PERMOHONAN PENAJAAN JPA BAGI PROGRAM KHAS JPA-MARA TAHUN 2019 KEPADA LEPASAN SPM 2018 DIBUKA SECARA ONLINE

Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) bagi program khas JPA-MARA 2019 bagi lepasan SPM 2018 dibuka untuk permohonan. 

Program khas ini adalah program bagi menaja  pelajar Bumiputera yang cemerlang dalam keputusan SPM tahun semasa untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama melalui program dibawah:



Permohonan Online bagi program ini dibuka bermula pada 19 Mac 2019 dan akan ditutup pada 26 Mac 2019 sebelum jam 5.00 petang, bagi lepasan SPM 2018 yang ingin memohon, anda di seru untuk berbuat demikian secepat mungkin. dan ingin dimaklumkan dimana permohonan ini hanya dibuka kepada lepasan SPM tahun 2018 sahaja.


Program khas ini adalah program bagi menaja  pelajar Bumiputera yang cemerlang dalam keputusan SPM tahun semasa untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama melalui program dibawah:

1)Program Akademik Jepun Program Akademik Jepun (PAJ)

Merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan dan sains sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT).

2)Program Berkembar New Zealand Program Berkembar New Zealand 

Merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zeland Consortium Universities - University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat ijazah pertama selama 2 tahun 6 bulan di KYSBS dan 1 tahun 6 bulan di New Zeland.

Lihat Juga:


3)Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP) 

Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di UniKL selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.

update: permohonan bagi tahun 2019 akan dibuka...

Permohonan online boleh di buat disini.


Permohonan telah ditutup

update dari portal Rasmi MARA