PERMOHONAN PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Permohonan ke program mengubah destini anak bangsa (MDAB) Universiti Teknologi Mara (UiTM). memberikan peluang kepada anak-anak bangsa melayu, anak-anak bumiputera daripada Sabah dan Sarawak bagi melanjutkan melanjutkan pengajian ke UiTM



Antara program yang ditawarkan melalui MDAB UiTM adalah:

PD002(Pra Perdagangan) -1 Semester / 6 Bulan

Syarat kemasukan

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oelh kerajaan Malaysia dengan mendapat minima 3 Kepujian termasuk Bahasa Melayu.

DAN; Lulus Sejarah(mula guna pakai SPM 2013)

Syarat Khas Program:

Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Lulus Bahasa Inggeris

PD007(Pra Sains) -1- 2 Semester / 6 sehingga 12 Bulan

Syarat kemasukan

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oelh kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu.

DAN; Lulus Sejarah(mula guna pakai SPM 2013)

Syarat Khas Program:

Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Lulus Bahasa Inggeris

Serta Lulus 1 dsaripada mana-mana matapelajaran yang berikut:
Fizik
Kimia
Biologi
Sains tambahan

Borang MDAB boleh didapati melalui Link dibawah

>>https://online.uitm.edu.my/doc/Borang%20MDAB.pdf<<


Semakan Online tawaran kemasukan Tingkatan 6

SOALAN YANG LAZIM

1. Siapakah yang layak memohon program MDAB?

Lepasan SPM (5 tahun kebelakang dari SPM semasa) yang layak dengan pendapatan ibu & bapa (gaji kasar) kurang dari RM4,000/bulan.

2. Bagaimanakah caranya calon ingin memohon masuk ke program MDAB?

Calon boleh berhubung dengan koordinator/staf unit MDAB kampus yang berdekatan. (Sila rujuk halaman Cawangan MDAB

3. Jika saya lulus program pra diploma ini, adakah saya akan menyambung pengajian ke peringkat diploma?

Calon yang lulus akan diserapkan ke program diploma mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Akademik UiTM.

4. Apakah jenis bantuan yang akan diterima oleh calon MDAB?

Calon akan menerima bantuan elaun sara diri/insentif sepanjang tempoh pengajian.


5. Berapakah jumlah gaji bulanan ibu & bapa yang melayakkan calon untuk memohon MDAB?

Jumlah gaji bulanan (gaji kasar) ibu & bapa yang melayakkan calon untuk memohon MDAB perlulah kurang daripada RM4,000 sebulan


Lihat Juga: CARA DAN PANDUAN MEMILIH KOLEJ/UNIVERSITI BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN