PANDUAN CARI KERJA MELALUI ONLINE: 8 PORTAL CARIAN KERJA TERBAIK DI MALAYSIA


Panduan cari kerja melalui online: pasti...anda sekarang hendak mencari pekerjaan yang baik dan bersesuaian dengan kelulusan akademik anda. Namun anda mungkin tidak tahu bagaimana dan dimana sumber portal yang sesuai untuk mencari pekerjaan. Pada zaman sekarang, si pencari kerja tidak perlu lagi merujuk media cetak seperti surat khabar sahaja. dengan melalui teknologi internet, terdapat banyak laman web bagi carian kerja dan masing-masing mempunyai skop yang amat luas dalam pelbagai bidang pekerjaan mengikut kesesuaian pengalaman dan akademik anda.

Bagi carian kerja melalui online di Malaysia, berikut adalah 8 portal yang dicadangkan kepada anda dan mungkin akan memberikan peluang pekerjaan yang terbaik.Portal berikut telah dikenalpasti dan akan melindungi maklumat peribadi anda dan disamping mematuhi undang-undang serta terdapat banyak peluang pekerjaan di Malaysia disenaraikan dalam laman web ini. 

lihat juga biasiswa CIMB BANK

8 portal carian kerja terbaik di Malaysia

1Jobstreet 
Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1997, JobStreet.Com adalah salah satu portal mencari pekerjaan yang popular. Portal ini membantu memudahkan pemadanan peluang pekerjaan antara pencari kerja dan majikan. JobStreet merupakan portal mencari kerja yang diiktiraf oleh Jabatan Sumber Manusia Malaysia dan pihak berkuasa.

2. Jobsmalaysia 
Jobsmalaysia juga merupakan portal pekerjaan yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia. Portal ini menawarkan pelbagai jenis peluang kerja dari pelbagai bidang dalam sektor awam dan juga sektor swasta.

3SPA Malaysia 
Portal ini dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan laman web SPA, satu portal yang popular bagi pencari kerja yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. Banyak peluang pekerjaan yang diiklankan pada setiap masa.



4. JenJobs

JenJOBS.com telah beroperasi sejak 2006 dan dimiliki oleh Agensi Pekerjaan JEN Software Professional Sdn Bhd sebuah syarikat pemenang anugerah yang ditubuhkan sejak tahun 1991. JenJOBS adalah platform e-rekrutmen terkemuka Malaysia yang direka untuk memenuhi pencari kerja yang berkualiti kepada bakal majikan dimana majikan memaparkan iklan pekerjaan dan mencari calon manakala pencari kerja mencari dan memohon pekerjaan impian mereka.

5. Careerjet 
Sebuah enjin carian pekerjaan yang menumpukan pekerjaan baharu kepada pencari kerja yang direka untuk membuat proses mencari pekerjaan di internet lebih mudah bagi pengguna. Ia memaparkan pilihan tawaran pekerjaan yang tersedia di internet dalam satu pangkalan data yang luas dengan merujuk senarai pekerjaan yang luas dari laman web agensi pekerjaan. Tawaran pekerjaan yang diperolehi akan terus ditujukan kepada syarikat yang berkenaan.

6. JOBDB 
Jora Malaysia adalah enjin carian untuk pekerjaan di seluruh Malaysia dimana para pengguna boleh mencari beribu-ribu peluang kerjaya, dari pelbagai sumber atau laman web pekerjaan dari seluruh Malaysia. Satu enjin carian yang mudah digunakan.

7Maukerja 
Portal pekerjaan yang menawarkan kerja yang khusus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Sebagai enjin pencarian pekerjaan yang terkini di Malaysia, MauKerja menawarkan ribuan jawatan kosong terkini dari sektor kerajaan mahupun swasta di seluruh Malaysia. Dikategorikan secara sistematik mengikut negeri dan pengkhususan untuk kemudahan anda, MauKerja menawarkan jawatan eksekutif muda dan bukan eksekutif buat anda yang mencari kerja kosong. Dengan pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan; seperti kerja Sepenuh Masa, Sambilan, Sementara, Praktikal mahupun Kerja di rumah atau secara online, MauKerja semestinya satu-satunya pusat bermulanya perjalanan karier idaman anda.

8. Jobscentral 
Laman yang mendapat sokongan di kalangan pencari kerja. Juga merupakan laman pekerjaan yang aktif di Malaysia dan menawarkan banyak peluang jawatan kosong dalam bidang swasta.

Semoga perkongsian ini berguna untuk pencari-pencari kerja terutama lepasan institut pengajian tinggi yang ada di negara kita. Rajin-rajinlah membuat survey di internet agar dapat mencari kerja yang diidamkan dan jangan lupa untuk update setiap resume anda.

Lihat juga:

CARA-CARA DAN PANDUAN MEMOHON KERJA KERAJAAN MELALUI “ONLINE” (SPAi8)



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});