TAWARAN DAN PERMOHONAN ONLINE BAGI BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA TAHUN 2019/2020

Tawaran dan permohonan Online bagi Biasiswa Bank Negara Malaysia tahun 2019/2020, perlawaan adalah dibuka kepada semua yang mempunyai kelayakan bagi bagi membuat permohonan melalui Online (atas Talian)



Anugerah bagi Biasiswa ini terbuka kepada semua warganaegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, dan pada setiap tahun permohonan bagi biasiswa ini dibuka untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk membaut permohonan.

Selaras dengan Wawasan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu dan meningkatkan pembangunan Modal insan di Negara ini. Biaisiswa ini adalah bertujuan untuk membantu kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan juga sekali gus dapaty membantu membangunkan negara.

Biasiswa yang ditawarkan dibuka kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi bermula di peringkat Pra-Universiti, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD).

Berikut adalah perincian berkenaan lanjutan pengajian bagi Anugerah Biasiswa BNM sesi Akademik 2019

PRA-UNIVERSITI

Cambridge A-Levels

Untuk peringkat Pra-Universiti, terdapat dua (2) jenis biasiswa yang disediakan untuk calon yang layak:

Biasiswa Kijang Emas

1) Biasiswa Kijang Emas diberikan kepada pelajar SPM 2018.

2) Para penerima Kijang Emas diberi kebebasan untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti-universiti terkemuka, di mana-mana negara pilihan mereka.

3)Syarat dan keperluan untuk penerima Biasiswa Kijang Emas termasuklah:
  • Memperoleh semua A+ dalam peperiksaan SPM 2018
  • Tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2019
  • Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti kokurikulum dan sukan
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang luar biasa
  • Tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) akan diperluaskan tertakluk kepada kriteria yang diluluskan oleh BNM.
  • (Permohonan mula dibuka dari 16 Mac hingga 29 Mac 2019)
Biasiswa Kijang

1) Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk melanjutkan pengajian pra-universiti dan seterusnya sarjana muda dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Perbankan, Kewangan, Sains Aktuari, Undang-Undang dan Sains Komputer di universiti-universiti terkemuka mengikut senarai universiti yang diluluskan oleh Bank.

2) Syarat & Keperluan untuk penerima Biasiswa Kijang termasuklah:
  • Minimum 8A (A dan A + sahaja) dalam peperiksaan SPM 2018
  • Tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2019
  • Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti kokurikulum dan sukan
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang luar biasa
  • Tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) akan diperluaskan tertakluk kepada memenuhi kriteria yang diluluskan oleh Bank.
  • (Permohonan mula dibuka dari 16 Mac hingga 15 April 2019)
IJAZAH SARJANA MUDA

1) Biasiswa Sarjana Muda ini diberikan kepada individu yang layak yang telah menerima tawaran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Perbankan, Kewangan, Sains Aktuari, Undang-Undang dan Sains Komputer di universiti terbaik mengikut senarai universiti yang diluluskan oleh BNM.

2) Calon mesti memenuhi syarat minimum berikut:
  • STPM / A-Level – sekurang-kurangnya 3A; atau
  • Diploma / Matrikulasi – Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50; atau
  • South Australia Matriculation – ATAR sekurang-kurangnya 85%; atau
  • Program Yayasan Amerika – Skor SAT1 sekurang-kurangnya 1200; atau
  • Bagi calon yang sedang mengikuti Sarjana Muda – PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.50
  • Lulus SPM dengan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2019
  • Mendapatkan tawaran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana pada tahun 2019 dari senarai universiti yang diluluskan BNM
  • Keperluan tambahan termasuk
  1. Kualiti kepimpinan yang kuat keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti kokurikulum dan sukan
  2. Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang luar biasa
  • (Permohonan kini dibuka dari 16 Mac hingga 15 April 2019)
Lihat Juga:

Tawaran Program Tajaan Nasional JPA 2019/2020
Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2019

SARJANA (MASTER)

1) Biasiswa Pascasiswazah dianugerahkan kepada individu yang layak yang telah menerima tawaran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian Pascasiswazah dalam bidang pengajian berikut di universiti teratas mengikut senarai universiti yang diluluskan Bank:
  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari
  • Sains Komputer
  • Setiap calon mesti memenuhi syarat minimum berikut:
  1. Memperolehi Kelas Pertama (Kepujian) Ijazah Sarjana / Sarjana dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf
  2. Umur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Julai 2019
  3. Lulus SPM dengan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  4. Mendapatkan tawaran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian Pascasiswazah pada tahun 2019 dari senarai universiti yang diluluskan
  • Keperluan tambahan termasuk:
  1. Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti kokurikulum dan sukan
  2. Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang luar biasa
3) Mereka yang memenuhi syarat minimum perlu melakukan permohonan secara dalam talian melalui laman web Bank Negara Malaysia. Untuk permohonan pascasiswazah, sila serahkan satu (1) halaman ringkasan penyelidikan anda ke alamat berikut:

Strategic Human Capital Department
Level 11C Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
(Attn to : Scholarship Section)

(Permohonan dibuka dari 16 Mac hingga 15 April 2019)

DOKTOR FALSAFAH (PHD)


1) Biasiswa Pascasiswazah diberikan kepada individu yang layak yang telah menerima tawaran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian Pascasiswazah dalam bidang pengajian berikut di universiti teratas mengikut senarai universiti yang diluluskan pihak BNM:
  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari
  • Sains Komputer
  • Calon mesti memenuhi syarat minimum berikut:
  1. Memperolehi Kelas Pertama (Kepujian) Ijazah Sarjana / Sarjana dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Julai 2019
  3. Lulus SPM dengan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  4. Mendapatkan tawaran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian Pascasiswazah pada tahun 2019 dari senarai universiti yang diluluskan
  • Syarat tambahan termasuk:
  1. Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti kokurikulum dan sukan
  2. Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang luar biasa
Mereka yang memenuhi syarat minimum diperlukan untuk memohon secara dalam talian melalui laman web Bank Negara Malaysia. Untuk permohonan pascasiswazah, sila serahkan satu (1) halaman ringkasan penyelidikan anda ke alamat berikut:

Strategic Human Capital Department
Level 11C Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
(Attn to : Scholarship Section)

(Permohonan dibuka dari 16 Mac hingga 15 April 2019)

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut
HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut yang berkaitan, sila hubungi:

Tel:
1300 88 5465 (BNMTELELINK)
+603 2698 8044 (General line)

PERMOHONAN ONLINE BAGI KEMASUKAN TINGKATAN 6 TAHFIZ BAGI TAHUN 2019

Permohonan Online bagi tingkatan 6 Tahfiz bagi tahun 2019, perlawaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2018 untuk membuat permohonan secara online.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima (5) Tahun 2018 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh negara untuk memohon mengikuti Tingkatan 6 (Tahfiz) yang ditawarkan di Pusat Tingkatan 6 SMKA Putrajaya dan Pusat Tingkatan 6 SMKA Kedah bagi Ambilan Mei 2019 seperti berikut:

KETERANGAN

  • Pelaksanaan tingkatan 6 (tahfiz) ini menggabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama tiga semester.
  • Pengajian Tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat
  • pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
  • Kandungan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan 6 tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asasMaharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Syarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang berikut :
  • terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat al-Quran sekurang-kurangnya gred C; atau
  • murid Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan
  • Sunnah sekurang-kurangnya gred C dan telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk; atau
  • murid sekolah tahfiz swasta memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang-kurangnya gred C serta telah
  • menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk
  • bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat Semester 3.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang (web url)
  • http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz mulai 13 Mac 2019.
  • Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran murid.


MAKLUMAN DAN PERHATIAN
Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz pada 1 April 2019.
Calon yang berjaya dalam temuduga tingkatan 6 Tahfiz boleh menyemak keputusan temuduga melalui laman sesawang http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz pada 16 April 2019.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

22 Mac 2019 (Jumaat), Jam : 11.59 Malam

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon : 03-8321 7200

Atau

JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
Aras 7, Lobi 2, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,
62604, Putrajaya
No. Telefon : 03-8889 0033

** Sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan
tingkatan 6 tahfiz.

Portal Rasmi


 Pewartaan Subjek Tahfiz


Sukatan Pelajaran Tahfiz dan Kertas Soalan Contoh

TAWARAN DAN PERMOHONAN ONLINE BAGI PROGRAM TAJAAN NASIONAL(PPN) TAHUN 2019- JABATAN PERKHIDMATAN AWAM(JPA)

Tawaran dan permohonan Online bagi Program Tajaan Nasional (PPN) tahun 2019, bagi peringkat persediaan dan juga Ijazah pertama. terbuka kepada Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.


Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2019 merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara pinjaman boleh ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat- syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di Universiti terbaik dunia di USA dan di UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings dan / atau THE World University Rankings.

SYARAT BAGI PENAJAAN

  • Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  • Menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolahswasta atau calon-calon persendirian; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan)pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Mendapat keputusan sekurang-kurangnya kurangnya 9A+ danminimum gred A bagi mata pelajaran lain (sekiranya ada) dalam peperiksaan SPM dengan mendapat gred A+ bagi mata pelajaran
berikut:

  1. Bahasa Melayu;
  2. Sejarah;
  3. Bahasa Inggeris;
  4. Matematik;
  5. Matematik Tambahan;
  6. Fizik;
  7. Kimia; dan
  8. Dua (2) mata pelajaran lain.

PERINGKAT PENGAJIAN

Kursus Persediaan

Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).

Ijazah Pertama

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti terbaik dunia di USA dan di UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings dan / atau  THE World University Rankings.

CARA MEMOHON
  • Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 11 Mac 2019 hingga 21 Mac 2019 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do
STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)
  • Calon yang memohon akan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
  • Program SAC dijadualkan pada 8 April 2019 hingga 12 April 2019 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Zon Tengah (Bangi) Zon Selatan 1 (Melaka) Zon Selatan 2 (Johor Bahru), Zon Utara 1 (Alor Setar), Zon Utara 2 (Pulau Pinang), Zon Timur 1 (INTAN Kemaman), Zon Timur 2 (Kota Bharu) Zon Sabah (Kota Kinabalu), Zon Sarawak 1 (Kuching) dan Zon Sarawak 2 (Miri)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Mac 2019 (Khamis) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

TARIKH-TARIKH PENTING


BIDANG-BIDANG

1. Technology (Biotechnology, Nanotechnology, Nanotechnology , Green Technology, Digital
Technology)
2. Agriculture & Forestry
3. Biological Sciences
4. Computer Science
5. Economics & Econometric
6. Geology, Environmental, Earth & Marine Sciences
7. Mineral & Mining Engineering
8. Mechanical & Aerospace Engineering

SENARAI UNIVERSITI 

1. Massachusetts Institute of Technology US
2. Stanford University US
3. Harvard University US
4. California Institute of
Technology US
5. University of Chicago US
6. Princeton University US
7. Cornell University US
8. Yale University US
9. Columbia University US
10. University of Pennsylvania US
11. Johns Hopkins University US
12. University of California, Berkeley US
13. University of Oxford UK
14. University of Cambridge UK
15. Imperial College London UK
16. University College London UK
17. The University of Edinburgh UK
18. The University of Manchester UK
19. King's College London UK
20. London School of Economics and Political Science UK
21. University of Bristol UK
22. The University of Warwick UK

TAWARAN DAN PERMOHONAN ONLINE BASISWA AGRO BANK 2019- IJAZAH SARJANA MUDA

Tawaran dan Permohonan Online bagi Biasiswa Agro Bank 2019, dibuka kepada mahasiswa-mahasiswi untuk mengambil program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS.


Agro Bank memberikan Anugerah Biasiswa Khas kepada pelajar  Ijazah Sarjana Muda di universiti awam (IPTA) atau swasta (IPTS). dan untuk mahasiswa yang telah membuat permohonan PTPTN, anda juga masih layak untuk mengemukan permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia di bawah umur 23 tahun.
  • Mestilah pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa di IPTA / IPTS tempatan yang diiktiraf.
  • Program Ijazah dengan minimum 4 semester atau 2 tahun pada waktu semasa pengambilan/kemasukan i.e September 2016.
  • PNGK minimum 3.20 dan ke atas.
  • Minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum akan menjadi satu kelebihan.
  • Ciri keperibadian yang sangat baik.
  • Tidak boleh menerima mana-mana biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah yang memerlukan syarat bon perkhidmatan.
  • Keputusan laporan perubatan yang memuaskan.


JUMLAH BIASISWA

Elaun

  • Saraan: RM 3,500.00 setiap semester
  • Penginapan: RM 2,000.00 setiap semester
  • Buku: RM 500.00 setiap semester
  • Praktikal: RM 700.00 setiap semester
  • Komputer riba pada awal pengambilan/kemasukan

Baca Juga:

Permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2019
Permohonan Biasiswa SHELL Malaysia 2019

Lain-lain

Bon perkhidmatan bersamaan dengan 1 tahun penajaan untuk pekerjaan 1 tahun dengan Agrobank apabila selesai pengajian dilaksanakan.

BIDANG-BIDANG: Terbuka (semua bidang pengajian layak memohon)

KAEDAH PERMOHONAN

Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan sekarang
Lampirkan semua dokumen sokongan dan relevan

Hantar kepada:

LEARNING AND HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT (LHCD),
HUMAN RESOURCE DIVISION, AGROBANK
Level 12, Leboh Pasar Besar, P.O Box 10815, 50726 Kuala Lumpur, Malaysia.

* Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu

TARIKH TUTUP: 23 Mac 2019

Untuk sila masuk pautan ini permohonan Biasiswa Agro Bank

PERMOHONAN ONLINE BAGI PENEMPATAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI SESI KEMASUKAN 2020

Permohonan Online Bagi Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020. adalah diperlawa kepada ibubapa/penjaga yang inginkan penempatan anak-anak mereka ke Prasekolah kerajaan (KPM) untuk membuat permohonan secara Online.


Bagi Ibubapa/penjaga bolehlah membuat permohonan secara online yang telah pun dibuka bermula 1 Mac 2019  hingga 30 April 2019.

Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk memohon.

Pendaftaran Pengguna

Sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk membuat pendaftaran. Bagi pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dalam sistem ini dan sila pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

Sebelum membuat permohonan sila muatturun dan rujuk manual pengguna di sini Manual Pengguna.

Semak Keputusan Permohonan

emak keputusan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2020 boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019. Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019 hingga 20 Ogos 2019. Sila rujuk manual pengguna untuk panduan.

Semak Keputusan Rayuan


Semak keputusan rayuan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 10 September 2019.

Lihat Juga:

Permohonan Online dan Syarat Kemasukan Ke Taska dan Tadika Kerajaan

PANDUAN DAN CARA MEMOHON ONLINE SALINAN SIJIL STPM

Panduan dan Cara membuat permohonan Online bagi Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), adalah dikongsikan untuk panduan umum.


Kepada anda yang kehilangan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) anda boleh membuat permohonan Online melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM), anda juga boleh membuat 2 pilihan/kaedah untuk medapatkan Salinan STPM anda melalui "Mengambil Sendiri" atau Melalui "POSLAJU".

Sebelum sistem Online ini di buat oleh MPM, dahulunya jika kita kehilangan Slip/Sijil STPM, kita harus berurusan dengan MPM melalui Telefon ataupun datang sendiri ke pejabat Urusan MPM. dengan kaedah Online ini, sehingga kini, semuanya menjadi mudah, cepat dan mesra pengguna.

Berikut adalah PANDUAN dan CARA untuk membuat PERMOHONAN ONLINE bagi mendapatkan SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA(STPM) anda.

Langkah 1:

Anda perlu "Log In" ke http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/
paparan seperti dibawah di skrin anda

Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit anda, kemudian Klik butang "Hantar"


Jika data anda terdapat dalam sistem peperiksaan STPM, skrin tahun peperiksaan yang diduduki akan dipaparkan, sila klik butang "teruskan"

Langkah 2:

Sila masukan butiran anda dalam maklumat permohonan dan bayaran akan terpapar, dan klik butang "Teruskan"


Makluman

anda boleh membuat bayaran melalui credit card/debit card dan juga secara online banking fpx

jika anda memilih penghantaran secara poslaju, berikut adalah bayaran yang akan dikenakan:
  • RM 60.100 (credit card/debit card)
  • RM 60.00 (fpx)
Jika anda memilih untuk mengambil sendiri, berikut adalah bayaran yang akan dikenakan
  • RM 52.40 (credit card/debit card)
  • RM 52.00 (fpx)
Langkah 3:

Proses bayaran, terdapat 2 kaedah untuk membuat bayaran dan sebelum itu, anda perlu membuat keputusan samaada ingin mengambil sendiri atau Poskan sijil STPM.

Bayaran kaedah Credit Card/debit Card
setelah anda menekan butang mengambil sendiri atau Poslaju , anda perlu mengisikan maklumat anda. dan Klik Butang "Teruskan" untuk proses bayaran anda

Bayaran Kaedah Online Banking fpx
setelah anda menekan butang mengambil sendiri atau Poslaju , anda perlu mengisikan maklumat anda. dan Klik Butang "Teruskan" untuk proses bayaran anda

Langkah 4:

Anda perlu membuat semakan, dan sila pastikan butiran anda betul dan tepat sebelum, menekan butang "Bayar"


Langkah 5:

Skrin resit pembayaran akan terpapar, 
bagi pembayaran yang telah berjaya status : Successful I Berjaya


Klik butang "Teruskan" setelah memilih tahun peperiksaan

Skrin makluman permohonan berjaya akan terpapar seperti di bawah.

Klik butang "Cetak" untuk mencetak resit

Bagi yang memilih untuk Poslaju, anda akan mendapat sijil anda dalam masa 2 hari bekerja.

Selamat mencuba kepada anda.

Lihat Juga:

HEBAHAN DAN SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) 2018

Hebahan dan semakan keputuan Sijil Tinggi Pelajaran  Malaysia (STPM) 2019 melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Bagi Calon-calon STPM yang telah mengambil peperiksaan pada tahun lalu (2018) sememangnya ternanti-nanti bilah keputusan STPM yang diumumkan.

Melalui Portal rasmi KPM, Keputusan STPM 2018 akan keluar seperti ketetapan dibawah:

TARIKH: 11 MAC 2018 
HARI : ISNIN
MASA 12:00 TENGAH HARI
TEMPAT: DI SEKOLAH MASING-MASING.

Calon juga boleh membuat semakan keputusan melalui SMS dengan menaip STPM RESULT dan Hantar ke 15888 

selain daripada itu, calon juga boleh membuat semakan melalui Online dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia htpp://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh tersebut.

Seramai 42,829 calon STPM pada tahun 2018 telah menduduki peperiksaan di 677 buah pusat peperiksaan di seluruh negara, daripada jumlah tersen=but 42,476 iaitu 99.13% orang adalah calon sekolah kerajaan, 162 , 0.38% calon sekolah swasta, 195 , 0.45% calonm persendirian individu dan 16 , 0.04% adalah calon daripada sekolah kerajaan negeri.


Lihat Juga:


BIASISWA BAGI LEPASAN SPM / STPM 2019 UNTUK PROGRAM ASASI & DIPLOMA DI AUSTRALIA

Biasiswa bagi lepasan SPM/STPM 2019 untuk program Asasi dan Diploma di Australia, berikut adalah senarai Biasiswa yang ditawarkan di Autsralia.


Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mempunyai keinginan melanjutkan pengajian di peringkat Asasi dan Diploma di Australia, anda boleh merujuk senarai biasiswa dibawah.

Berikut adalah senarai biasiswa 2019 lepasan SPM / STPM bagi pengajian peringkat Asasi/ Diploma dari universiti- universiti ternama tempatan di Australia ( Group of Eight Universiti) kin dibuka . Asasi atau Diploma adalah program pra-universiti yang ditawarkan oleh universiti– universiti ternama tempatan di Australia (Group of Eight) sebagai persiapan pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi.

Baca Juga:

Permohonan Online Biasiswa Premium Yayasan Bank Rakyat
Permohonan Online Biasiswa Shell 2019

Program Asasi atau Diploma adalah cara paling cepat dan tepat masuk ke university kerana subjek yang ditawarkan adalah khusus untuk bidang tertentu. Calon boleh memohon biasiswa untuk belajar program asas atau diploma di universiti berikut :
  • The University of Sydney Foundation Program
  • University of New South Wales Global
  • The University of Adelaide College
  • University of Western Australia Foundation Program
  • Australian National University College
  • Flinders University International Study Centre
Calon boleh memilih bidang dalam program asasi atau diploma:
  • Sains / Kesihatan
  • Seni/Media
  • Ekonomi / Perdagangan
  • Muzik
  • Seni / Visual Sains
  • IT
KRITERIA
  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 17- 21 tahun
  • PROGRAM ASASI – Mempunyai kelayakan SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred A atau B dalam kesemua mata pelajaran
  • PROGRAM DIPLOMA -Mempunyai kelayakan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya minimum gred 2C atau 2D dalam kesemua mata pelajaran
  • Program Asasi : Pemohon dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris skor IELTS sekurang-kurangnya 5.5 atau setaraf
  • Program Diploma : Pemohon dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris skor IELTS sekurang-kurangnya 6.0 atau setaraf
  • Calon belum lagi menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Passport Pemohon seluruh ( colour)
  2. Slip Keputusan SPM ( forecast diterima)
  3. Transkrip penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/IB ( forecast diterima)
  4. Pemohon dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris skor IELTS sekurang-kurangnya 5.5 atau 6.0 ( jika ada)
PERTANYAAN:

Phone: 03 5021 4537
Mobile : 012 2972 477 / 012 3792 477 / 012 2992 477
mail: malaysia@studynet.com.au
Web: www.studynet.com.au
Address: E-02-01 Sunway Geo Avenue Block E Jalan Lagoon Selatan Bandar Sunway
Petaling Jaya, Malaysia 47500

Facebook / Instagram : StudyNetMalaysia

PERMOHONAN ONLINE BIASISWA PENDIDIKAN PREMIUM YAYASAN BANK RAKYAT 2019

Permohonan Online Biasiswa Pendidikan Premium Yayasan Bank Rakyat 2019- Skim Biasiswa Pendidikan Premium (PESS) Yayasan bank rakyat memperlawa bagi yang berkelayakan untuk membuat permohonan.


Yayasan Bank Rakyat (YBR) memberikan peluang dan menawarkan kepada mahasiswa/mahasiswi yang berada di semester pertama untuk mengemukan permohonan melalui Online. hanya terbuka kepada mereka yang mengikuti program ijazah Sarjana Muda dalam bidang perbankan atau perniagaan.

SYARAT KELAYAKAN

Setiap pemohon perlu memenuhi kriteria dan syarat kelayakan seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.
  • Mod pengajian adalah sepenuh masa.
  • Terbuka kepada pelajar semester satu sahaja.
  • Tempoh pengajian maksimum adalah 4 tahun.

BIDANG TAJAAN

  • Perbankan
  • Perniagaan.

Baca Juga:

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Saham Malaysia 2019
Permohonan Online Bagi Biasiswa Shell Malaysia 2019

NILAI BIASISWA

Jumlah tajaan merangkumi yuran pengajian dan sara diri.

PERMOHONAN

1. Permohonan perlu dilakukan secara atas talian (online).
2. Tarikh akhir permohonan adalah pada 28 Mac 2019.

Pautan bagi permohonan PESS ( Skim Biasiswa Pendidikan Premium)