SEMAKAN ONLINE TAWARAN MATRIKULASI BAGI SESI 2018/2019

Semakan online tawaran Matrikulasi bagi sesi 2018/2019, sistem semakan online Matrikulasi telah dibuka bermula pada 24 April 2018 bermula pada jam 12.01 tengah hari sehingga 8 Mei 2018 jam 11.59 malam bagi anda menyemak permohonan kemasukan.



Anda boleh menyemak melalui APLIKASI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI

Senarai lengkap alamat Kolej Matrikulasi di Malaysia

selain daripada itu, anda juga boleh menyemak keputusan melalui SMS


Sila Taip:

MOE<jarak> MAT<jarak>NoKP
dan Hantar Ke 15888
Contoh: MOE MAT 000211273217

Dapatkan info biasiswa dan bantuan pengajian Tinggi melalui
www.mypendidikanmalaysia.com

Lihat juga CARA DAN PANDUAN MEMILIH KOLEJ/UNIVERSITI BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN

SENARAI DAN ALAMAT LENGKAP KOLEJ MATRIKULASI DI MALAYSIA

Senarai kolej Matrikulasi di Malaysia. Bagi mereka yang telah berjaya mendapat tempat ke Kolej Matrikulasi, anda mungkin sedang mencari info berkenaan dengan alamat, nombor telepon atau alamat email untuk berurusan.



Berikut adalah senarai Kolej Matrikulasi di bawah kementerian pendidikan Malaysia.

Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
Tel:04-9868613, 
04-9868614, 04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
E-mel:admin[@]kmtph.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my




PERMOHONAN ONLINE PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PENINGKATAN SKIL YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Permohonan online program pembangunan kemahiran peningkatan skil (peneraju skil iltizam) YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA
dibuka sepanjang tahun bagi sesi kemasukan 2018.



Salah satu Program Pembangunan Kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa. Peningkatan kemahiran bagi kerjaya berpendapatan tinggi seperti sektor minyak & gas, elektrik & elektronik, komunikasi, bidang kandungan kreatif & infrastruktur dan lain-lain.

Dapatkan informasi mengenai pendidikan Malaysia >>mypendidikanmalaysia.com<<


Program Peneraju Skil Iltizam adalah bagi pelajar yang tercicir daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT, Program ini adalah bertujuan untuk memberikan kemahiran agar dapat berdaya saing dengan orang lain. Kepada individu-individu yang berumur 17 sehingga 23 tahun dan mempunyai minat ke arah kemahiran anda amat digalakkan untuk membuat permohonan.Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di bawah Peneraju Skil Iltizam yang meliputi industri minyak dan gas, pelancongan, pelabuhan, perkapalan dan sebagainya.

Berikut adalah Program Peneraju Skil Iltizam yang ditawarkan kepada anda.

1) Peneraju Skil Iltizam Automotif

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di dalam industri automotif. 

Klik untuk memohon  >> Automotif <<

2) Peneraju Skil Iltizam Erector Operator

Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk bekerja sebagai juruterapi spa. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam industri pembinaan.

Klik untuk memohon  >> Erector Operator<<

3) Peneraju Skil Iltizam Operasi Kaunter Hadapan (Front Office Operations)

Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di dalam industri pelancongan.

Klik untuk memohon  >> Front Office Operations<<

4) Peneraju Skil Iltizam Rotating Equipment Technician

Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam bidang minyak dan gas.

Klik untuk memohon >> Rotating Equipment Technician <<



5) Peneraju Skil Iltizam Juruteknik Pemesinan CNC

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di dalam industri pembuatan (manufacturing).

Klik untuk memohon >> Juruteknik Pemesinan CNC <<

6) Peneraju Skil Iltizam Wireless Telecommunications (Network Roll Out)

Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam industri telekomunikasi

Klik untuk memohon    >> Wireless Telecommunications <<

Dapatkan informasi mengenai pendidikan Malaysia >>mypendidikanmalaysia.com<<

SENARAI DAN ALAMAT LENGKAP UNIT MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (MDAB) UiTM DI SELURUH MALAYSIA

Senarai dan alamat lengkap unit mengubah destini anak Bangsa (MDAB) UiTM di seluruh Malaysia. 




Berikut adalah senarai dan alamat untuk memudahkan anda berurusan:

ALAMAT

1)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Bahagian Hal Ehwal Akademik
   Universiti Teknologi MARA Kampus Perlis
   02600 Arau, Perlis.

  Website : http://perlis.uitm.edu.my
   Tel : 04-9882126/2390/2493/2498
   Fax : 04-9882526

2)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Bahagian Hal Ehwal Akademik
   Universiti Teknologi MARA Kampus Kuala Pilah
   72000 Beting, Negeri Sembilan.

   Website : http://nsembilan.uitm.edu.my
   Tel : 06-4832149/2112/2113
   Fax : 06-4842449/2521

3)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Bahagian Hal Ehwal Akademik
   Universiti Teknologi MARA Kampus Seri Iskandar
   32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak.

   Website : http://perak.uitm.edu.my
   Tel : 05-3743554/2022/2026
   Fax : 05-3742222 (HEA)/3610 (FPP)

4)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Bahagian Hal Ehwal Akademik
   Universiti Teknologi MARA Kampus Kedah
   08400 Merbok, Kedah.

  Website : http://kedah.uitm.edu.my
  Tel : 04-4562179/2381/2382/2383
  Fax : 04-4562223

5)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Bahagian Hal Ehwal Akademik
   Universiti Teknologi MARA Kampus Kuala Terengganu
   21080, Terengganu

  Website : http://terengganu.uitm.edu.my
  Tel : 09-8401853/3703/3711/3714/ 09-6216861
  Fax : 09-8400107

6)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Universiti Teknologi MARA Kampus Johor
   KM. 12, Jalan Muar
   85000 Segamat, Johor.

   Website : http://johor.uitm.edu.my
   Tel : 07-9352202/2479
   Fax : 07-9352277

7)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Bahagian Hal Ehwal Akademik
   Universiti Teknologi MARA Kampus Melaka
   KM. 26, Jalan Lendu
   78000 Alor Gajah, Melaka.

  Website : http://melaka.uitm.edu.my
  Tel : 06-5582205/2097/2787
  Fax : 06-5582110/2741

8)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Bahagian Hal Ehwal Akademik
   Universiti Teknologi MARA Kampus Mukah
   PO Box 162, Jalan Boulevard Setiaraja Mukah
   96400 Mukah, Sarawak

   Website : http://sarawak.uitm.edu.my
   Tel : 084-4876040
   Fax : 084-4876300

9)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
   Bahagian Hal Ehwal Akademik
   Universiti Teknologi MARA Kampus Pulau Pinang
   13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

   Website : http://penang.uitm.edu.my
   Tel : 04-3822645/807/816
   Fax : 04-3822812

10)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
     Bahagian Hal Ehwal Akademik
     Universiti Teknologi MARA Kampus Machang
     Bukit Ilmu, 18500 Machang, Kelantan.

    Website : http://kelantan.uitm.edu.my
     Tel : 09-9762041/2157/2158
     Fax : 09-9762001

11) Program Mengubah Destini Anak Bangsa
      Bahagian Hal Ehwal Akademik
      Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Pahang
      Bandar Tun Abdul Razak
      26400 Jengka, Pahang.

     Website : http://pahang.uitm.edu.my
     Tel : 09-4602170/2197/2198/2106/2190
     Fax : 09-4602208

12)Program Mengubah Destini Anak Bangsa
     Bahagian Hal Ehwal Akademik
     Universiti Teknologi MARA Kampus Tawau
     KM 36 Apas Balung, Peti Surat 61372
     91032 Tawau, Sabah

    Website : http://sabah.uitm.edu.my
    Tel : 089-951611/655
    Fax : 089-951644


Lihat Juga: PERMOHONAN PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

PERMOHONAN PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Permohonan ke program mengubah destini anak bangsa (MDAB) Universiti Teknologi Mara (UiTM). memberikan peluang kepada anak-anak bangsa melayu, anak-anak bumiputera daripada Sabah dan Sarawak bagi melanjutkan melanjutkan pengajian ke UiTM



Antara program yang ditawarkan melalui MDAB UiTM adalah:

PD002(Pra Perdagangan) -1 Semester / 6 Bulan

Syarat kemasukan

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oelh kerajaan Malaysia dengan mendapat minima 3 Kepujian termasuk Bahasa Melayu.

DAN; Lulus Sejarah(mula guna pakai SPM 2013)

Syarat Khas Program:

Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Lulus Bahasa Inggeris

PD007(Pra Sains) -1- 2 Semester / 6 sehingga 12 Bulan

Syarat kemasukan

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oelh kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu.

DAN; Lulus Sejarah(mula guna pakai SPM 2013)

Syarat Khas Program:

Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Lulus Bahasa Inggeris

Serta Lulus 1 dsaripada mana-mana matapelajaran yang berikut:
Fizik
Kimia
Biologi
Sains tambahan

Borang MDAB boleh didapati melalui Link dibawah

>>https://online.uitm.edu.my/doc/Borang%20MDAB.pdf<<


Semakan Online tawaran kemasukan Tingkatan 6

SOALAN YANG LAZIM

1. Siapakah yang layak memohon program MDAB?

Lepasan SPM (5 tahun kebelakang dari SPM semasa) yang layak dengan pendapatan ibu & bapa (gaji kasar) kurang dari RM4,000/bulan.

2. Bagaimanakah caranya calon ingin memohon masuk ke program MDAB?

Calon boleh berhubung dengan koordinator/staf unit MDAB kampus yang berdekatan. (Sila rujuk halaman Cawangan MDAB

3. Jika saya lulus program pra diploma ini, adakah saya akan menyambung pengajian ke peringkat diploma?

Calon yang lulus akan diserapkan ke program diploma mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Akademik UiTM.

4. Apakah jenis bantuan yang akan diterima oleh calon MDAB?

Calon akan menerima bantuan elaun sara diri/insentif sepanjang tempoh pengajian.


5. Berapakah jumlah gaji bulanan ibu & bapa yang melayakkan calon untuk memohon MDAB?

Jumlah gaji bulanan (gaji kasar) ibu & bapa yang melayakkan calon untuk memohon MDAB perlulah kurang daripada RM4,000 sebulan


Lihat Juga: CARA DAN PANDUAN MEMILIH KOLEJ/UNIVERSITI BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN



PERMOHONAN ONLINE BAGI PENGAJIAN SARJANA MUDA UNIVERSITI AL-QASIMIYYAH DUBAI UAE TAHUN 2018


Permohonan online bagi pengajian sarjana muda di universiti Al-Qasimiyyah Dubai UAE tahun 2018 kini dibuka kepada anda.

Kepada yang berminat untuk melanjutkan pengajian, anda disarankan untuk membuat permohonan selewat-lewatnya pada 31 MAY 2018.

Pihak universiti memberikan keutamaan kepada pemohon yang bukan penutur arab (bukan berbangsa arab) untuk melanjutkan pengajian dalam Fakulti pengajian AL-QURAN dan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam.

Permohonan online program pembangunan profesional tahun 2018

BIDANG-BIDANG YANG DITAWARKAN

Pengajian yang ditawarkan adalah Sarjana Muda dari:

Fakulti Syariah & Pengajian Islam
Fakulti Pengajian Al-Quran
Fakulti Sastera (Bahasa Arab) & Sains Kemanusiaan
Fakulti Komunikasi
Fakulti Ekonomi & Pentadbiran


Biasiswa pengajian ditaja sepenuhnya oleh pihak universiti

Penginapan, elaun buku dan elaun sara hidup (USD 300 sebulan) disediakan untuk setiap pelajar yang berjaya mendapat tempat.

Dokumen yang diperlukan boleh rujuk dalam laman web yang dinyatakan.

untuk mendapatkan info berkenanan pendidikan di Malaysia, sila ke
www.mypendidikanmalaysia.com

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan secara online melalui laman web http://www.alqasimia.ac.ae/en/Pages/Online-Registration.aspx

 TARIKH TUTUP: 31 MAY 2018

Maklumat Lanjut sila hubungi:
0177346946


LIHAT JUGA: TAWARAN BIASISWA (CELTS) KEPADA GURU-GURU INGGERIS SEKOLAH MENENGAH

CARA DAN PANDUAN MEMILIH KOLEJ/UNIVERSITI BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN

Cara dan panduan bagi memilih kolej/universiti untuk melanjutkan pengajian anda. Bagi mereka yang tidak mendapat tempat di Pra U(STPM)/ Politeknik/Universiti Awam, sudah semestinya anda telah merancang untuk mencari Institusi Pengajian Tinggi bagi melanjutkan pelajaran anda.



Dan apabila anda telah mendapat tawaran daripada institusi Pengajian Tinggi tersebut, anda mungkin risau dan terfikir sama ada program Diploma/Degree yang ditawarkan adakah mendapat pengiktirafan Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak.

Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA/JPA IPTA/IPTS di Malaysia


(PA) Provisional Accreditation 

Bagi program-program baharu yang ditawarkan oleh Kolej/Universiti, program tersebut boleh dijalankan untuk pelajar tetapi belum mendapat Pengiktirafan penuh daripada MQA . Untuk menyemak MQA/PA sila masuk ke link ini.

>>http://www2.mqa.gov.my/pasp/<<

Dan ingin dinyatakan Program-program yang mempunyai kod MQA/PA, adalah program yang diluluskan oleh KPT/MQA untuk dijalankan oleh Kolej dan Universiti. namun tetapi, mempunyai risiko seperti Sijil Diploma/Degree yang masih berstatuskan PA adalah tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan juga Sijil tersebut tidak boleh digunapakai untuk membuat sebarang permohonan kemasukan ke sektor Awam/ Kerajaan.

(FA/A) Full Accreditation 

Selalunya program-program yang telah mendapat status MQA/FA/A adalah program yang telah lama dijalankan dan telah mempunyai graduan-graduan yang telah habis di dalam pengajian dalam program tersebut. untuk menyemak MQA/FA sila masuk ke link ini.

>> http://www2.mqa.gov.my/mqr/ <<

Bagi program yang telah mendapat kod MQA/FA/A, bermakna program ini telah mendapat pengiktirafan penuh daripada Agensi kelayakan malaysia (MQA), dan sijil program ini, boleh diguna untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi samaada di universiti Swasta atau Universiti.


Secara amnya, untuk memilih program-program yang ditawarkan oleh kolej/universiti , anda amat digalakkan untuk melihat kod MQA samaada (PA) Provisional Accreditation ataupun (FA/A) Full Accreditation 



Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA/JPA IPTA/IPTS di Malaysia

SENARAI KOLEJ / UNIVERSITI TERBAIK DI ASIA BAGI TAHUN 2018

Kedudukan Universiti Asia 2018 mendedahkan 350  kolej dan universiti terbaik di Asia, yang menampilkan institusi dari 25 negara.

Jepun memimpin jalan dengan 89 universiti dalam peringkat, manakala China menduduki tempat kedua dengan 63 institusi peringkat. India adalah negara yang paling diwakili ketiga dengan 42 universiti, naik dari 33 tahun lepas.buat kali pertama tahun ini, Hong Kong adalah wilayah paling mewakili dalam 10 teratas, dengan tiga universiti dimasukkan.



Kedudukan Universiti Asia berdasarkan 13 petunjuk prestasi yang sama seperti THE World University Rankings, tetapi ini telah diulangi semula untuk mencerminkan sifat-sifat universiti di Asia. Inilah metodologi sepenuhnya.

Lima universiti terbaik  di Asia

1. Universiti Nasional Singapura, Singapura
Institusi tertua di Singapura dan yang terbesar oleh pelajar nombor, Universiti Nasional Singapura (NUS) menggabungkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.

Ia berada di peringkat teratas dalam dunia keseluruhan, dengan skor yang sangat tinggi untuk penyelidikan dan pandangan antarabangsa, dan prestasi cemerlang dalam kejuruteraan dan teknologi.

NUS menggunakan pengajaran gaya Inggeris melalui tutorial kumpulan kecil dan kredit kursus gaya AS untuk membuat keperluan peringkat. Darjah lebih fleksibel daripada di UK; seperti dalam sistem Amerika Syarikat, para pelajar boleh memindahkan antara kursus awal di peringkat mereka, mengambil modul di seluruh fakulti yang berbeza dan dikehendaki untuk mempunyai kursus pilihan yang luas, lintas disiplin.


2. Universiti Tsinghua, China

Universiti Tsinghua telah berkomitmen untuk sistem multidisiplin selama lebih dari 30 tahun, selepas mengalami banyak perubahan sejak penubuhannya pada tahun 1911.

Ia dikenali sebagai salah satu universiti paling elit di China dan hanya mengaku pelajar yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan kebangsaan.

Universiti menawarkan 51 program sarjana dan lebih 200 darjah lepasan ijazah.

Tsinghua juga mempunyai ciri-ciri dalam 30 teratas dalam ranking keseluruhan THE World University Rankings. Ia juga mencapai kedudukan 30 teratas untuk kejuruteraan dan teknologi, sains hayat, perubatan, sains fizikal, sains komputer dan perniagaan.Tumpuan keusahawanan di universiti bermula pada 30 tahun dengan pembentukan pusat berdedikasi untuk inovasi dan teknopreneurship.


Kampus ini terletak di barat laut Beijing di sebuah daerah yang khusus ditetapkan sebagai hab universiti. Bangunan-bangunan itu memaparkan seni bina tradisional Cina dan gaya Barat. Berdasarkan bekas tapak istana kerajaan dinasti Qing, kampus itu telah dinamakan salah satu yang paling indah di dunia.

Ramai graduan menjadi sangat berpengaruh di dalam dan di luar negara, terutamanya dalam politik China. Dua pemenang Hadiah Nobel, salah seorang daripada mereka adalah ahli fizik zarah Chen-Ning Yang, dikaitkan dengan universiti.

Permohonan online program pembangunan profesional 2018

3. Peking University, China

Universiti Peking juga berada di kedudukan teratas 30 dunia dan merupakan universiti kebangsaan moden pertama di China, yang ditubuhkan pada akhir abad ke-19.

Kini ia dikenali sebagai pusat pemikiran progresif dan kecemerlangan penyelidikan. Ia kini mempunyai 216 pusat penyelidikan, dua daripadanya adalah institusi kejuruteraan kebangsaan.

Walaupun universiti mengajar dan meneliti merentasi sains, sains sosial dan kemanusiaan, ia secara khusus menonjol di peringkat antarabangsa untuk sains fizikal dan kejuruteraan.

Perpustakaan universiti adalah yang terbesar seumpamanya di Asia, memegang 11 juta buku dan sumber lain.

Selepas berpindah tempat pada tahun 1952, kampus utama kini berada di bekas tapak dinasti Qing empayar dan masih mempunyai beberapa ciri asal dan lanskap, termasuk taman, pagoda dan bangunan bersejarah.

Pintu pintu masuk ke kampus mempunyai mural di siling dan terkenal sebagai tarikan di sebelah kanan mereka sendiri.

Di kampus, terdapat asrama khusus untuk 2,000 pelajar antarabangsa.

Ramai pemikir terkemuka di China adalah alumni Universiti Peking. Tiga penerima hadiah Nobel juga dikaitkan dengan institusi itu.

Dapatkan info terkini mypendidikanmalaysia

4. Universiti Hong Kong, Hong Kong

Bahasa Inggeris adalah bahasa utama pengajaran di Universiti Hong Kong (HKU), yang terletak di Pokfulam.

Ia diasaskan oleh gabenor British pada tahun 1911 tetapi mula mengintegrasikan budaya dan pendidikan Cina ke dalam kursus pada tahun 1927, ketika ijazah pertama dalam bahasa Cina ditawarkan.

Bangunan-bangunan di kampus utama di pertengahan peringkat Pulau Hong Kong adalah antara satu-satunya contoh seni bina penjajah British. Bangunan Utama, yang siap pada tahun 1912, adalah struktur tertua dan telah diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan.

Kemasukan sangat selektif; terdapat kira-kira 12 aplikasi untuk setiap tempat untuk mahasiswa antarabangsa. Bagi pelajar dari tanah besar China, seorang pelajar mendapat tempat untuk setiap 31 permohonan.

Kursus sarjana muda mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan merupakan satu atau dua tahun lagi untuk program perubatan. Semua pelajar tempatan kini dikehendaki mengambil kursus bahasa Inggeris dan Cina.

Lulusan HKU secara asasnya terlibat dalam membina landskap politik, ekonomi dan budaya moden China. Ramai juga dalam jawatan kanan dalam organisasi sektor swasta.

 5. Hong Kong Universiti Sains dan Teknologi, Hong Kong

Baru hingga lima teratas tahun ini, Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong ditubuhkan pada tahun 1991. Universiti ini memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam sains, teknologi, kejuruteraan, pengurusan dan kajian perniagaan tetapi juga menawarkan kursus dalam sains sosial dan kemanusiaan.

Institusi ini adalah universiti kampus yang terletak di bahagian utara Clear Water Bay Peninsula di Daerah Sai Kung. Kampus terletak di cerun dan bangunan dan kemudahan dibina di atas teres yang diukir dari lereng bukit. Kemudahan akademik berada di teres tingkat atas dan ruang tamu kediaman dan kemudahan sukan di pinggir laut.

6. Nanyang Technological University, Singapura

Walaupun secara konsisten berada di kalangan universiti terbaik di dunia, Nanyang Technological University (NTU) hanya berumur 27 tahun.

Peringkat di luar 50 universiti teratas di THE World University Rankings, NTU sangat terkenal dengan kejuruteraan dan teknologi, dan mempunyai pelbagai sekolah kejuruteraan dalam Kolej Kejuruteraan.

Sekolah Perniagaan Nanyang adalah yang terbesar di Singapura, dengan menawarkan 160 profesor dari lebih dari 20 buah negara yang mengajar akauntan dan perniagaan kepada mahasiswa dan siswazah.

Kira-kira 25,000 mahasiswa mendaftar di universiti dan 30 peratus adalah antarabangsa.

NTU menjalankan program sarjana untuk menarik pelajar sekolah terbaik yang juga mempunyai pencapaian akademik yang luar biasa. Ulama menerima bimbingan peribadi dari ahli fakulti, peluang penyelidikan yang intensif, perjalanan ke luar negeri dan interaksi dengan pemenang Hadiah Nobel.

Mungkin menghairankan diberikan tumpuan teknologi, sebahagian besar graduan telah menjadi ahli politik dan penjawat awam. Banyak personaliti berprofil tinggi di media dan eksekutif perniagaan juga merupakan graduan.


Lihat juga:CARA DAN PANDUAN PENDAFTARAN ONLINE CALON PERSENDIRIAN MUET


PERMOHONAN ONLINE PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL 2018

Permohonan online program pembangunan profesional 2018/ Professional development programme (PRO-P) 2018 dibuka bermula pada 16 April 2018 sehingga 25 April 2018.



Kepada graduan cemerlang, MARA menawarkan pinjaman pengajian ke peringkat Profesional/Pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka di dalam negera atau di luar negara dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga Negara.

Anda Boleh membuat permohonan melalui "link" dibawah:


Bidang pengajian.

i) Perakaunan

Association of Chartered Certified
Accountants (ACCA) & Chartered
Institute of Management Accountants
(CIMA)

ii) Perubatan

Paediatrics, Radiology, Opthalmology,
Oncology, Psychiatry, Obstetrics &
Gynaecology, Cardiothoracic Surgery,
Orthopaedic Surgery, Surgery &
Nuclear Medicine

Bagi mendapatkan infomasi terkini pendidikan dan biasiswa sila ke mypendidikanmalaysia.com

Sila lihat garis paduan pemohon sebelum anda membuat sebarang permohonan bagi program ini.


iii) Pergigian

Oral Surgery, Orthodontic,
Periodontology, Paediatric Dentistry,
Restorative Dentistry, Oral Pathology
& Oral Medicine & Forensic Dentistry


PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di
bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2117 / 35032 / 32067





PERMOHONAN ONLINE BAGI KEMASUKAN SEKOLAH SENI MALAYSIA TAHUN 2019

Permohonan Online bagi kemasukan ke tingkatan 1 sekolah seni Malaysia 2019. Dibuka bermula pada 16 April 2018 sehingga 15 September 2018



Bagi yang berbakat dalam bidang kesenian seperti seni visual/tari/teater/muzik anda diperlawa untuk membuat permohonan online bagi permohonan kemasukan.

Tawaran biasiswa top achiever kampus universiti southampton Malaysia(UMSC 2018

Syarat-Syarat

i) Permohonan:

1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3. Sihat tubuh badan
4. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses.

ii) Kemasukan

1.Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
3. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
5. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
6. Mengemukakan rekod kesihatan murid
7. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
8. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Untuk mendapatkan infomasi berkenaan panduan, pendidikan dan biasiswa sila ke link ini. mypendidikanmalaysia.com



Permohonan online boleh dibuat melalui link ini.

 >>https://essem.moe.gov.my/<<


Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

1. Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel : 03-88721620

2. Nurulhaslinda Binti Zolkernain
    Tel : 03-88721659

    Atau emelkan pertanyaan ke :

    Email : mohonssem@moe.gov.my


Lihat juga:

PERMOHONAN BAGI RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) AGAMA 2018


TAWARAN BIASISWA (CELTS) KEPADA GURU-GURU INGGERIS SEKOLAH MENENGAH


South East Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) sempena ulang tahunnya ke-50, menawarkan tawaran biasiswa bagi untuk mengikuti program 
Certificate in English Language Teaching-Secondary (CELT-S). 

Program biasiswa CELT-S telah direka bentuk oleh Cambridge English
khususnya bagi guru-guru Bahasa Inggeris di dalam perkhidmatan yang bertugas di sekolah menengah.

Program ini akan dijalankan mengikut empat fasa seperti berikut:


(i) Fasa 1: (13 Ogos - 5 Oktober 2018) - 8 minggu
Fasa Pembelajaran Online (20 jam)

(ii) Fasa 2: (22 Oktober - 9 November 2018) - 3 minggu
Face-to-face Learning (66 jam)

(iii) Fasa 3: (19 November - 8 Februari 2019) - 12 minggu
Fasa Pembelajaran Online (40 jam)

(iv) Fasa 4: (13 - 20 Februari 2019 / 20 - 28 Februari 2019) - 1 minggu
Fasa On-site visit and teaching observation (20 jam)


Guru-guru Bahasa Inggeris di dalam perhidmatan yang bertugas di sekolah menengah untuk membuat permohonan. Permohonan yang telah dilengkapkan berserta dokumen-dokumen seperti di bawah perlulah sampai ke Bahagian ini selewat-selewatnya pada 20 April 2018 jam 5.00 petang untuk tindakan selanjutnya.

  • resume Ringkas/Tugas Semasa PPP;
  • salinan Kad Pengenalan – disahkan;
  • salinan Passport (belum tamat tempoh jika ada) – disahkan;
  • salinan ijazah/diploma (Linguistics/ English Language/TESOL/Education) - disahkan;
  • salinan transkrip (versi Bahasa Inggeris) - disahkan;
  • 2 reference letters; dan
  • keputusan terkini TOEFL/IELTS/berkaitan- disahkan.
Sila hantarkan borang permohonan berserta dokumen yang berkenaan ke alamat 
berikut;

Bahagian Pendidikan Guru 
Sektor Dasar Keguruan, 
Aras 3, Blok E 13, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604 PUTRAJAYA. 
(u.p: En. Ahmad Saifuldin Bin Makkah) 
03-88841067


MUAT TURUN BORANG

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SKM DI KOLEJ VOKASIONAL BAGI SESI AMBILAN JUN 2018

kemasukan ke program sijil kemahiran Malaysia(SKM) di Kolej vokasional Malaysia bagi sesi ambilan Jun 2018. Permohonan dibuka bermula pada 16 April 2018 sehingga 18 Mei 2018.


Bagi pelajar lepasan Tingkatan 3 2017 yang menduduki pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), anda adalah diperlawa untuk memohon ke program sijil kemahiran Malaysia(SKM) di Kolej Vokasional Malaysia bagi ambilan Jun 2018.

Panduan kemasukan online Gaitmara

Program Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional selama dua (2) tahun di Kolej Vokasional terpilih bagi :


Borang permohonan boleh diperolehi di Kolej Vokasional Kota Bharu, Kolej Vokasional Pasir Gudang , Kolej Vokasional Tanjung Piai dan Kolej Vokasional Batu Pahat (bagi permohonan ke Kolej Vokasional Tun Hussein Onn) berdasarkan kursus yang dipohon.

Bagi yang berminat sila masuk link dibawah untuk mendapatkan borang pendaftaran

>> BORANG<<

PROSES KEMASUKAN KV:

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14,
Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094) atau menghubungi KV berikut :



update daripada portal KPM

lihat juga ; PANDUAN UMUM SENARAI ALAMAT DAN PROGRAM YANG DITAWARKAN KKTM DAN IKM DISELURUH MALAYSIA

SEMAKAN ONLINE TAWARAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 BAGI TAHUN 2018


Semakan online tawaran kemasukan ke tingkatan 6 bagi tahun 2018 akan dibuka bermula 16 April 2018 sehingga 16 Mei 2018.


Bagi anda lepasan SPM 2017 yang telah membuat permohonan bagi kemasukan ke tingkatan 6, anda boleh membuat penyemakan melalui aplikasi dalam talian tingkatan 6 bahagian pengurusan persekolahan harian bermula pada tarikh tersebut.

bagi semakan tawaran tingkatan 6 sila masuk link dibawah


Tarikh bagi pendaftaran tingkatan 6 pula adalah pada 2 Mei 2018 di sekolah menengah di mana nama anda telah tersenarai.

Oleh kerana bakal pelajar-pelajar tingkatan 6 perlu membuat persediaan yang perlu sebelum persekolahan dibuka, anda dinasihatkan untuk membuat semakan secepat mungkin apabila tarikh semakan online telah dibuka nanti.


Lihat juga:



CARA DAN PANDUAN PENDAFTARAN ONLINE CALON PERSENDIRIAN MUET

Cara-cara dan panduan bagi pendaftaran Online bagi calon persendirian MUET. Bagi Anda yang ingin dan bercadangan untuk mengikut program dalam ijazah yang pertama, anda haruslah mempunyai MUET (Malaysian University English Test)


Berikut adalah cara dan panduan yang akan membantu anda, bagi pendaftaran online MUET.

Sebelum anda mendaftar pengguna Baru anda perlu membeli pin MEC di mana-mana cawangan BSN yang terdekat dengan anda. selain itu, Belian pin MEC juga boleh dibeli secara Online.

sila klik link dibawah untuk membeli "PIN MEC"

>>https://dapatpay.dapat.com/mpm/<<

selepas anda telah membeli Pin MEC daripada BSN, anda perlulah masuk ke http://online.mpm.edu.my/web/guest/calonlogin untuk memulakan pendaftaran penguna baharu.

Langkah Pertama

Selepas anda masuk ke pautan tersebut paparan seperti dibawah akan keluar. Sila klik "DAFTAR PENGGUNA"



Langkah Kedua

Setelah anda klik DAFTAR PENGGUNA, paparan dibawah akan berada di screen anda.


-Pilih jenis pengenalan diri. Contoh: Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis, Pasport atau Sijil Kelahiran
-Isikan no kad pengenalan diri (No Kad Pengenalan Baru, tentera, polis, pasport atau sijil kelahiran)
-Isikan nama penuh seperti di dalam sijil pengenalan diri
-Isikan e-mail yang sah bagi memudahkan pengurusan akaun portal Kata laluan (Maksimum 8 askara sahaja)
-Klik butang simpan sekiranya telah mengisi kesemua maklumat.

Langkah Ketiga



Sila isikan soalan peringatan bagi log masuk kali pertama ke dalam portal


Dashboard bagi pengguna portal akan terpapar. Menunjukkan bahawa proses pendaftaran pengguna portal berjaya.

Setelah pendaftaran pengguna portal berjaya , anda perlu LOG MASUK  

PERTAMA

Sila masuk kembali ke http://online.mpm.edu.my/web/guest/calonlogin



• Masukkan nombor kad pengenalan sebagai pengguna ID beserta symbol ‘-’
• Masukkan kata laluan akaun portal
• Klik butang ‘Log Masuk’

KEDUA

Dashboard portal MeSP di paparkan setelah log masuk berjaya

Klik pada tab panel ‘Peperiksaan’


• Klik pada menu Pendaftaran > Pendaftaran Calon Persendirian


• Skrin pendaftaran MUET dan STPM akan dipaparkan 
• Klik pada ikon imej ‘Pendaftaran MUET’


• Masukkan no pin yang telah dibeli di cawangan BSN mengikut jenis peperiksaan 
• Klik butang ‘Teruskan’ sekiranya telah mengisi no. Pin yang sah


• Masukkan segala maklumat yang diperlukan 
• Pusat bagi menduduki ujian adalah berdasarkan kekosongan pada pusat berkenaan 
• Tekan butang ‘Simpan’ sekiranya telah mengisi kesemua maklumat yang diperlukan


• Skrin maklumat calon akan dipaparkan sekiranya kemasukan maklumat berjaya • Klik ‘Kemaskini’ sekiranya ingin membaiki maklumat sebelum ini 
• Klik ‘Cetak Slip Pendaftaran’ sekiranya berpuas hati dengan maklumat. Slip perlu dicetak dan disimpan ia akan digunakan bagi rujukan dari masa ke semasa kelak.



-TAMAT-

Semoga info ini dapat memberikan anda panduan yang lengkap.

LIHAT JUGA:

CARA-CARA SEMAK PENYATA (SSPN-i /SSPN- i plus) ANAK ANDA MELALUI "online"