PENGELUARAN KWSP SECARA ONLINE UNTUK PENDIDIKAN (E-PENGELUARAN)

Pengeluaran KWSP/EPF secara Online untuk pendidikan, Bagi anda yang ingin atau sedang belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). KWSP akaun 2(dua) boleh dikeluarkan untuk membayar yuran pengajian anda atau anak anda.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui E-Pengeluaran Pendidikan telah memudahkan pencarum-pencarumnya bagi mengeluarkan akaun 2 KWSP . untuk membayar yuran pengajian diri sendiri atau anak-anak pencarum.

BERIKUT ADALAH SENARAI IPT YANG TERLIBAT DENGAN E-PENGELUARAN PENDIDIKAN.(KWSP)

  • UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
  • MMU (Multimedia University)
  • OUM (Universiti Terbuka Malaysia)
  • UiTM (Universiti Teknologi Mara)
  • UNITAR (Universiti Tunku Abdul Rahman)
  • UPM (Universiti Putra Malaysia)
  • UTMSPACE (Universiti Teknologi Malaysia School of Professional and Continuing Education)
  • UNITEN (Universiti Tenaga Nasional)
  • KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)
  • PKP UKM (Pusat Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia)
  • UM (Universiti Malaya)

Bagi para graduan yang pernah membuat pinjaman pendidikan PTPTN atau MARA anda juga boleh mengeluarkan akauan 2 KWSP anda untuk membuat bayaran pinjaman anda.
  • PTPTN(Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
  • MARA (Majlis Amanah Rakyat)
Jika dahulunya, pencarum perlu membuat permohonan secara manual di pejabat KWSP yang terdekat dengan anda. tetapi pada masa kini, melalui E-Pengeluaran segalanya telah menjadi Mudah dan Cepat.

PANDUAN E-PENGELUARAN(PENDIDIKAN)

Sebelum anda membuat transaksi, anda perlu mengaktifkan i-Akaun KWSP, lihat cara mengaktifkan i-Akaun KWSP, setelah anda berjaya mengaktifkan I-Akaun anda, sila rujuk panduan dibawah bagi pengeluaran KWSP untuk pendidikan

LANGKAH 1

Anda perlu Log In ke i-Akaun KWSP anda melalui link ini,Layari https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login


LANGKAH 2

Setelah anda berjaya Log In ke i-Akaun KWSP anda, Sila tekan menu PENGELUARAN 


LANGKAH 3

Klik ikon ‘PERMOHONAN BARU’ bagi yang pertama kali membuat permohonan, dan kepada yang ingin membuat pengeluaran membayar PTPTN/MARA anda juga perlu Klik "PERMOHONAN BARU"


LANGKAH 4

Isikan semua maklumat peribadi terkini, pastikan ALAMAT SURAT MENYURAT dan NO TELEFON yang dinyatakan adalah BETUL kerana pihak KWSP akan menghantar sebarang pemakluman ke no telefon yang dinyatakan.

LANGKAH 5

Pastikan NO BIL, TARIKH BIL DIJANA dan JUMLAH BIL adalah sama mengikut jumlah yang telah dijana di ‘Financial Services’ di Portal Pelajar dari IPT anda. dan bagi PTPN dan MARA sila hubungi PTPTN/MARA untuk mengetahui No. Bil pelajar


LANGKAH 6

Setelah semua maklumat diisi, maklumat pelajar akan terus dihantar ke pihak Institusi untuk
pengesahan.

Baca Juga: 



LANGKAH 7

Kelulusan pengesahan Institutsi adalah dalam tempoh 2 ke 3 hari bekerja. Setelah pengesahan “permohonan berjaya” dihantar kepada pelajar melalui SMS, pelajar dikehendaki ke Kaunter KWSP untuk sahkan cap jari sebelum tarikh akhir yang diberikan.


Setelah proses pengecaman cap jari selesai, pihak KWSP akan memberikan satu salinan
PENGESAHAN PERMOHONAN PENGELUARAN. Proses pembayaran KWSP kepada Institusi  akan mengambil tempoh masa sekurang kurangnya 28 hari bekerja. 

Kepada mereka yang sedang belajar di IPT tidak tersenarai diatas, anda juga boleh membuat pengeluaran KWSP untuk pendidikan, tetapi anda perlu berurusan secara Manual di pejabat KWSP yang terdekat dengan anda.

sila Klik untuk borang pengeluaran KWSP