PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH KPM ONLINE TAHUN 2019

PERMOHONAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  TAHUN 2019


Makluman Awal kepada ibu/bapa/penjaga, sukacita ingin di kongsikan kepada anda semua dimana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kemasukan ke prasekolah untuk tahun 2019 pada bulan Mac 2018. Bagi ibubapa/penjaga  yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke prasekolah KPM untuk sesi 2019 boleh la membuat permohonan secara online atau pun secara manual.

INFO TARIKH PERMOHONAN


Sila baca serba sedikit butiran di bawah untuk memastikan tarikh dan cara untuk memohon.


TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Secara Dalam Talian (ONLINE) Melalui
Bermula 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
Permohonan Secara Manual Melalui Sekolah
Bermula 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018
 

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

1. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja yang layak untuk memohon.

Untuk makluman kepada ibubapa, sebelum membuat permohonan adalah dinasihatkan untuk membaca dan meneliti Manual Pengguna Ibu Bapa/Penjaga yang boleh dimuat turun di https://eprasekolah.moe.gov.my/.

SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN RAYUAN


Tarikh Semakan keputusan permohonan dan rayuan akan ditetapkan oleh KPM setelah permohonan dibuka. Semakan keputusan permohonan dijangka boleh dibuat pada Ogos 2018 nanti dan rayuan selalunya boleh dibuat dalam tempoh 2 minggu setelah keputusan rasmi permohonan dikeluarkan oleh KPM. Semakan keputusan permohonan dan rayuan juga boleh dibuat secara online dan secara manual.


Info lengkap akan dikemaskini setelah tarikh semakan dan rayuan telah dikeluarkan kelak.

sumber daripada laman sesawangan KPM