ke Facebook HQ untuk membentangkan penyelidikan.
  • Peluang untuk latihan amali berbayar di Facebook.
Kriteria Kelayakan:
  • Pelajar sepenuh masa PhD yang sedang terlibat dalam penyelidikan berterusan.
  • Kerja pelajar mesti berkaitan dengan satu atau lebih berkaitan disiplin.
  • Pelajar mesti belajar di sepanjang tahun akademik Fellowship diberikan.
  • Program Fellowship terbuka kepada pelajar PhD di peringkat global yang namanya terdaftar di sebuah universiti yang diiktiraf di mana-mana negara.
Permohonan hendaklah disertakan:
  • 1-2 halaman ringkasan penyelidikan yang dengan jelas mengenal pasti bidang fokus, kepentingan kepada bidang, dan kebolehgunaan kepada penyelidikan Facebook yang dijangkakan ketika penganugerahan. Sila rujuk bidang topikal di bawah.
  • CV Pelajar (dengan e-mel, telefon dan alamat surat-menyurat). Sila sertakan kerja kursus berkenaan.
  • 2 surat cadangan (satu mestilah daripada penasihat akademik).
Kaedah Permohonan:
Semua pemohon perlu menggunakan akaun Facebook mereka untuk memohon. Semua bahan-bahan permohonan, termasuk dua surat cadangan, akan tamat damditutup pada 1 November 2016. Setelah pemohon menyediakan e-mel rujukan mereka, mereka akan menghantar e-mel dengan pautan untuk mengemukakan surat mereka. Sebaik sahaja mereka telah dikemukakan, page permohonan itu akan menunjukkan mesej “Diterima” di bawah nama mereka. Pemohon boleh menghantar semula e-mel peringatan untuk rujukan mereka dari laman permohonan itu jika diperlukan.(Permohonan boleh disimpan dan disunting sehingga tarikh akhir permohonan)
Pautan ke laman Permohonan Facebook Fellowship:https://www.facebook.com/careers/program/fellowship/apply/
Rujukan Pantas
Untuk mengetahui kemaskini terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk mana-mana pautan di bawah:
  1. Facebook Fellowship Program
  2. Facebook Fellowship Application Page
  3. Facebook 2017 Graduate Fellowship Program Applications
  4. FB Rasmi Fellowship

PROGRAM EXECUTIVE-UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA RAZAK SCHOOL


Program Separuh masa untuk golongan yang bekerja samakin hari semakin mendapat permintaan pada masa kini, UTM razak School adalah salah satu universiti yang memberikan program separuh masa yang berkualiti khasnya untuk golongan yaang bekerja.

UTM Razak Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Lanjutan (UTM Razak School) telah ditubuhkan pada bulan Mei 2010 selaras dengan transformasi Kampus UTM Kuala Lumpur. Dahulu dikenali sebagai Perniagaan dan Pusat Teknologi Lanjutan (BATC), ia bermula sebagai Pusat Kecemerlangan pada tahun 1992 di bawah inisiatif diilhamkan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Selama ini ia telah membangunkan hubungan yang kukuh dengan lebih daripada dua puluh lima industri dan organisasi, di dalam negara dan di peringkat antarabangsa, melibatkan diri dalam program-program eksekutif, kursus jangka pendek, wacana profesional dan penyelidikan inovatif. Fokus industri berkaitan dan industri yang dipacu kemudiannya akan disuntik ke dalam ijazah dan program pascasiswazah.

UTM Razak School berjalan sarjana muda dan program pascasiswazah. Di peringkat ijazah pertama, kita mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Reka Bentuk Perindustrian. Ini adalah satu program yang inovatif dengan aplikasi industri yang luas. Program-program pascasiswazah Doktor Kejuruteraan, Doktor Falsafah, Sarjana Falsafah, Sarjana Eksekutif Pengurusan Kesihatan dan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan), Sarjana Sains (Sustainable Urban Design), Sarjana Sains Profesional, Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sains (Kejuruteraan Sistem), dan Sarjana Falsafah (reka bentuk Perindustrian).

UTM Razak School cemerlang dan menjalankan program-program mod Eksekutif di peringkat diploma dan ijazah lanjutan. Program-program ini khusus untuk industri dan dijalankan secara modular, kebanyakannya semasa hujung minggu. dengan itu eksekutif yang bekerja diberi peluang untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka manakala mendapat manfaat daripada pengalaman kerja mereka. UTM Razak School berjalan enam (6) Program Diploma Eksekutif dengan rakan industrinya. Razak School ialah pelopor dalam program-program eksekutif diiktiraf MQA dan telah menetapkan penanda aras sendiri dan standard yang dipandang tinggi oleh orang lain di padang permainan yang sama.

Sebagai fakulti baru, UTM Razak School bertujuan untuk menjadi pelopor dalam kedua-dua usaha akademik dan penyelidikan. pasukan pepejal staf akademik yang terdiri daripada pemegang PhD lebih daripada 60% daripada pelbagai disiplin adalah aset paling kukuh. Disokong oleh kakitangan sokongan yang berdedikasi, UTM Razak School akan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan terbilang.

Perhatian ini bulanlah website rasmi UTM Razak School.
Untuk mendaptkan Infomasi yang terkini sila ke website rasmi UTMrs

BIASISWA UNIVERSITI DUNDEE UNTUK PELAJAR ANTARABANGSA DI UK


Biasiswa Universiti Dundee untuk Pelajar Antarabangsa di UK – Tawaran Biasiswa University Dundee untuk Pelajar Antarabangsa Ijazah dan Master di United Kingdom.


University of Dundee mempelawa permohonan biasiswa untuk pelajar antarabangsa. Tujuan biasiswa ini adalah untuk membolehkan dan menggalakkan akademik pelajar dapat dari mana-mana kewarganegaraan.


University of Dundee merupakan sebuah universiti penyelidikan awam yang berpangkalan di bandar dan Royal Burgh of Dundee di pantai timur, tengah Lowlands Scotland.
Pemohon dari luar negara adalah perlu untuk memenuhi keperluan tertentu bahasa Inggeris / bahasa lain untuk dapat belajar di sana.
Tahap Kursus: Biasiswa disediakan untuk program ijazah sarjana muda atau ijazah lanjutan.
Subjek Pembelajaran: Biasiswa ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk membantu pelajar dalam aspek meningkatkan pendidikan mereka.
Anugerah Biasiswa: Jika pemohon yang berjaya mereka akan diberikan biasiswa £ 3,000 setiap tahun, yang ditolak daripada yuran tuisyen tahunan mereka.
Biasiswa boleh diambil di UK
Kelayakan:
  • Biasiswa antarabangsa adalah terbuka kepada pemohon-pemohon dikalangan mahasiswa ijazah sarjana muda dan pascasiswazah antarabangsa .
  • Biasiswa ini akan dibayar bagi setiap tahun ijazah anda di Dundee.
  • Biasiswa Antarabangsa Dekan disediakan kepada pemohon pada setiap 9 Sekolah Akademik kami.
  • Setiap Sekolah Akademik akan menentukan siapakah dikalangan pemohon mereka yang akan menerima biasiswa berdasarkan merit akademik sebelumnya beserta dengan kenyataan sokongan.
Warganegara: Pelajar antarabangsa adalah layak untuk memohon.
Syarat Kemasukan Kolej
  • Keperluan Masuk: Pemohon mestilah mempunyai ijazah mereka sebelum ini.
  • Ujian Keperluan: Tiada
  • Keperluan Bahasa Inggeris: Pemohon dari luar negara adalah perlu untuk memenuhi keperluan tertentu bahasa Inggeris / bahasa lain untuk dapat belajar di sana.

Cara Memohon: Pautan permohonan secara dalam talian akan dihantar ke email anda. Kemukakan penyata sokongan yang singkat.

Tarikh Akhir Permohonan: Tarikh tutup permohonan ialah 31 Januari 2017.
Iklan Biasiswa Universiti Dundee: Layari laman rasmi biasiswa di SINI

Dapatkan informasi terkini mypendidikanmalaysia.com ( klik di sini)