UPU 2019/2020 PERMOHONAN SECARA ONLINE BAGI KEMASUKAN KE UA/POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA

Upu 2019/2020 permohonan secara Online bagi kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam(ILKA) kini dibuka kepada semua lepasan SPM untuk memohon.


Bagi lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2018, ini adalah peluang yang anda tunggu-tunggu untuk membuat permohonan dan seterusnya melanjutkan pengajian di Institusi pengajian yang dimiliki oleh kerajaan. dan seperti pada setiap tahun permohonan Online melalui UPU akan dibuka untuk kepada semua. Program ini adalah pengajian lepasan SPM untuk melanjutkan ke porgram ASASI, DIPLOMA dan SIJIL.

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon diwajibkan untuk membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional(BSN) Pembelian Nombor Unik ID ini adalah bertujuan untuk pendaftaran permohonan anda di sistem UPU nanti,

NOMBOR UNIK ID boleh dibeli bermula :

25 Februari 2019 sehingga 01 April 2019 

Panduan membeli NOMBOR UNIK ID

Perhatian: Jualan Nombor Unik ID akan ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan, oleh itu calon digesa untuk membeli awal untuk mengelakan tercicir

PERMOHONAN UPUONLINE

Permohonan akan disiarkan sebanyak 2 kali pada hari Ahad, Iaitu pada: 
  • 24 Februari 2019 dan 24 Mac 2019
UPU Online 2019/2010 akan dibuka pada 25 Frebruari 2019 jam 12.00 tengahhari dan akan ditutup pada 02 April 2019 Jam 11.59 Malam.

Calon yang telah membeli Nombor Unik ID di BSN, bolehlah mengemukakan permohonan Online UPU melalui http://upu.moe.goy.my

Pastikan sebelum mmengisikan maklumat dalam UPU online, Calon dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
SEMAKAN PERMOHONAN

Permohonan yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline yang mengndungi maklumat berikut:
  1. Tarikh dan masa hantar permohonan
  2. Tarikh dan masa kemas kini permohonan
  3. Pilihan Program
Jika pemohonan tidak menyimpan?mencetak Slip Permohonan ketika mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengakap permohonan boleh dicetak melalui pautan "SLIP PERMOHONAN"

Baca Juga Tarikh Penting UPU 2019/2020

KEMASKINI PERMOHONAN
  • Setelah berjaya mengemukakan permohonan, anda boleh membuat kemaskini permohonan anda
  • Pemohon perlu mengemaskini pilihan program enam(6) hari selepas Keputusan SPM dikeluarkan
  • Proses kemaskini maklumat boleh dilakukan oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan, sebarang kemaskini maklumat adalah dibawah tanggungjawab pemohon.
TAWARAN
  • Kepada pemohon yang berjaya, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA,Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web rasmi
  • Pemohon hendaklah membuat pengesahan samaada setuju menerima tawaran atau sebaliknya.
  • Tawaran program yang diberikan adalah Muktamad
TARIKH-TARIKH PENTING


RAYUAN
  • Pemohon yang GAGAL mendapatakan tawaran boleh lah mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan.
  • Permohonan rayuan hanya dalam tempoh (5) Hari bekerja selepas hebahan permohonan kemasukan di keluarkan
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA(2) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan.
  • Permohonan rayuan ke Politeknik,Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibuat terus ke agensi/institusi berkenaan
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi terus:


Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia(Pendidikan Tinggi)
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6. Presint 5
Pusat Pentadbhiran KerajaaN Persekutuan
6220 W.P Putrajaya
No. Tel : (03) 8870 8200