TAWARAN DAN PERMOHONAN ONLINE BAGI PROGRAM TAJAAN NASIONAL(PPN) TAHUN 2019- JABATAN PERKHIDMATAN AWAM(JPA)

Tawaran dan permohonan Online bagi Program Tajaan Nasional (PPN) tahun 2019, bagi peringkat persediaan dan juga Ijazah pertama. terbuka kepada Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.


Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2019 merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara pinjaman boleh ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat- syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di Universiti terbaik dunia di USA dan di UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings dan / atau THE World University Rankings.

SYARAT BAGI PENAJAAN

  • Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  • Menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolahswasta atau calon-calon persendirian; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan)pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Mendapat keputusan sekurang-kurangnya kurangnya 9A+ danminimum gred A bagi mata pelajaran lain (sekiranya ada) dalam peperiksaan SPM dengan mendapat gred A+ bagi mata pelajaran
berikut:

  1. Bahasa Melayu;
  2. Sejarah;
  3. Bahasa Inggeris;
  4. Matematik;
  5. Matematik Tambahan;
  6. Fizik;
  7. Kimia; dan
  8. Dua (2) mata pelajaran lain.

PERINGKAT PENGAJIAN

Kursus Persediaan

Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).

Ijazah Pertama

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti terbaik dunia di USA dan di UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings dan / atau  THE World University Rankings.

CARA MEMOHON
  • Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 11 Mac 2019 hingga 21 Mac 2019 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do
STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)
  • Calon yang memohon akan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
  • Program SAC dijadualkan pada 8 April 2019 hingga 12 April 2019 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Zon Tengah (Bangi) Zon Selatan 1 (Melaka) Zon Selatan 2 (Johor Bahru), Zon Utara 1 (Alor Setar), Zon Utara 2 (Pulau Pinang), Zon Timur 1 (INTAN Kemaman), Zon Timur 2 (Kota Bharu) Zon Sabah (Kota Kinabalu), Zon Sarawak 1 (Kuching) dan Zon Sarawak 2 (Miri)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Mac 2019 (Khamis) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

TARIKH-TARIKH PENTING


BIDANG-BIDANG

1. Technology (Biotechnology, Nanotechnology, Nanotechnology , Green Technology, Digital
Technology)
2. Agriculture & Forestry
3. Biological Sciences
4. Computer Science
5. Economics & Econometric
6. Geology, Environmental, Earth & Marine Sciences
7. Mineral & Mining Engineering
8. Mechanical & Aerospace Engineering

SENARAI UNIVERSITI 

1. Massachusetts Institute of Technology US
2. Stanford University US
3. Harvard University US
4. California Institute of
Technology US
5. University of Chicago US
6. Princeton University US
7. Cornell University US
8. Yale University US
9. Columbia University US
10. University of Pennsylvania US
11. Johns Hopkins University US
12. University of California, Berkeley US
13. University of Oxford UK
14. University of Cambridge UK
15. Imperial College London UK
16. University College London UK
17. The University of Edinburgh UK
18. The University of Manchester UK
19. King's College London UK
20. London School of Economics and Political Science UK
21. University of Bristol UK
22. The University of Warwick UK