PERMOHONAN PROGRAM PENERAJU SKIL- JURUTEKNIK PESAWAT BERLESEN

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Permohonan Program peneraju Skil Juruteknik pesawat berlesen.



Bagi mereka yang bercita-cita unutk menjadi seorang juruteknik yang mempunyai lesen, ini adalah peluang anda melalui yayasan peneraju pendidikan bumiputera program peneraju skil juruteknik pesawat berlesen.

(Dengan peluang dinaiktaraf ke Jurutera Pesawat Berlesen) 

Program Peneraju Skil Juruteknik Pesawat Berlesen dilancarkan pada Oktober 2013 sebagai satu lagi inisiatif untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam industri penerbangan negara dan antarabangsa. Ini adalah selaras dengan aspirasi Yayasan Peneraju untuk membawa Bumiputera ke arah kerjaya berpendapatan tinggi, melalui pendidikan dan pensijilan berkualiti.

Syarat-syarat Kelayakan:

1.Bumiputera Warganegara Malaysia;
2.Berumur 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun;
3.Kelayakan Akademik Minima:

Lepasan SPM: Sekurang-kurangnya Gred C bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik

4.Tahap Kesihatan
5.Tidak mempunyai penyakit asma yang kronik;
6.Tidak buta warna. 

Sila masuk ke pautan ini untuk membuat permohonan

PENERAJU SKIL JURUTEKNIK PESAWAT

Perhatian: Calon WAJIB membawa semua dokumen sokongan yang telah disahkan sewaktu menghadiri sesi penilaian. Calon yang tidak membawa dokumen yang lengkap tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi penilaian.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila e-mel kepada penerajuskil@yayasanpeneraju.com.my

Baca Juga:

Permohonan Program Peneraju CIDB Malaysia(penyelia keselamatan Tapak)
Permohonan Program Peneraju CIDB Malaysia(pegawai keselamatan dan kesihatan)