PROGRAM PENERAJU SKIL - CIDB MALAYSIA & YAYASAN PENERAJU (PENYELIA KESELAMATAN TAPAK)

Permohonan online bagi kemasukan sesi Januari/Februari 2019 kini dibuka kepada yang kelayakan untuk mengikuti program peneraju skil bagi program PENYELIA KESELAMATAN TAPAK Permohonan akan ditutup pada 15 Disember 2018.


Program Peneraju Skil dijalankan untuk memberi peluang kepada pekerja di dalam bidang Kesihatan & Keselamatan. Peserta akan menduduki peperiksaan kompetensi dan membolehkan peserta memohon sebagai Orang Yang Kompeten bagi Penyelia Tapak Bina di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia(JKKP). Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam bidang pembinaan.

Syarat Permohonan

  • Bumiputera warganegara Malaysia Berumur 21 – 40 tahun
  • Mempunyai ijazah Sarjana Muda / Diploma dalam bidang Pembinaan dengan minima 1 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan Kesihatan & Keselamatan ATAU Memperolehi sijil SPM/SPMV/MCE dengan minimum 6C untuk subjek BM, BI, Matematik dan 8E untuk Sains dan lulus 2 subjek lain dengan minima 3 tahun pengalaman dalam bidang Kesihatan & Keselamatan Sihat tubuh badan
  • Sedang dan boleh bekerja di tapak pembinaan serta luar daerah


Peluang yang ditawarkan

  • Peluang pekerjaan dalam industri Pembinaan semenanjung Malaysia.

Bayaran yang dikenakan kepada calon

  • Program Peneraju Skil Site Safety Supervisor adalah program pembiayaan pendidikan boleh ubah. Pelatih hanya perlu membayar balik jumlah maksimum 20% kepada Yayasan Peneraju.

program ini di buka kepada calon dari seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, latihan akan dijalankan di Training Room, CIDBH sahaja.


Peluang pekerjaan selepas tamat latihan


  • Tawaran pekerjaan di dalam bidang Pembinaan akan diberikan kepada pelatih selepas tamat tempoh latihan. Pelatih akan diberi peluang untuk bekerja dalam bidang Pembinaan bergantung kepada prestasi pelatih sepanjang kursus dijalankan.

Adakah Pelatih akan terikat kepada YAyasan Peneraju

  • Pelatih hanya terikat dengan Yayasan Peneraju sehingga bayaran 20% kepada Yayasan Peneraju diselesaikan.


Jenis bantuan diberikan

  • Yuran pengajian(training kit, modules, venue, site visit arrangement, trainer fee) Yuran peperiksaan Program Pemupukan & Pembangunan (Pre-assessment Workshop) Makan & Minum

PROSES PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi Yayasan Peneraju di www.yayasanpeneraju.com.my

bentuk sesi penilaian 

  • Pengesahan dokumen Temuduga
  • Pemeriksaan kesihatan

Semua pelatih yang berjaya akan dihubungi melalui telefon.

Lihat Juga:

Program Peneraju Skil(pegawai keselamatan dan kesihatan)
Program Skim Bantuan Khas-Yayasan Pelajaran MARA
Program Bantuan Kewangan kepada Pelajar Kolej Komuniti

STRUKTUR PROGRAM


  • Berapa lamakah program ini akan berlangsung dan apakah komponen yang terkandung? Program akan berjalan selama 14 hari yang merangkumi 10 hari kelas teori, 2 hari Program Pemupukan dan Pembangunan serta 2 hari peperiksaan.
  • Nurture and Develop’ di dalam program Skil adalah ditekankan melalui program pemupukan dan pembangunan yang merangkumi aspek disiplin dan jatidiri di kalangan pelatih seperti `Pre-assessment Workshop yang merangkumi Current Health & Safety Issues, Spot Questions, Past Year Questions, Practical Presentation Training, Presentation Skills/Method, Presentation Contents and Mock up presentation & examination session.

Permohonan telah dibuka untuk membuat permohonan secara online sila Klik MOHON

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Wakil CIDB Holdings di 03-4042 8880 (Isfarudin / Anis / Julaila) atau
e-melkan ke: industry.relations@cidbholdings.com.my


Wakil Yayasan Peneraju di 03-2727 9080 (Haslina) atau

e-melkan ke penerajuskil@yayasanpeneraju.com.my