CARA-CARA SISTEM KELAYAKAN PERKHIDMATAN AWAM(JPA)

Bagi pelantikan di dalam sektor perkhidmatan AWAM, kelayakan sijil akademik perlulah diiktiraf oleh jabatan perkhidmatan Awam(JPA) dan juga kementerian pendidikan TInggi(KPT).


Pada tahun 2002, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan bilangan 8 tahun 2002 bertajuk" senarai kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan perlu digunakan dalam urusan pelantikan ke dalam perkhidmatan Awam" dan ini adalah amat penting kepada orang ramai untuk mengetahui sama ada sijil akademik seperti DIPLOMA, DEGREE, MASTER atau PHD telah diiktiraf oleh JPA atau tidak.

PERMOHONAN DAN SEMAKAN BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI KEPADA MAHASISWA IPT 2018 - KAD DEBIT-i SISWA 1 MALAYSIA

Bantuan Pendidikan Tinggi bagi mahasiswa yang sedang menuntut di IPT-
Baucar buku bagi bantuan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi telah digantikan kepada KAD DEBIT PELAJAR. Menerusi budget Negara 2017, kerajaan telah meluluskan dimana, baucar buku tersebut digantikan kepada Kad debit pelajar bank Rakyat. kadar kenaikan kos hidup yang membebankan ibubapa/penjaga untuk memberikan wang saku kepada anak-anak mereka telah dapat diringankan oleh melalui pengantian ini.


bagi pelajar-pelajar yang sudah menuntut di dalam IPT samaada sepenuh masa atau separuh masa, adalah adalah layak untuk memohon melalui bank rakyat.
dan permohonan bagi bagi kad Debit-i Diskaun siswa 1 Malaysia telah dibuka untuk permohonan Online bermula pada 1 April 2018

sila klik link ini untuk memohon. www.bankrakyat.com.my/bppt




KAD DEBIT-i SISWA 1 Malaysia ini mempunyai 3 fungsi yang akan memudahkan mahasiswa dan mahasiswi:

Kad debit- anda boleh mengunakan kad ini sebagai kad debit dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan anda.

Kad ATM- untuk mengeluarkan tunai, anda boleh menggunakan kad ini si semua ATM yang berbeza.

Kad Diskaun- untuk pembelian buku pula, ada boleh menggunakan kad ini sebagai Diskaun.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
untuk semakan permohonan anda sama ada diluluskan  sila masuk ke laman sesawang BANK RAKYAT

untuk semak Status permohonan anda sila klik link ini.

http://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak

LIHAT JUGA:

PANDUAN CARI KERJA MELALUI ONLINE: 8 PORTAL CARIAN KERJA TERBAIK DI MALAYSIA






Semakan UPU Di hujung Jari Anda melalui telefon pintar anda

Menyemak keputusan UPU anda melalui telepon pintar anda. Sehingga kini, anda telah diberikan kemudahan untuk menyemak keputusan UPU online anda melalui melalui telepon pintar. UPU MOBILE adalah satu aplikasi yang terdapat di android application di google play yang boleh dimuat turun secara percuma. yang dibangunkan oleh jabatan pengurusan kemasukan pelajar pendidikan tinggi. Dan tujuan utama ianya adalah, untuk membantu anda menyemak kepatusan dan juga INFO yang terkini melalui "hujung jari anda"

Jika anda menggunakan Android sila masuk ke GOOGLE PLAY, dan search UPU dan muat turun aplikasi tersebut.




Aplikasi UPU yang terdapat di android mempunyai fungsi yang berbeza.

Antara aplikasi UPU yang terdapat di google play adalah:

UPUONLINE-Anda boleh menyemak status dan syarat permohonan ke Politeknik, IPTA dan ILKA dengan pantas dan mudah. melaluinya, orang yang mengunakan aplikasi ini akan disambungkan ke laman portal rasmi bahagian kemasukan pelajar, jalan pendidikan tinggi.

UPUMOBILE- untuk mendapatkan infomasi yang tepat dan berkaitan kampus IPTA yang utama bolehlah melalui aplikasi ini.

UPUPOCKET- aplikasi dimana membantu anda dan ibu/bapa/penjaga untuk mendapatkan perkhidmatan dan rujukan berkenaan UPU.

semua aplikasi yang dibangunkan mempunyai fungsi-fungsi yang dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarat khususnya.

dapatkan info melalui laman sesawang rasmi kementerian pendidikan tinggi

BANTUAN DANA EHSAN-YAYASAN PELAJAR MARA

Bantuan dana ehsan yayasan pelajaran pendidikan Mara untuk pelajar daripada golongan susah.


Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan sebagai usaha membantu membiayai pelajar lepasan sekolah yang memenuhi kelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

PERMOHONAN DAN TAWARAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) 2019

Permohonan dan Tawaran Biasiswa kerajaan negeri sabah (BKNS) 2019. akan dibuka bermula padatarikh yang akan diumumkan, pada tahun 2018 BKNS telah membuka portal untuk permohonan bermula pada  30 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 bagi permohonan, kepada mereka yang mencari DANA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi amat digalakan untuk memohon.


Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM / STPM atau yang setaraf / Matrikulasi, adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan. 



(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1.Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
JuruukurPertanian
Jurukur BahanPerakaunan
KejuruteraanSains Tulen
Kesihatan dan Perusahaan TernakSeni Bina (Architecture)
Pengurusan HartanahTeknologi Maklumat
2.Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
AkuakulturPerikanan
EkonomiPertanian
FarmasiPerubatan
Juru Ukur BahanPerhutanan
KejuruteraanPerubatan Veterinar
KomunikasiPsikologi
MatematikSains Alam Sekitar
MuzikSains Biologi Marin
Pelancongan dan HospitalitiSains Bioteknologi
PendidikanSains dan Teknologi Makanan
Pengajian IslamSains Komputer
Pengangkutan dan LogistikSains Tulen (Biologi/ Kimia/ Fizik)
Pengurusan LadangSeni Bina (Architecture)
Pengurusan HartanahTeknologi Maklumat
Pentadbiran PerniagaanTESL
PerakaunanUndang-Undang
Pergigian

(B) KELAYAKAN MEMOHON
1.Had Umur
Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
2.Kelayakan Akademik
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
Kursus Sarjana Muda
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.  Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.



Pemohonan Bagi Biasiswa kerajaan Negeri Sabah(BKNS) 2018 boleh dibuat melalui link ini. www.biasiswa.sabah.gov.my

Senarai  IPTA yang boleh memohon BNKS


Senarai  IPTS yang boleh memohon BNKS



LIHAT JUGA:

PERMOHONAN ONLINE BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM 2018

Tawaran Biasiswa Institut Arkitek Malaysia (PAM INOVAR) 2018 - Persatuan Arkitek Persatuan Arkitek Malaysia (PAM INOVAR) 2018 kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa Institut Arkitek Malaysia (PAM INOVAR) 2018
Biasiswa Institut Arkitek Malaysia (PAM INOVAR) 2018 - Persatuan Arkitek Persatuan Arkitek Malaysia (PAM INOVAR) 2018 kini dibuka untuk permohonan.

biasiswa pam 2018

Persatuan Akitek Malaysia (PAM) kini menjemput pelajar dari universiti tersenarai di bawah atau mana-mana universiti tempatan lain di Malaysia yang mempunyai akreditasi LAM untuk mengemukakan permohonan mereka untuk biasiswa ini. Ia terbuka kepada Pelajar PAM yang merupakan sebahagian daripada program Seni Bina Bahagian 2 (BAHAGIAN 2). Berikut adalah nama-nama universiti yang mempunyai akreditasi dari LAM:

SISTEM SAPS- SEKARANG IBUBAPA UNTUK PERIKSA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK-ANAK ANDA

Berita baik kepada semua ibu bapa, kini anda boleh menyemak keputusan peperiksaan sekolah anak-anak anda dalam talian. Kejadian yang jarang berlaku di mana kanak-kanak sekolah mengubah tanda pada kad laporan mereka sebelum menyerah kepada ibu bapa mereka tidak akan berlaku lagi. Keputusan berikut dapat diakses dari sistem ini.

Sekolah Rendah: Standard 3, 4, 5, dan 6. Anda boleh menyemak keputusan ujian 1, ujian 2, ujian pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun dan keputusan peperiksaan percubaan UPSR.

Sekolah menengah: Keluarkan kelas (kelas peralihan), Borang 2, 3, 4 dan 5. Anda boleh menyemak keputusan untuk ujian 1, ujian 2, ujian pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun dan keputusan peperiksaan percubaan bergantung pada bentuk anak anda.

HARGA MINYAK MINGGUAN BAGI MINGGU TERAKHIR BULAN FEB 2018


Harga minyak mingguan di semua stesen minyak berada di Malaysia bermula 22 Februari 2018 - Sememangnya rakyat Malaysia khususnya ternanti-nanti berapakah harga minyak pada minggu ini. dan setelah memasuki minggu terakhir di bulan Februari 2018, "ramai yang tertanya-tanya adakah "harga minyak akan tetap atau berubah". bermula pada 30 Mac 2017, pihak kerajaan telah menentapkan harga siling untuk minyak, harga siling ini adalah bermaksud harga runcit rasmi dan akan diumumkan setiap pada hari Rabu bermula pada jam 6.00 pm sehingga 7.00 pm


PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH KPM ONLINE TAHUN 2019

PERMOHONAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  TAHUN 2019


Makluman Awal kepada ibu/bapa/penjaga, sukacita ingin di kongsikan kepada anda semua dimana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kemasukan ke prasekolah untuk tahun 2019 pada bulan Mac 2018. Bagi ibubapa/penjaga  yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke prasekolah KPM untuk sesi 2019 boleh la membuat permohonan secara online atau pun secara manual.

INFO TARIKH PERMOHONAN


Sila baca serba sedikit butiran di bawah untuk memastikan tarikh dan cara untuk memohon.

Berita semasa untuk lepasan SPM Karnival Pendidikan MARA tahun 2018 – Info, Jadual dan Lokasi

Karnival Pendidikan MARA 2018 – Sudahkah anda bersedia untuk menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan MARA 2018? Melalui artikel ini dikongsikan info, Jadual dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018 (KPM 2018) khas untuk anda.

Acara tahunan Karnival Pendidikan MARA bakal kembali pada tahun ini yang diadakan secara jelajah di seluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) mengikut zon yang ditetapkan di setiap negeri.


Karnival yang menyasarkan pelajar lepasan sekolah dikalangan lepasan pelajar SPM dan STPM ini menyediakan pelbagai peluang pendidikan dari segi maklumat mengenai tawaran pengajian oleh institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Ia termasuklah maklumat mengenai pinjaman pendidikan serta peluang untuk mendapatkan biasiswa.

Sebagai pelawat anda akan mendapat peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran pengajian dan faedah yang boleh didapati untuk kemudahannya. Sebelum ini kebanyakan pelajar lebih ba­nyak mencari maklumat mengenai universiti menerusi Internet tapi dengan adanya Karnival Pendidikan MARA 2018, mereka berpeluang bercakap secara terus dengan pihak berkaitan dan bertanya pelbagai soalan.

Untuk gambaran lebih jelas berikut secara ringkas kami senaraikan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar lepasan sekolah daripada KPM 2018:
  • Peluang pendidikan di IPMa, IPTA, dan IPTS
  • Yuran PERCUMA di IPMa terpilih
  • Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  • Permohonan terus dan temuduga terbuka
  • Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
Aktiviti menarik juga menanti anda seperti cabutan bertuah, jualan usahawan, food truck dan banyak lagi.

Karnival Pendidikan MARA 2018

Tambahan lagi, pihak pemamer/kolej yang menyertai Karnival KPM 2018 turut mendapat peluang untuk mempromosi tawaran pengajian di universiti masing-masing dengan faedah dan mutu pendidikan yang terbaik. Pene­rangan terperinci dapat disampaikan dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh pelajar, sekali gus membantu mereka membuat keputusan untuk me­nyambung belajar di tempat yang sesuai.
KPM 2018 akan diadakan sepanjang bulan Mac 2018 di enam(6) lokasi mengikut zon seluruh negara bermula di Zon Tengah Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Mac diikuti Timur Terengganu pada 14 dan 15 Mac. Kemudian, Karnival Pendidikan Mara 2018 akan diteruskan di Selatan Johor pada 17 dan 18 Mac diikuti Sarawak juga pada tarikh yang sama.
Jelajah karnival ini akan berkunjung ke Utara pada 21 dan 22 Mac serta di Sabah pada 24 dan 25 Mac. Pameran bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di semua lokasi.

jadual Karnival Pendidikan Mara 2018
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan menganai KPM MARA dan pertanyaan berkaitan, silakan untuk hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03-2613 4859 atau faks 03-2692 7386.



TAWARAN Biasiswa Karangkraf 2018

Biasiswa Karangkraf 2018 – Tawaran Program Biasiswa Karangkraf sesi 2018 kini dibuka untuk permohonan.


Biasiswa Karangkraf merupakan sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah di IPTS.

12 Pelajar dari Sekolah Agama Kedah Terima Biasiswa LZNK

Posted: 06 Feb 2018 08:31 PM PST

ALOR SETAR – Seramai 12 pelajar dari lima sekolah agama di seluruh Kedah terpilih menerima biasiswa daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Ketua Jabatan Agihan LZNK, Hamidi Mohd Nor berkata, setiap pelajar yang terpilih menerima biasiswa LZNK sebanyak RM300 setiap bulan.
Biasiswa RM300 sebulan diberikan untuk membantu menampung kos yuran dan sara hidup pelajar yang kurang berkemampuan.
“Kita memilih pelajar yang tergolong dalam kalangan asnaf, bagaimanapun cemerlang dalam pelajaran untuk layak menerima bantuan itu,” katanya.

Lembaga Zakat Negeri Kedah baru-baru ini telah mengadakan satu majlis penyerahan replika cek biasiswa pelajar asnaf cemerlang bertempat di Sekolah Menengah Agama Baqiyatissolihat Langkawi Kedah.
Seramai 12 orang pelajar meliputi lima buah Sekolah Agama di seluruh Kedah telah terpilih bagi menerima Bantuan Biasiswa daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Terdahulu, beliau menyerahkan replika cek bernilai RM43,200 kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Bagiyatissolihat, Ustaz Yusof Ismail.
Turut hadir, Pegawai Zakat Daerah Langkawi (PZDL) Ustaz Yusof Ahmad.

Sumber: http://www.gpsbestari.com/berita/12-pelajar-dari-sekolah-agama-kedah-terima-biasiswa-1.794243

The post 12 Pelajar dari Sekolah Agama Kedah Terima Biasiswa LZNK


Tawaran Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2018(info mypendidikanmalaysia)

Tawaran Program Biasiswa Yayasan Bank Rakyat sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan.


PPBU ditawarkan kepada pendidikan peringkat tinggi dari Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah (PH.D) kepada rakyat Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar-pelajar memperoleh pendidikan siswazah di Institusi Latihan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat pengakuan dan berada pada tahun pertama pendidikan mereka di Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Badan Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Negara (NVTC). PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana dalam spektrum mata pelajaran akademik dan praktikal yang luas yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR lebih berorientasikan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

KRITERIA
Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah:
  • Terbuka kepada rakyat miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik.
  • Layak untuk PENGAJIAN SEPENUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan ATAU Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan Institusi Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diakui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.
BIDANG-BIDANG PENGAJIAN
  • Terbuka untuk semua bidang pengajian. Kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).
  • Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:
    I. Perakaunan
    II. Perbankan
    III. Pengurusan perniagaan
    IV. Sumber Manusia
    V. Ekonomi
    VI. Komunikasi Media
    VII. Undang-undang
    VIII. Sains Aktuari
  • Doktor PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Sijil Kemahiran

* Warganegara Malaysia.
* Layak kepada mod STUDI FULL-TIME sahaja.
* Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum memohon.
* TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran kajian.
* TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
* Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
* Sekurang-kurangnya lulus SPM (dengan 2 Kredit dan subjek Bahasa Malaysia).
* Tempoh pengajian Tahap 1 hingga Tahap 3 (Bergantung pada institusi).
* Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM30,000 selama 2 tahun [RM400 / Bulanan + Yuran].

Diploma Kemahiran

* Warganegara Malaysia.
* Berkualifikasi kepada mod PENGAJIAN SEPENUH-MASA sahaja.
* Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum memohon.
* TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran kajian.
* TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
* Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
* Sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya telah mencapai ATAU yang sedang memegang tahap 2 ATAU – Sijil Kemahiran lain memerlukan sekurang-kurangnya lulus dalam SPM mereka (dengan 2 Kredit dan mata pelajaran Bahasa Malaysia) ATAU pemohon mesti memperoleh Sijil Kemahiran dengan minimum CGPA 2.75 dan ke atas.
*Tempoh pengajian 3 tahun.
* Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM30,000 selama 3 tahun [RM400 / Bulanan + Yuran].

Diploma

* Warganegara Malaysia.
* Layak kepada mod PENGAJIAN SEPENUH-MASA sahaja.
* Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum memohon.
* TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran kajian.
* TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
* Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
* Pemohon mesti mempunyai kelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dengan gred minimum 5A.
* Tempoh pengajian 3 tahun / 6 Semester.
* Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM7, 500 setiap satu (UiTM & Politeknik hanya RM5, 000) [Elaun + Yuran].

Ijazah

* Warganegara Malaysia.
* Layak kepada mod PENGAJIAN SEPENUH-MASA sahaja.
* Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum memohon.
* TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran kajian.
* TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
* Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
* Pemohon mesti memegang Diploma dengan PNGK minimum 3.0 atau Matrikulasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kepujian Jayyid Jiddan atau Mumtaz bersamaan dengan STPM.
* Tempoh pengajian 4 tahun / 8 Semester.
* Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6, 500) [Elaun + Yuran].

Sarjana

* Warganegara Malaysia.
* Layak kepada mod PENGAJIAN SEPENUH-MASA sahaja.
* Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum memohon.
* TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran kajian.
* TIDAK melebihi 45 tahun setelah tamat pengajian untuk Ijazah Sarjana.
* Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
* Pemohon mesti memegang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 dan ke atas.
* Tempoh pengajian 2 Tahun / 4 Semester.
* Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM 12, 000 secara anally [Fee + Allowance].

PhD

* Warganegara Malaysia.
* Layak kepada mod PENGAJIAN SEPENUH-MASA sahaja.
* Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum memohon.
* TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran kajian.
* TIDAK melebihi 50 tahun selepas tamat pengajian untuk Doktor & PHD.
* Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
* Pemohon mestilah memiliki kelayakan Sarjana Masters dengan PNGK 3.00 dan ke atas.
* Tempoh pengajian 3 tahun / 6 Semester.
* Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM55,800 3 tahun [RM800 / Bulanan + Yuran].

Kelayakan profesional

* Warganegara Malaysia.
* Layak kepada mod PEMBELAJARAN SEPENUH-MASA sahaja.
* Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum memohon.
* TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran kajian.
* TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
* Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
* Pemohon mesti memegang Diploma ATAU Ijazah dengan CGPA 3.0 dan ke atas.
* Tempoh pengajian 2 Tahun / 4 Semester.
* Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM28,500 selama 2 tahun [Elaun + Yuran].
Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:
I. Perakaunan
II. Perbankan
III. Pengurusan perniagaan
IV. Sumber Manusia
V. Ekonomi
VI. Komunikasi Media
VII. Undang-undang
VIII. Sains Aktuari
* Doktor PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

KAEDAH PERMOHONAN

Langkah 1

Semua permohonan PPBU dalam talian mesti dibuat dalam talian melalui laman web rasmi YBR di: www.yayasanbankrakyat.com.my

Langkah 2

Sebelum membuat permohonan, pemohon dikehendaki mendapatkan tawaran masuk ke IPTA / IPTS.

Langkah 3

Pemohon dikehendaki mendaftarkan portal akaun di laman web YBR untuk mengisi borang permohonan dalam e-borang.

Langkah 4

Selepas melengkapkan e-borang, pemohon perlu mencetak dokumen untuk rujukan peribadi.

Langkah 5

Selepas tarikh tutup permohonan, pemohon dikehendaki menjawab kuiz pengetahuan umum.

Langkah 6

Semua pemohon PPBU yang berjaya akan diumumkan di laman web rasmi YBR dan surat tawaran akan diposkan.
Tahap 1 (Diploma, Sijil, Diploma Kemahiran) dibuka dari 2 April – 29 Jun, 2018.
Tahap 2 (Ijazah, Sarjana, Profesional, PhD) dibuka dari 2 Julai – 28 September, 2018.

HUBUNGI
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur,
Malaysia
Telefon:
+603 2612 9600
Waktu Operasi:
ISNIN – KHAMIS,
8.00am-1.00pm
2.00pm-5.00pm
JUMAAT
8.00am-12.30pm
/2.30pm-5.30pm

TAWARAN BIASISWA SHELL TAHUN 2018


Biasiswa Shell 2018 – Tawaran Biasiswa Shell 2018 bakal dibuka.


Sejak penubuhan Program Biasiswa Shell Malaysia, ia telah memberi manfaat kepada lebih daripada 1500 pelajar dalam mengejar aspirasi pendidikan mereka dan telah menyediakan kemasukan unik ke dalam industri tenaga.
Biasiswa Shell Malaysia membuka peluang dunia termasuk peluang untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di universiti peringkat global, mengambil bahagian dalam bimbingan, program-program latihan, dan selepas tamat pengajian, memulakan kerjaya yang memuaskan dengan Shell.
Permohonan Program Biasiswa Shell Malaysia dibuka setiap tahun dari 25 Februari hingga 25 Mac.

Biasiswa Shell 2018

Tawaran ini adalah untuk calon-calon yang ditaja oleh 2 peringkat A-level dan mahasiswa di kolej dan universiti berprestij di dalam dan di luar negara. Ini tertakluk kepada prestasi akademik pelajar.
Kami menaja pelajar yang berhasrat untuk meneruskan pengajian tinggi dalam bidang pengajian berikut:
Kejuruteraan: Mekanikal, Awam, Kimia, Petroleum, Elektrik & Elektronik
Sains: Geologi, Geosains, Geomatik, Geofizik
Komersial: Sumber Manusia, Perniagaan & Pengurusan
Kelayakan
  • Kemahiran kepimpinan yang kuat dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti masyarakat dan kelab, sukan, dll.
  • Tidak memegang biasiswa / pinjaman lain
  • Pencapaian akademik yang saling meluas adalah seperti berikut:
    • Minimum 8As (A / A +) di Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU
    • Gred peringkat O cemerlang di IGCSE (A * / A)
  • Sebelum membuat permohonan, pastikan anda layak bekerja di negara di mana program biasiswa ditawarkan.
  • Tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran bagi kajian asas
* Permohonan yang berjaya akan dihantar ke Kolej Tuanku Jaafar untuk mengikuti Program A-Level
* tertakluk kepada terma & syarat tambahan

Gambaran Keseluruhan Permohonan.

Maklumat penting:
  • Calon perlu melengkapkan Langkah 2: Penilaian Dalam Talian dalam tempoh 10 hari selepas menerimanya melalui e-mel.
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan diberitahu untuk maju ke langkah permohonan seterusnya.
Proses Permohonan

Langkah 1: Permohonan Dalam Talian
Lengkapkan permohonan dalam talian anda – perhatikan bahawa anda boleh menjimatkan masa dengan menghubungkan profil LinkedIn anda. Sebelum memohon, pastikan anda layak bekerja di Malaysia. Permohonan tidak boleh mengambil masa lebih daripada 5-10 minit.
Langkah 2: Penilaian Dalam Talian
Ini akan menjadi ujian masa yang dibahagikan kepada tiga bahagian, meliputi kemahiran lisan, kemahiran berangka, dan penalaran abstrak masing-masing. Anda akan mempunyai 4 minit untuk menyelesaikan setiap bahagian. Penilaian gaya kerja Segmen ini akan menilai pendekatan anda untuk bekerja dan tingkah laku pilihan anda mengikut faktor personaliti utama. Ia tidak akan diberikan masa, dan biasanya hanya mengambil masa 10-12 minit untuk diselesaikan. Kami meraikan dan menghargai kepelbagaian di Shell, jadi kami menggalakkan anda menjadi diri anda sendiri semasa memberi balasan. Anda akan menerima laporan ‘gaya kerja’ berdasarkan cara anda menjawab soalan.
Langkah 3: Video Temuduga Atas Permintaan
Jika anda telah disenarai pendek selepas LANGKAH 2, anda akan dihantar jemputan untuk melengkapkan video temuduga atas permintaan. Wawancara video ringkas dan dirakamkan ini adalah peluang untuk anda memberitahu kami mengenai diri anda dan kelayakan anda. Anda juga akan melihat beberapa graduan semasa kami yang akan meminta anda beberapa soalan berasas kecekapan yang telah direkodkan. Anda boleh merakam temuduga di mana-mana lokasi yang membolehkan internet pada masa yang paling mudah untuk anda. Untuk setiap soalan, anda akan mempunyai 30 saat untuk menyediakan dan 3 minit untuk merakamkan jawapan anda.
Langkah 4: Temuduga Akhir
Ini adalah peringkat penilaian terakhir, di mana anda akan ditemuramah oleh Lembaga Pengajian Beasiswa untuk soalan-soalan berasaskan senario dan pengalaman akademik & kepimpinan anda.

Maklumat lanjut

Untuk info tambahan dan kemaskini terkini biasiswa shell 2018, anda boleh dapatkannya di laman rasmi melalui pautan berikut: https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html

Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2018/2019

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2018-2019 – Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 kini dibuka untuk permohonan.


Semua warganegara Malaysia yang layak adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara.


Keterangan Kemudahan BYDPA Sesi 2018/2019.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun.
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan BYDPA ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:
i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
v. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan; dan
vi. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.
Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Syarat Permohonan BYDPA 2018/2019

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.
Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.
Syarat-Syarat Khusus
a) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
b) Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
c) Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
d) Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau di universiti terkemuka dunia berdasarkan Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron’s Profiles Of American Colleges atau manamana universiti berprestij lain yang dipersetujui olah JPA seperti di Lampiran B2;
e) Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3; dan
f) Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

SENARAI UNIVERSITI TEMPATAN MERANGKUMI PELBAGAI BIDANG PENGAJIAN

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Lampiran B1

SENARAI UNIVERSITI TERKEMUKA DI DUNIA MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN
KLUSTER BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Lampiran B2
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Lampiran B3
KAEDAH PERMOHONAN
  1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
  2. Keterangan mengenai Program BYDPA Sesi Pengajian 2018/2019, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.
  3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 5 Februari 2018.
  4. Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) BYDPA Sesi Pengajian 2018/2019 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 2 Mac 2018 melalui serahan tangan atau pos ke:

    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 3, Blok C2, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 PUTRAJAYA
    (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
HUBUNGI
Pertanyaan mengenai BYDPA Sesi Pengajian 2018/2019 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3546/ 3053/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.


Info daripada: https://www.biasiswa.info