Semakan UPU Di hujung Jari Anda melalui telefon pintar anda

Menyemak keputusan UPU anda melalui telepon pintar anda. Sehingga kini, anda telah diberikan kemudahan untuk menyemak keputusan UPU online anda melalui melalui telepon pintar. UPU MOBILE adalah satu aplikasi yang terdapat di android application di google play yang boleh dimuat turun secara percuma. yang dibangunkan oleh jabatan pengurusan kemasukan pelajar pendidikan tinggi. Dan tujuan utama ianya adalah, untuk membantu anda menyemak kepatusan dan juga INFO yang terkini melalui "hujung jari anda"

Jika anda menggunakan Android sila masuk ke GOOGLE PLAY, dan search UPU dan muat turun aplikasi tersebut.




Aplikasi UPU yang terdapat di android mempunyai fungsi yang berbeza.

Antara aplikasi UPU yang terdapat di google play adalah:

UPUONLINE-Anda boleh menyemak status dan syarat permohonan ke Politeknik, IPTA dan ILKA dengan pantas dan mudah. melaluinya, orang yang mengunakan aplikasi ini akan disambungkan ke laman portal rasmi bahagian kemasukan pelajar, jalan pendidikan tinggi.

UPUMOBILE- untuk mendapatkan infomasi yang tepat dan berkaitan kampus IPTA yang utama bolehlah melalui aplikasi ini.

UPUPOCKET- aplikasi dimana membantu anda dan ibu/bapa/penjaga untuk mendapatkan perkhidmatan dan rujukan berkenaan UPU.

semua aplikasi yang dibangunkan mempunyai fungsi-fungsi yang dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarat khususnya.

dapatkan info melalui laman sesawang rasmi kementerian pendidikan tinggi