PROGRAM BIASISWA PELAJAR ANTARABANGSA 2018 AJINOMOTO ASEAN+ONE


Program Biasiswa Pelajar Antarabangsa 2018 Ajinomoto ASEAN+ONE – Dapatkan geran pengajian lepasan ijazah ke UNIVERSITI TOKYO, salah sebuah universiti terbaik di dunia!


Sekiranya anda…
  • Sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di luar negara dalam bidang Sains, Sains Farmaseutikal, Kejuruteraan, Sains Informasi dan Teknologi, Sains Kehidupan & Pertanian, “Interdisciplinary Information Studies” (ITASIA), “Frontier Science” dan Sains Matemaik (kecuali khursus Seni dan Sains Perubatan Veterinar)
  • Lulus atau akan lulus ijazah daripada Kolej/Universiti dengan keputusan akademik yang cemerlang.
  • Rakyat Malaysia berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 01 April 2018 dan tidak menerima biasiswa lain.
  • Pemohon perlu mempunyai penguasaan bahasa Jepun yang baik.
    (Hanya untuk Program Pelajar Sarjana – Program 2 tahun)
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik dan bermotivasi tinggi untuk belajar.
Dan anda lulus…
  • Proses penilaian dan pemilihan Kumpulan Ajinomoto
Anda dapat menerima…
  • Elaun bulanan sebanyak 150,000 Yen
    (Bagi pelajar yang membuat kajian di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 1 tahun)
  • Elaun bulanan sebanyak 180,000 Yen
    (Bagi pelajar peringkat Sarjana di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 2 tahun)
  • Pembayaran penuh meliputi yursan peperikasaan, kemasukan dan tuisyen
  • Tiket penerbangan sehala ke Jepun disediakan
Jenis Biasiswa Ajinomoto
  1. Program Pelajaran Penyelidikan + Program Pelajar Sarjana (Program 3 tahun)
  2. Program Pelajar Sarjana (Program 2 tahun)
Kaedah Permohonan
  1. Muat turun dan lengkapkan borang permohonan serta program pembelajaran.
  2. Sertakan borang permohonan, program pembelajaran yang telah dipenuh isi dan dokumen berikut dalam sampul surat:
    • Transkrip Rekod Pengajian asal yang dikeluarkan oleh Universiti atau sekolah pemohon.
      (Salinan transkrip tidak akan dilayan. Transkrip hendaklah dalam Bahasa Inggeris atau Jepun)
    • Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan anda.
      (*Dokumen-dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.)
      (**Dokumen yang diperlukan bergantung kepada kursus. Sila rujuk kepada “Apendiks 2” untuk maklumat lanjut.)
  3. Hantarkan semua dokumen tersebut melalui pos ke:
    AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
    LOT 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Calon-calon yang berjaya untuk temuduga akan diberitahu melalui e-mel.
Untuk maklumat lanjut, sila:
a) E-mel ke: amb_scholarship@ajikl.com.my
b) Hubungi: 603-7980 6958 (Samb. 288) – Ms Ann Foo
Muat turun semua borang yang diperlukan dan appendiks untuk membuat permohonan Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto 2017 di bawah:
  1. 2018 Appendiks 1
  2. 2018 Appendiks 2
  3. 2018 Borang Permohonan
  4. 2018 Garis Panduan Permohonan
  5. 2018 Bidang & Program Pembelajaran
  6. 2018 Borang Pengesyoran
Tarikh tutup: 05 Mac 2017