BANTUAN DANA EHSAN-YAYASAN PELAJAR MARA

Bantuan dana ehsan yayasan pelajaran pendidikan Mara untuk pelajar daripada golongan susah.


Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan sebagai usaha membantu membiayai pelajar lepasan sekolah yang memenuhi kelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Perlaksanaan SDEP sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Bantuan secara "one-off" kepada pelajar - pelajar Bumiputera yang berkelayakan untuk memastikan mereka dapat meneruskan pengajian mereka tanpa sebarang kesulitan disamping sebagai dorongan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, ini diharapkan dapat meringankan beban tanggungjawab mereka dan membolehkan mereka menumpukan kepada aktiviti pengajian mereka.




MISI

  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
  • Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.

OBJEKTIF

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.
Sumber info daripada YPM

perhatian unyuk mendapat info yang lebih lanjut anda diminta untuk ke laman sesawang ypm