PERMOHONAN DAN TAWARAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) 2019

Permohonan dan Tawaran Biasiswa kerajaan negeri sabah (BKNS) 2019. akan dibuka bermula padatarikh yang akan diumumkan, pada tahun 2018 BKNS telah membuka portal untuk permohonan bermula pada  30 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 bagi permohonan, kepada mereka yang mencari DANA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi amat digalakan untuk memohon.


Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM / STPM atau yang setaraf / Matrikulasi, adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan. 



(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1.Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
JuruukurPertanian
Jurukur BahanPerakaunan
KejuruteraanSains Tulen
Kesihatan dan Perusahaan TernakSeni Bina (Architecture)
Pengurusan HartanahTeknologi Maklumat
2.Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
AkuakulturPerikanan
EkonomiPertanian
FarmasiPerubatan
Juru Ukur BahanPerhutanan
KejuruteraanPerubatan Veterinar
KomunikasiPsikologi
MatematikSains Alam Sekitar
MuzikSains Biologi Marin
Pelancongan dan HospitalitiSains Bioteknologi
PendidikanSains dan Teknologi Makanan
Pengajian IslamSains Komputer
Pengangkutan dan LogistikSains Tulen (Biologi/ Kimia/ Fizik)
Pengurusan LadangSeni Bina (Architecture)
Pengurusan HartanahTeknologi Maklumat
Pentadbiran PerniagaanTESL
PerakaunanUndang-Undang
Pergigian

(B) KELAYAKAN MEMOHON
1.Had Umur
Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
2.Kelayakan Akademik
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
Kursus Sarjana Muda
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.  Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.



Pemohonan Bagi Biasiswa kerajaan Negeri Sabah(BKNS) 2018 boleh dibuat melalui link ini. www.biasiswa.sabah.gov.my

Senarai  IPTA yang boleh memohon BNKS


Senarai  IPTS yang boleh memohon BNKS



LIHAT JUGA:

PERMOHONAN ONLINE BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM 2018