PANDUAN DAN CARA MEMOHON ONLINE SALINAN SIJIL STPM

Panduan dan Cara membuat permohonan Online bagi Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), adalah dikongsikan untuk panduan umum.


Kepada anda yang kehilangan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) anda boleh membuat permohonan Online melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM), anda juga boleh membuat 2 pilihan/kaedah untuk medapatkan Salinan STPM anda melalui "Mengambil Sendiri" atau Melalui "POSLAJU".

Sebelum sistem Online ini di buat oleh MPM, dahulunya jika kita kehilangan Slip/Sijil STPM, kita harus berurusan dengan MPM melalui Telefon ataupun datang sendiri ke pejabat Urusan MPM. dengan kaedah Online ini, sehingga kini, semuanya menjadi mudah, cepat dan mesra pengguna.

Berikut adalah PANDUAN dan CARA untuk membuat PERMOHONAN ONLINE bagi mendapatkan SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA(STPM) anda.

Langkah 1:

Anda perlu "Log In" ke http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/
paparan seperti dibawah di skrin anda

Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit anda, kemudian Klik butang "Hantar"


Jika data anda terdapat dalam sistem peperiksaan STPM, skrin tahun peperiksaan yang diduduki akan dipaparkan, sila klik butang "teruskan"

Langkah 2:

Sila masukan butiran anda dalam maklumat permohonan dan bayaran akan terpapar, dan klik butang "Teruskan"


Makluman

anda boleh membuat bayaran melalui credit card/debit card dan juga secara online banking fpx

jika anda memilih penghantaran secara poslaju, berikut adalah bayaran yang akan dikenakan:
  • RM 60.100 (credit card/debit card)
  • RM 60.00 (fpx)
Jika anda memilih untuk mengambil sendiri, berikut adalah bayaran yang akan dikenakan
  • RM 52.40 (credit card/debit card)
  • RM 52.00 (fpx)
Langkah 3:

Proses bayaran, terdapat 2 kaedah untuk membuat bayaran dan sebelum itu, anda perlu membuat keputusan samaada ingin mengambil sendiri atau Poskan sijil STPM.

Bayaran kaedah Credit Card/debit Card
setelah anda menekan butang mengambil sendiri atau Poslaju , anda perlu mengisikan maklumat anda. dan Klik Butang "Teruskan" untuk proses bayaran anda

Bayaran Kaedah Online Banking fpx
setelah anda menekan butang mengambil sendiri atau Poslaju , anda perlu mengisikan maklumat anda. dan Klik Butang "Teruskan" untuk proses bayaran anda

Langkah 4:

Anda perlu membuat semakan, dan sila pastikan butiran anda betul dan tepat sebelum, menekan butang "Bayar"


Langkah 5:

Skrin resit pembayaran akan terpapar, 
bagi pembayaran yang telah berjaya status : Successful I Berjaya


Klik butang "Teruskan" setelah memilih tahun peperiksaan

Skrin makluman permohonan berjaya akan terpapar seperti di bawah.

Klik butang "Cetak" untuk mencetak resit

Bagi yang memilih untuk Poslaju, anda akan mendapat sijil anda dalam masa 2 hari bekerja.

Selamat mencuba kepada anda.

Lihat Juga: