PERMOHONAN DAN SYARAT KEMASUKAN KE TASKA DAN TADIKA PERMATA KEMAS(TADIKA KERAJAAN) 2020/2021

Permohonan dan Syarat kemasukan ke Taska dan Tadika Kemas(Tadika Kerajaan) 2020/2021, Jabatan Kemajuan Masyarakat melalui KEMAS, memperlawa IbuBapa/Penjaga yang mempunyai anak kecil yang berumur (2 tahun hingga 4)TASKA tahun dan (4 tahun hingga 6 tahun)TADIKA untuk membuat permohonan.


Pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting untuk pembangunan sesebuah negara, untuk meneruskan generasi yang berpendidikan dan berpotensi untuk membangunkan Negara. Jabatan Kemajuan Masyarakat melalui KEMAS adalah sebuah institut pendidikan yang memberikan pendidikan yang terawal kepada anak-anak kecil.

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak menyelaras dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Kurikulum Standard Pra Sekolah (KSPK) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) dan Akta Penjagaan Anak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Negara Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Kurikulum PERMATA Kebangsaan.

Program Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS dibahagikan kepada dua kategori:

  • Anak-anak Nurseri (TASKA): kanak-kanak 2 - 4 tahun
  • Kanak-kanak Prasekolah (TABIKA): Kanak-kanak 4 - 6 Tahun


Bagi Ibubapa/Penjaga yang ingin memberikan pendidikan awal untuk anak-anak mereka, sudah semestinya ibubapa/penjaga lah yang paling teruja untuk membuat persediaan pendidikan kepada anak-anak. Berikut adalah infomasi berkenaan dengan taska dan Tadika, dan infomasi ini adalah amat penting untuk diketahui sebelum membuat sebarang permohonan.

TASKA
  • Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
  • Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
  • Permohonan kemasukan ke Taska PERMATA KEMAS tahun 2021 akan dimaklumkan kemudian
  • Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Taska PERMATA KEMAS.
  • Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  •  Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak.
  • Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan
  • hendaklah dihantar terus ke Taska PERMATA KEMAS yang berdekatan.
  • Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan
  • Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  • Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan oleh pihak KEMAS

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. Dua (2) keeping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak.
(Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

BORANG PERMOHONAN TASKA PERMATA KEMAS

TADIKA

  • Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
  • Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  • Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2021 akan dimaklumkan kelak
  • Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  • Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  • Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.
  • Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapanTerima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  • Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan oleh pihak KEMAS

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak.
(Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) 

BORANG PERMOHONAN TADIKA PERMATA KEMAS

Bagi mengelakkan permohonan anak anda tercicir, anda disarankan untuk membuat permohonan setelah tarikh permohonan dibuka oleh pihak KEMAS.