CARA-CARA SISTEM KELAYAKAN PERKHIDMATAN AWAM(JPA)

Bagi pelantikan di dalam sektor perkhidmatan AWAM, kelayakan sijil akademik perlulah diiktiraf oleh jabatan perkhidmatan Awam(JPA) dan juga kementerian pendidikan TInggi(KPT).


Pada tahun 2002, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan bilangan 8 tahun 2002 bertajuk" senarai kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan perlu digunakan dalam urusan pelantikan ke dalam perkhidmatan Awam" dan ini adalah amat penting kepada orang ramai untuk mengetahui sama ada sijil akademik seperti DIPLOMA, DEGREE, MASTER atau PHD telah diiktiraf oleh JPA atau tidak.


Melalui itu, sistem pengiktirafan kelayakan perkhidmatan awam atau eSisraf, anda boleh melihat pada bila-bila masa, sama ada sijil program yang ditawarkan oleh IPT tersebut boleh digunakan untuk permohonan masuk dalam sektor AWAM atau tidak.

selalunya, program-program yang telah mendapat pengiktirafan penuh daripada MQA, secara amnya akan mendapat kelayakan didalam sistem  eSisraf . namun, tetapi, bagi program-program yang baru mendapat PA di dalam sistem MQA tidak akan disenaraikan di dalam sistem  eSisraf

Anda boleh memeriksa melalui eSisraf untuk melihat samaada program yang anda ambil di IPT boleh digunapakai bagi permohonan masuk ke dalam sektor AWAM atau tidak.


Sila masuk ke laman sesawang eSisraf