SENARAI UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA DALAM NEGARA TERSENARAI BAGI SKIM BIASISWA MYBRAINSC

Senarai Universiti Awam dan Swasta dalam negara tersenarai bagi Skim Biasiswa MyBrainSc.


Ini adalah garis panduan bagi anda sebelum membuat permohonan online bagi mendapatkan beasiswa MyBraninSc. dan hanya universiti yang tersenarai sahaja yang membolehkan anda membuat permohonan bagi Biasiswa ini.

Berikut adalah senarai bagi university awam dan swasta di dalam Negara bagi rujukan anda sebelum membuat permohonan bagi Skim Biasiswa MyBrainSc

Lihat Juga:


SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Universiti Malaysia Pahang
  • Universiti Malaysia Perlis
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Terengganu
  • Universiti Malaysia Kelantan
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Universiti Sains Islam Malaysia
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA
  • Aimst University
  • Asia Pacific University College of Technology and Innovation
  • Curtin University of Technology Sarawak Campus
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences
  • Help University College
  • INTI International University
  • Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Limkokwing University of Creative Technology
  • Management and Science University
  • Monash University Sunway Campus
  • Nilai University College
  • Sunway University College
  • Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  • Taylor’s University College
  • The University of Nottingham Malaysia Campus
  • UCSI University
  • Universiti Industri Selangor
  • Universiti Kuala Lumpur
  • Universiti Multimedia
  • Universiti Teknologi Petronas
  • Universiti Tenaga Nasional
  • Universiti Tun Abdul Razak
  • Universiti Tunku Abdul Rahman

Semoga info ini dapat membantu anda, semoga berjaya dalam permohonan Skim Biasiswa MyBrainsc.



LANGKAH BAGI MEMOHON SKIM BIASISWA MyBrainSc

Langkah bagi Memohon skim biasiswa MyBrainSc, Permohonan adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti  pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA). 



Skim biasiswa MyBrainSc ini merupakan sebuah program dibawah kementerian pendidikan Malaysia(Bahagian pendidikan Tinggi) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

BIDANG PENGAJIAN

  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

1)Ph.D;

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.
Lihat Juga: Permohonan Pembiayaan MyBrain15(MyPHD&MyPHD Industri

2) Sarjana;
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
3) Ijazah pertama;
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; dan
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
PERJANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;
  • Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
  • Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.

PERMOHONAN
  • Permohonan dibuka setahun sekali (sila click lick ini untuk mengetahui tarikh bagi permohonan terkini >> MyBrainSc
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPT
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima
  • panduan mengimbas dokumen sokongan
  • panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF
  • Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
  • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawal / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
Lihat Juga;
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

i) Permohonan peringkat Ijazah Sarjana Muda :
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
  • Gambar berukuran passport
  • Slip Keputusan SPM
  • Transkrip penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/IB/A-level/Diploma/SAT
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)
ii) Permohonan peringkat Master :
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
  • Gambar berukuran passport
  • Slip Keputusan SPM
  • Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
  • Rancangan penyelidikan
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)

iii) Permohonan Peringkat PHD
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
  • Gambar berukuran passport
  • Slip Keputusan SPM
  • Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
  • Transkrip penuh Master
  • Rancangan penyelidikan
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)
KAEDAH PEMILIHAN

Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan
Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik; dan
Pemilihan bersama dengan agensi penaja lain seperti JPA, MARA dan lain-lain.

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (KPM) TINGKATAN 1 TAHUN 2019

Permohonan online kemasukan ke sekolah berasrama penuh (KPM) tingkatan 1 tahun 2019. Bagi pelajar-pelajar darjah 6 tahun 2018 yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh(SBP) kementerian pendidikan Malaysia (KPM), anda diperlawa untuk membuat permohonan yang telah dibuka pada 27 Ogos 2018 sehingga 30 September 2018.


Ujian kemasukan sekolah berasrama penuh akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah. kepada ibubapa yang merancang untuk membuat permohonan online bagi anak-anak mereka. anda perlu mengetahui panduan-panduan yang khusus sebelum membuat permohonan.

Panduan AM

  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
  • Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT
  • Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
  • Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
  • UKSBP - Ujian kemasukan sekolah berasrama penuh (UKSBP) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Uksbp akan dilaksanakan dalam tempoh 15 hingga 18 oktober 2018. TIADA UJIAN ULANGAN akan dilaksanakan.
Lihat Juga:

Panduan Khusus

MAKLUMAT 1-5 AKAN DIPAPARKAN BERDASARKAN DATA PENDAFTARAN UPSR 2018 DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.
  1. NAMA CALON
  2. ANGKA GILIRAN
  3. NO. MYKID/ NO. MYKAD
  4. JANTINA
  5. KOD DAN NAMA SEKOLAH
  6. KEWARGANEGARAAN
        7. STATUS MURID
        8. KETURUNAN
9. AGAMA 
       10. KEMAHIRAN JAWI 
       11. KEMAHIRAN AL-QURAN
       12. KELAYAKAN SIJIL AGAMA
       13. Berminat mengikuti DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) di                      Tingkatan 1 

Pilih YA / TIDAK bagi pemohon yang berkecenderungan/ berminat untuk mengikuti program pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (Dual Language Programme (DLP)) semasa di Tingkatan Satu (1) sesi persekolahan 2019. Senarai SBP untuk dipilih bergantung kepada pilihan ini. 

14. SBP PILIHAN - SILA NYATAKAN SBP PILIHAN PEMOHON

Hanya satu Pilihan SBP sahaja dan adalah WAJIB diisi. *Penawaran tidak tertakluk kepada sekolah yang di pohon.

 15. JENIS ALIRAN (SEKOLAH BERASRAMA PENUH)  

Jenis aliran adalah mengikut SBP pilihan pemohon berkaitan, berdasarkan kod keterangan di bawah:
16. PILIHAN PUSAT UKSBP - SILA NYATAKAN PUSAT UJIAN PILIHAN PEMOHON 
17. MAKLUMAT KEPIMPINAN  
18. KEGIATAN KO-KURIKULUM
19. NAMA BAPA  Sila nyatakan Nama Penuh Bapa 
20. NO. MYKAD BAPA  Sila nyatakan No. Mykad Bapa 
21. KEWARGANEGARAAN BAPA
22. PEKERJAAN BAPA Sila nyatakan Pekerjaan Bapa dengan memilih ruang berkaitan, berdasarkan butiran yang dipaparkan. 
23. SEKTOR PERKHIDMATAN BAPA
BAPA MERUPAKAN ALUMNI SBP
Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
 25. NAMA IBU Sila nyatakan Nama Penuh Ibu 
 26. NO. MYKAD IBU Sila nyatakan No. Mykad Ibu 
 27. KEWARGANEGARAAN IBU
28. PEKERJAAN IBU
29. SEKTOR PERKHIDMATAN IBU
30. IBU MERUPAKAN ALUMNI SBP -Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
 31. PENDAPATAN BULANAN BAPA/ PENJAGA UTAMA
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan bapa/ penjaga utama pemohon dalam Ringgit Malaysia (RM) dengan mengisi dan memilih ruangan berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
 32. PENDAPATAN BULANAN IBU/ PENJAGA KEDUA 
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan ibu atau penjaga pemohon dalam Ringgit Malaysia (RM) dengan mengisi dan memilih ruangan berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
 33. BILANGAN TANGGUNGAN
Sila nyatakan bilangan anak di bawah tanggungan ibu/bapa pemohon dengan memilih ruangan yang berkaitan.
34. (a) dan (b) ALAMAT SURAT MENYURAT
Isikan petak yang DISEDIAKAN dengan alamat surat menyurat PEMOHON YANG TERKINI untuk dihubungi. SILA PASTIKAN PENGISIAN PETAK ALAMAT tidak termasuk bandar,poskod dan negeri. Sila pastikan maklumat bandar,poskod dan negeri diisi di ruangan yang telah dikhaskan

Lihat panduan di sini

Bagi permohonan secara  online kemasukan Sekolah berasrama Penuh (SBP) sila ke link ini
daftar online tingkatan 1 SBP 

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN MJII BERANANG DAN KKTM KUANTAN AMBILAN SESI OKTOBER 2018

Permohonan online kemasukan MJII beranang dan KKTM Kuantan bagi ambilan Oktober 2018 dibuka bermula pada 1 Ogos 2018 sehingga 14 September 2018 sebelum jam 12.00 tengahari.


Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan pendidikan Teknikal dan latihan Vokasional (TVET) di MJII Beranang dan KKTM Kuantan, anda diperlawa untuk membuat permohonan secepat mungkin bagi mengelakkan tercicir mendapatkan tempat anda.

bagiu permohonan online, anda boleh buat melalui link ini
>> http://apponline.mara.gov.my/spupim/

Sistem permohonan online ini akan di tutup pada 14 September 2018 selepas 12.00 tengahari. dan semakan bagi permohonan anda boleh dibuat bermula pada 10 September 2018 sehingga 14 September 2018. untuk melakukan semakan sila ke link ini. >> https://www.ekemahiran.edu.my/result/

Bagi pelajar yang berjaya mendapatkan tempat di MJII atau KKTM, anda dikehendaki untuk membuat pendaftaran bagi pelajar baharu pada 24 September 2018

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
03-261 34611/34612/3461/34605/34589

Dapatkan info pendidikan melalui mypendidikanmalaysia.com
lihat juga sumbermalaysia.com

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE INSTITUSI TVETMARA-KKTM, MJII DAN IKM AMBILAN SESI MEI DAN JULAI 2019

Permohonan online kemasukan ke Institusi TVETMARA-KKTM, MJII dan IKM bagi sesi ambilan MEI DAN JULAI 2019 dibuka bermula pada 03 MAC 2019 sehingga 22 APRIL 2019 sebelum 12.00 Tengah hari.



Pendidikan Teknikal dan latihan Vokasional yang dikenali sebagai TVET adalah amat penting dan ianya menjadi keperluan  bagi mempersiapkan pelajar-pelajar untuk mampu bersaing dalam bidang-bidang tertentu.

Dalam tahun-tahun yang mendatang, TVET ini akan menjadi pemangkin untuk anak-anak muda bagi menjadi profesional dalam bidang mereka. TVET ini menitikberatkan dalam bidang Teknikal dan juga Vokasional.

bagi anda yang ingin membuat permohonan bagi kemasukan ke TVETMARA -KKTM/IKM (selain daripada MJII & KKTM Kuantan). Sila klik ke link ini
 http://apponline.mara.gov.my/spupim/

Pengambilan MEI 2019

  • Bagi KKTM Kuantan, MJII & KKTM Ledang

Pengambilan JULAI 2019

  • Selain dari KKTM Kuantan, MJII & KKTM Ledang

Bagi semakan untuk mengetahui keputusan kemasukan ke KKTM/IKM bagi sesi Ambilan MEI DAN JULAI 2019, Semakan melalui online boleh dilakukan bermula pada 10 hari daripada tarikh tutup Result

Lihat Juga: 
Bagi Permohonan boleh dibuat melalui 2 kaedah

1) Permohonan Online Melalui UPU

- Bermula pada 4 Mac 2019 sehingga 2 April 2019

Pautan untuk permohonan : http://upu.moe.gov.my/web/

2) Permohonan Online Melalui UPIM

- Bermula pada 4 Mac 2019 sehingga 22 April 2019

Pautan untuk permohonan : http://apponline.mara.gov.my/spupim/



Bagi mendapatkan info yang lengkap anda boleh ke portal rasmi tvetmara melalui link ini. http://www.tvetmara.edu.my/

SEMAK ONLINE DAFTAR NAMA PENERIMA IJAZAH KEHORMAT DAN IJAZAH KEDOKTORAN UNIVERISTI MALAYSIA BAGI TAHUN TERKINI

Semak online daftar nama bagi penerima ijazah kehormat dan ijazah kedoktoran universiti di Malaysia bagi tahun terkini. Di Malaysia bagi penerima Ijazah kehormat dan juga Ijazah kedoktoran dikehendaki untuk mendaftar nama mereka dalam portal khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT). Ini adalah bertujuan untuk memudahkan mengesan pakar-pakar dalam bidang yang tertentu bagi tujuan rujukan dan semakan umum.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyediakan Portal daftar nama penerima Ijazah kehormatan dan Ijazah Kedoktoran untuk memudahkan masyarakat umum membuat semakan. Dengan Portal semakan ini anda boleh membuat semkan secara online pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bagi membuat semakan Daftar nama penerima Ijazah Kehormatan dan Ijazah Kedoktoran anda boleh semak melalui Link ini

 https://dohe.moe.gov.my/award/tables.php

Dalam senarai Universiti yang terdapat di dalam portal tersebut adalah sebanyak 63 Universiti antaranya:

Universiti Malaya
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Malaysia Pahang
Universiti Sultan Zainak Abidin
UniversitiSains Malaysia
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Teknologi Mara
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Utara Malaysia
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaysia kelantan
Universiti Pertahanan Nasional
Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia ( AIMST Universiti)
Management and Science  Univerisity (MSU)
Universiti Terbuka Malaysia (OPEN UNIVERSITY-OUM)
Multimedia University (MMU) Campus Cyberjaya
International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tunku Abdul Rahman Kampus Kuala Lumpur (UTAR)
Universiti Terbuka WAwasan (WOU)
Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing(LUCT)
Universiti Teknologi Nasional  (UNITEN) Kampus Putrajaya
Unitar International University (UNITAR)
Asia E- University (AEU)
Malaysia University Of Science and Technology (MUST)
Al-Madinah International University ( MEDIU)
Internqational Madical Univeristy
Binary University Of Managementa and entrepeneaqurship
Sunway Univerity
University Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)
Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Kampus Bandar sri Damansara
Segi University
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Koleh Universiti Sains Perubatan Cyberjaya
Universiti Tunku Abdul Rahman Kampus SG. LONG (UTAR)
Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute ( UNIKL BMI)
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UNIKL MICET)

Bagi mendapatkan senarai lengkap sila click link ini  Senarai Universiti 

Lihat juga:

Permohonan Skim Pembiayaan Upskiling yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera 
Cara-cara semak SSPN-i/SSPN-i Plus Penyata anak anda
Panduan dan semakan i-suri KWSP

Dapatkan info pendidikan di Malaysia melalui mypendidikanmalaysia.com




SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE JORDAN BAGI TAHUN 2018/2019

Hebahan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di Jordan bagi tahun 2018/2019. Bagi anda yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Jordan sudah semestinya ingin mengetahui keputusan permohonan anda.


Semakan mengetahui keputusan ini boleh dibuat bermula pada 6 Ogos (Isnin) pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi semester baru universiti di Jordan bermula di antara 9-23 September 2018, Education Malaysia Jordan (EMJ) menetapkan tarikh ketibaan pelajar baru ke Jordan adalah bermula pada 28 Ogos hingga 1 September 2018.

Untuk membuat semakan anda boleh ke Link ini

Maklumat ini bertujuan bagi penyediaan pengangkutan, penempatan dan urusan pendaftaran pelajar di universiti. Sebarang kelewatan mengisi maklumat berkenaan akan menyebabkan urusan-urusan tersebut tergendala dan menjejaskan proses kemasukan ke universiti.

Bagi urusan permohonan visa ke Jordan pula adalah percuma dan boleh diperolehi di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia Amman Jordan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kaunter 4, Aras G, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.
03-8870 6226/6627

PERMOHONAN BAGI SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Permohonan bagi skim latihan akademik bumiputra (SLAB) dan skim latihan akademik latihan IPTA (SLAI).



Skim latihan ini adalah untuk membantu mereka yang mempunyai kelayakan yang tinggi untuk mencapai kualiti ke tahap yang baik. salah satu skim latihan yang akan membantu meningkatkan pencapaian anda.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kualiti anggota akademik berkelayakan PhD atau setaraf bagi mencapai 75% di Universiti Penyelidikan (RU) dan 60% di Universiti Bukan Penyelidikan pada tahun 2015.
  • Merupakan sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  • Menambahkan keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin, menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN SASARAN

Tutor, felo dan pensyarah di IPTA


PERINGKAT PENGAJIAN

Ijazah Kedoktoran atau setaraf

TEMPAT PENGAJIAN

Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan

IKATAN PERJANJIAN

Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan KPT bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA, maka baki kontrak tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu bermula dari tarikh pegawai melapor diri selepas menamatkan pengajian.
Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanjian, tindakan ganti rugi akan dikenakan.

SYARAT AM

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja;
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain;
  • Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan;
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti;
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib;
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal);
  • Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.
Lihat juga:

PERMOHONAN / PERTANYAAN


Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa 
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

PERMOHONAN ONLINE BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS, SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL DAN KOLEJ KENINGAU, SABAH BAGI TAHUN 2019

Permohonan online bagi kemasukan Murid berkeperluan khas tingkatan 1 dan tingkatan 4 di sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas, Sekolah menengah pendidikan khas Vokasional dan kolej keningau, Sabah bagi tahun 2019 kini dibuka.


kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka sistem permohonan online untuk permohonan. bagi permohonan tingkatan 1 sistem mula dibuka pada 1 Ogos 2018 sehingga 26 Oktober sebelum 12.00 tengah malam, manakala bagi permohonan tingkatan 4 pula sistem permohonan akan mula dibuka pada 16 Ogos 2018 sehingga 12 September 2018 sebelum jam 11.59 malam.

Penempatan bagi Tingkatan 1:

Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur
Sekolah menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang

Penempatan Bagi Tingkatan 4:

Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur
Sekolah menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang
Sekolah menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam
Sekolah menengah Pendidikan Khas Indahpura
Sekolah menengah Pendidikan Khas Kuantan
Sekolah menengah Pendidikan Khas Merbok
Sekolah menengah Pendidikan Khas Keningau

Anda boleh melakukan permohonan Online melalui Link ini
>> https://epkhas.moe.gov.my

Antara program yang ditawarkan adalah:

  • Desktop Publishing
  • Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga
  • perkhidmatan Estetik
  • operasi Pengemasan
  • Dandanan Rambut
  • pembuatan Pakaian Wanita
  • operasi Pengemasan
  • Oparasi pembuatan Perabot
  • pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik satu Fasa
  • peralatan penyamanan Udara HAVC-Satu Fasa (pemasangan, servis,Troubleshooting dan pembaikanpulihan)
  • Operasi pengeluaran Batik
  • penyediaan dan Pembuatan makanan
  • Penyelenggaraan & Servis Motosikal
  • pembuatan Roti
  • Atendan Landskap
  • pekerja ladang Ruminan
  • Operator Akuakultur
  • pembuatan Pastri
  • Operasi Servis makanan & Minuman
  • pembuat kanan Jahitan Kreatif
  • Operasi Perkhidmatan Dobi
  • Koordinator Lansdkap
  • pembuat pakainan Lelaki Kanan
  • rekaan & Jahitan pakaian (MPV)
  • pendawaian Domestik(MPV)
  • membuat Perabot (MPV)

Dapat in terkini pendidikan di Malaysia >> mypendidikanmalaysia.com




PERMOHONAN DAN SYARAT PINJAMAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN(PTPK)- PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN BAGI LEPASAN SEKOLAH

Permohonan dan syarat pinjaman tabung pembangunan kemahiran (PTPK)- Pinjaman latihan kemahiran bagi lepasan sekolah.


Kepada pelajar lepasan Sekolah dan ingin mengambil latihan kemahiran untuk mendapatkan Skills dalam bidang yang dipilih dan diminati. Anda boleh membuat pinjaman bagi mengikut krusus latihan yang ditawarkan oleh penyedia latihan kemahiran. Permohonan pinjaman PTPK ini boleh dibuat melalui penyedia latihan atau institusi yang berdaftar dengan PTPK sahaja.

PENGENALAN

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK

Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Syarat-Syarat Pinjaman

-Warganegara Malaysia
-Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
-Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
-Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
-Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
-Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
-Mengemukakan seorang penjamin.

anda mungkin ingin mengetahui:



Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :- 

  • Yuran pengajian.
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM 400 sebulan semasa tempoh latihan.
  • Bayaran premium untuk perlindungan insurans.              
  • Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan
Syarat-Syarat Penjamin
  1. Warganegara Malaysia
  2. Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
  3. Jika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
  4. Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
  5. Tidak diisytiharkan muflis.
Lihat Juga: 


Kaedah Bayaran pinjaman Latihan Kemahiran

Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)
Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.


Bayaran Balik Pinjaman

Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila Click link ini untuk direct access ke sistem Borang eMaklumbalas PTPK

dapatkan info terkini berkenaan pendidikan di Malaysia.
>> mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN DAN SYARAT PINJAMAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN(PTPK)- PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN BAGI BEKERJA

Permohonan dan syarat pinjaman tabung pembangunan kemahiran (PTPK) - Pinjaman latihan bagi pekerja. 




Kepada anda yang sudah bekerja dan ingin mengambil latihan bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang yang anda ceburi. anda boleh membuat pinjaman bagi mengikuti latihan kemahiran di institusi kemahiran yang berdaftar dengan Perbadanan tabung pembangunan Kemahiran (PTPK). dan mana-mana institusi yang berdaftar dengan PTPK, anda layak untuk mendapatkan pinjaman latihan bagi pekerja.

Pengenalan 

Di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMKe-10), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan dana pinjaman peningkatan kemahiran kepada golongan pekerja.Tujuan pembiayaan pinjaman ini adalah untuk meningkatkan kelayakan pekerja sama ada secara

  i. Menjalani latihan semula (Reskiling);
  ii. Menjalani latihan kemahiran baru untuk menyokong kemahiran sedia ada (Multiskiling);
  iii. Menjalani latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap (Upskiling);
atau
  iv. Menjalani latihan kemahiran bagi mendapatkan persijilan dari pengetahuan dan pengalaman kerja

Program Kemahiran yang dibiayai :
 Kursus kemahiran yang ditawarkan dibawah program adalah program yang diiktiraf oleh badan-badan persijilan seperti berikut :
  i. Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau
  ii. Persijilan dari institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); atau
  iii. Persijilan dari institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); atau
iv. Persijilan Profesional yang diiktiraf di peringkat Antarabangsa; atau
v. Persijlan selain daripada perkara (i) hingga (iii) diatas yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri.
 
Kadar Pinjaman

1. Kadar pinjaman adalah bergantung kepada program kemahiran dan tahap latihan yang diikuti oleh pelatih dengan nilai minimum sebanyak RM 750.00 hingga RM 24,000 yang merangkumi :
  i. Yuran Pengajian
  ii. Bayaran Premium insurans
 
2. Fi pentadbiran sebanyak 1% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.
 
Lihat Juga:



Syarat Peminjam

  Peminjam yang layak memohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut :-
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 hingga 45 tahun pada tarikh mula latihan;
  3. Syarat pendapatan dikecualikan;
  4. Hendaklah mengemukakan seorang (1) penjamin;
  5. Mestilah terdiri daripada salah satu kategori pekerja seperti berikut;

  a. Pekerja yang sedang bekerja; atau
  b. Pekerja yang telah diberhentikan (retrenched) atau yang berhenti                          sendiri di bawah Voluntary Separation Scheme (VSS); atau
  c. Pekerja yang bekerja sendiri.

  6.Telah bekerja sekurang-kurangnya enam (6) bulan di dalam pekerjaaan sekarang / terdahulu;
  7.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang bukan daripada golongan pengurusan dan professional;
  8.Tidak dapat mana-mana tajaan / pinjaman daripada agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain; dan
  9.Pemohon hendaklah menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran dan penalty terdahulu (Jika ada).
 
Syarat Penjamin

  Mengemukakan seorang penjamin yang memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM 700.00 sebulan;
  • Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan;
  • Tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu/bapa; dan
  • Tidak diisytiharkan muflis.

 
Kaedah Bayaran Pinjaman Latihan Kemahiran

  1. Peminjam digalakkan membuka akaun Bank RHB ; dan
  2. Pembayaran yuran latihan akan dibayar ke akaun peminjam dan dipindahkan secara terus ke akaun Penyedia Latihan.Bayaran premium insurans akan dibayar terus ke syarikat insurans.
 
Dokumen Permohonan / Penjamin Yang Diperlukan Permohonan


-Satu (1) salinan Kad Pengenalan pelatih yang telah disahkan.
-Surat Tawaran Latihan daripada PL kepada pelatih berserta struktur yuran latihan mengikut tahap yang telah ditandatangani oleh pelatih.
-Satu (1) salinan Pendaftaran Calon SKM / DKM / DLKM (JPK/T/1002) dan Resit Rasmi Bayaran Pendaftaran bagi program Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM).


  Perjanjian

  1)Satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang telah disahkan.
  2)Borang Persetujuan Untuk Mencarum Insurans Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
  3)Dokumen tambahan berikut diperlukan bagi kategori Pemohon berikut :

Pekerja yang sedang bekerja

  a. Surat pengesahan daripada majikan mengesahkan bahawa pelatih                          sedang bekerja di majikan sekarang.
  b. Salinan Slip Gaji Bulan Terkini dan Penyata KWSP / Penyata                                Caruman PERKESO untuk membukti telah bekerja / mempunyai                           pengalaman kerja melebihi enam (6) bulan.

 Pekerja yang diberhentikan
-Salinan Surat Pemberhentian Pekerjaan daripada majikan terdahulu.                 
-Satu (1) salinan akuan bersumpah pendapatan dengan menggunakan Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (semakan-1996) yang telah disahkan (jika mempunyai pendapatan bulanan)                       

 Pekerja yang bekerja sendiri

1)Satu (1) Salinan Penyata Pendapatan (LHDN) / Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan -1969) yang telah disahkan / Satu (1) salinan Surat Pendaftaran Perniagaaan Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (jika berkaitan)
2)Satu (1) salinan Bil Utiliti (bil air / Elektrik) yang terkini bagi pengesahan alamat tetap Pelatih dan Penjamin.
3)Satu (1) salinan gaji terkini / akuan sumpah pendapatan dengan menggunakan Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan – 1969) Penjamin (jika tiada slip gaji) dan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin.

Arahan Bayaran
satu (1) salinan Penyata Akaun RHB pelatih yang baru / aktif yang mengandungi maklmuat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank pelatih.
Semua permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran hendaklah dikemukakan melalui Penyedia Latihan Awam dan Swasta yang berdaftar dengan PTPK.

Bayaran Balik Pinjaman

1)Bayaran balik pinjaman bermula bulan berikutnya selepas tamat latihan;;
2)Maksimum tempoh pembayaran balik pinjaman adalah sehingga lima (5) tahun

3)Ansuran bulanan bayaran balik pinjaman adalah antara RM 150.38 sehingga RM 410.25

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila Click link ini untuk direct access ke sistem Borang eMaklumbalas PTPK

Bagi permohonan anda digalakan untuk masuk ke Website rasmi PTPK


Dapatkan :

mypendidikanmalaysia.com
sumbermalaysia.com


PERMOHONAN ONLINE DAN TAWARAN BIASISWA KUMPULAN DAIKIN MALAYSIA BAGI IJAZAH SARJANA MUDA TAHUN 2018

Permohonan online dan tawaran Biasiswa kumpulan Daikin Malaysia bagi program Ijazah Sarjana Muda tahun 2018 dibuka kepada anda untuk membuat permohonan.


Di malaysia jenama penghawa dingin Daikin memang terkenal dengan teknologi Cooling King® dan mampu menyejukan dengan cepat. Tetapi ramai yang tidak tahu dimana Kumpulan Daikin malaysia ada menawarkan dan menaja calon yang layak untuk memegang Biasiswa.

Kumpulan Daikin Malaysia memperlawa permohonan bagi yang layak untuk memohon Biasiswa Penuh Daikin Malaysia.

KELAYAKAN AM

1. Warganegara Malaysia
2. Pelajar sepenuh masa
3. Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda
4. Sudah diterima di Universiti Malaysia (IPTA / IPTS). Keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari IPTA.
5. Mempunyai keputusan akademik yang baik:

Lihat Juga: permohonan Biasiswa pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan bagi tahun 2018/2019

-Pelajar yang akan mendaftar ke program ijazah pertama tahun
  • SPM atau setaraf – min 6As + lulus semua subjek. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  • STPM atau setaraf – min 2As + lulus semua subjek.
  • MUET – min Band 4.

-Pelajar pada masa kini mengikuti program ijazah pertama tahun

  • SPM atau setaraf – min 6As + lulus semua subjek. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  • STPM atau setaraf – min 2As + lulus semua subjek.
  • MUET – min Band 4.
  • GPA minimum atau CGPA 3.00

6. Aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang cemerlang
7. Kemahiran komunikasi yang kuat
8. Memiliki sikap positif
9. Rekod kesihatan yang baik
10. Tidak menerima apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana organisasi
11. Ulama yang bebas dari sebarang kewajiban pekerjaan masa depan
12. Pelajar yang memenuhi kriteria di atas (1 hingga 11) adalah dialu-alukan untuk memohon. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari keluarga dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan atau lebih rendah.

Jenis Kursus Yang Ditawarkan Biasiswa

Sarjana Muda dalam:

1. Kejuruteraan (sebaik-baiknya dalam Elektrik & Elektronik, Mekanikal, Mekatronik, Pembuatan)
2. IT
3. Perakaunan
4. Perniagaan / Pengurusan

Kewajipan Penerima Biasiswa:

1. Ikatan bon perkhidmatan dengan syarikat yang menawarkan biasiswa untuk tempoh minimum penaja.
2. Bon akan bermula sebaik sahaja selesai kursus ijazah dengan surat pelantikan yang diberikan.
3. Perlu bekerja di syarikat penaja atau mana-mana syarikat subsidiari dalam Kumpulan Daikin Malaysia.
4. Melakukan latihan di syarikat penaja atau di mana-mana subsidiari dalam Kumpulan Daikin Malaysia semasa semester rehat.
5. Penerima biasiswa akan membayar balik 100% yuran biasiswa sekiranya dia berhenti dari syarikat atau ditamatkan dalam tempoh bon tersebut.

KAEDAH PERMOHONAN

1. Borang permohonan boleh dimuat turun di halaman ini di bawah.
2. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan mereka kepada daikin.scholarship@daikin.com.my dengan semua dokumen yang dilampirkan dalam format PDF.
3. Permohonan dibuka untuk penyerahan sekarang dan tutup pada 30 September 2018.


Lihat Juga: sumbermalaysia.com dan mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN SKIM BANTUAN AWAL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) 2018/2019

Permohonan skim bantuan awal institusi pengajian Tinggi(IPT) Yayasan Wilayah persekutuan (YWP) bagi tahun 2018/2019. bagi anak-anak kelahiran daripada Wilayah persekutuan anda boleh membuat permohonan dengan kadar segera.

Bantuan ini terbuka kepada anak-anak berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan menetap di Wilayah persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya/  Wilayah Persekutuan Labuan). dan telah berjaya mendapat tempat bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.
baca juga: pendidikan di Malaysia
Syarat Permohonan

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL /Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan
  • Pemohon yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
  • Kursus pengajian adalah bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran sepenuh masa sahaja


Cara Memohon

1. Muat turun borang permohonan bantuan >> http://yayasanwp.wixsite.com/ywp-web/skim-bantuan-awal
2. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
3. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-
  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.Penyata gaji / slip pencen terbaru ibu bapa / penjagaserta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri/ tidak bekerja.
4. Surat tawaran kemasukan ke IPT.
5. Gambar terbaru pemohon berukuran passport.
6. Surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat.

Perhatian

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan.Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak 

Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar:

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur
Tel : +603 2698 3073
Faks :+603 2698 3075

dapatkan info daripada sumbermalaysia.com

PERMOHONAN BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) BAGI TAHUN 2018/2019- IJAZAH PERTAMA

Permohonan Online biasiswa pengajian tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bagi tahun 2018/2019-Ijazah Pertama. pelawaan permohonan adalah dibuka kepada anak-anak kelahiran daripada Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan).


Bagi anak-anak kelahiran daripada Wilayah Persekutuan, Bantuan kewangan ini adalah bagi keluarga yang berpendapatan Rendah. Yang berjaya mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam sepenuh masa Ijazah Pertama Permohonan sedang dibuka kepada anda sekarang sehingga 24 Ogos 2018 sebelum jam 12.00 tengah hari.

KELAYAKAN AKADEMIK

  • Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
  • Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

Dapatkan info pendidikan di Malaysia 

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL /Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lainTawaran adalah tertakluk kepada :
  • Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam Kemasukan ke semester 1, Dokumen yang perlu disediakan
DOKUMEN


Salinan dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan wajib disahkan oleh pegawai kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga. Penyata gaji / slip pencen terbaru ibu bapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri/tidak bekerja.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA.(Jika ada)
  • Keputusan / transkrip peperiksaan:  SPM/STPM/MATRIKULASI/Asasi/Pra Universiti/ Foundation atau Diploma


CARA MEMOHON
  1. Muat turun borang permohonan di sini: http://yayasanwp.wixsite.com/ywp-web/sbpt-2018
  2. Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
  3. Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.
  4. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh 
  5. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.
  6. Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat :

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur

Dapatkan info terkini melalui sumbermalaysia.com

PERMOHONAN ONLINE PTPTN TERKINI DAN TERBAHARU

Permohonan Online Pinjaman PTPTN terkini dan Terbaharu, Laman sesawangan PTPTN telah dinaik tarafkan untuk kemudahan orang ramai. dan amatlah penting untuk anda mengetahui langkah yang betul sebelum membuat permohonan anda melalui online. ini adalah bagi mengelakkan kesalahan dan kemungkinan permohonan anda akan GAGAL jika mempunyai kesalahan dalam mengisikan BORANG  ONLINE  PINJAMAN PTPTN


Langkah demi langkah akan dikongsikan kepada anda agar tiada kesalahan dalam permohonan anda melalui sistem PTPTN online.

Bagi anda yang telah mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi dan ingin menguruskan sendiri pinjaman PTPTN anda . anda bolehlah rujuk dengan langkah-langah dibawah. tetapi sebelum tu ada beberapa document yang perlu disediakan.

Sebelum membuat permohonan Online, pelajar kena beli pin ptptn yang hanya di jual di BSN (mana-mana cawangan BSN) yang berharga RM 5.00 pelajar juga dikehendaki membuka acc. SSPN, minima deposit hanya RM 20.00 sahaja. Ketiga- Buka Acc. Bank (kena Rujuk dengan IPT , bank apa yang mereka daftarkan untuk PTPTN)

Untuk Pin PTPTN anda boleh boleh membuat pembelian secara Online, Sila Click disini 

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE

Langkah yang pertama- sila masuk ke portal rasmi PTPTN apabila anda telah masuk ke laman "website" ptptn, anda kena  cari ikon "Pinjaman Pengajian" dan klik disitu. seperti tertera di image.

Langkah Kedua- bagi permohonan pertama pinjaman pendidikan, sila Click "permohonan Pinjaman kali pertama"

Langkah Ketiga- Sila click "pendaftaran Permohonan Pinjaman"
Langkah Keempat- Pada yang telah membeli Pin /No. PTPTN anda boleh terus Click ikon dibawah.
Langkah Kelima-  untuk membuat pendaftaran baharu, anda dikehendaki untuk mengisi nombor kad pengenalan anda di "column" seperti dibawah, selepas tu pada column "tarik (hh/mm/yy)" sila lihat di slip pin ptptn seperti gambar dibawah, dan seterusnya isikan column "Masa(jjmmss)" mengikut number di dalam slip ptptn dan isikan column "No.PTPTN" ini adalah pin ptptn, sila rujuk di slip ptptn dan sila tekan "Daftar". Apabila daftar telah berjaya, anda diwajibkan untuk "create password" baharu sila ikut arahan yang diberikan.

Langkah Keenam- selepas penukaran passport baharu berjaya, anda dikehendaki untuk masuk kembali ke "LOG MASUK" untuk memasuki halaman permohonan PTPTN anda. gambar di bawah adalah contoh laman permohonan PTPTN. dan anda perlu masukan Info berkenaan dengan diri anda seperti, nama mengikut IC dan anda dikehendaki oleh mengisikan dengan lengkap

Langkah ketujuh- apabila semua info telah diisikan anda perlu TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA".

Lihat juga: Cara dan panduan bagi direct debit PTPTN 

Jika anda seorang yang bekerja jika isikan info anda, dan jika anda masih belajar, sila TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA"


seterusnya sila isikan butiran penjaga pertama anda (sebolehnya untuk mendapat pinjaman 75% daripada PTPTN ) penjaga pertama mestinya penerima BRIM.  dan seterusnya isikan juga butiran penjaga yang kedua. sila TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA"
Butiran mengenai akademik anda, jika anda adalah lepasan SPM sila TEKAN bahagian SPM. dan isikan butiran "subject" akademik anda, tetapi sebelum itu, anda diwajibkan untuk memilih berapakah "subject" yang anda ambil dan juga tahun berapakah anda anda SPM.

Lepas anda menekan "SIMPAN & SETERUSNYA" pada langkah keenam tadi. pautan seperti dibawah akan keluar, dan anda mesti melihat sekali lagi butiran-butiran yang anda telah isi di permohonan ONLINE PTPTN ini. dan jika anda pasti dan yakin semua butiran adalah betul , Sila tekan"YAH" dan ini adalah langkah yang terakhir bagi melengkapkan permohonan anda.

dan selepas itu , Image seperti dibawah akan keluar. ini menandahkan permohonan PTPTN anda akan diproses selama 6 hari bekerja daripada tarikh tutup PTPTN.( sila masuk ke laman ptptn di www.ptptn.gov.my, untuk mengetahui tarikh tutup permohonan PTPTN pada setiap "tarikh-tarikhkannya")
infomasi ini hanya sekadar untuk membantu dan memudahkan anda. selamat mencuba dan jika terdapat sebarang pertanyaan anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak PTPTN secepat yang mungkin. - www.ptptn.gov.my

Dapatkan info pendidikan di Malaysia
sumbermalaysia.com

BANTUAN KEPADA ANAK JOHOR TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR

Bantuan kepada anak Johor tabung latihan kemahiran Johor daripada yayasan Johor dibuka untuk membantu anak-anak kelahiran dari negeri Johor. ini adalah salah satu inisiatif kerajaan Negeri untuk membantu golongan orang susah bagi pembiayaian anak-anak mereka.


Kepada mereka yang ingin membuat permohonan, seharusnya anda perlu juga tahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Johor ini. ini akan memberikan anda panduan sebelum membuat permohonan.Keutamaan diberikan kepada mereka adalah : Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multi skill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)


Cara permohonan




Adakah anda ingin mengetahui syarat kemasukan JPJ Malaysia bagi lulusan SPM, Sila click disini.

Syarat Permohonan


  • Bermastautin tetap di negeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
  • Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
  • Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off) / pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)
  • Jenis Pensijilan:Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
  • Bidang latihan  yang  ditaja adalah  bidang  yang  menjadi  tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang   pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
  1. Hospitaliti dan Pelancongan
  2. Minyak & Gas
  3. Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor


kadar Bantuan

Contoh kiraan  :

Nama : Alif 
Institusi Kemahiran : Kolej Kemahiran Johor
Penaja : PTPK / YPJ

Hutang keseluruhan pinjaman dengan PTPK : RM 15,000
Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000

Jumlah bayaran balik : Dari keseluruhan hutang pinjaman bersama pihak PTPK, sebanyak RM 2,000 akan ditolak bagi mengurangkan jumlah bayaran balik pelajar.
Nota : pengiraan sebenar jumlah keseluruhan bayaran balik hendaklah dirujuk kepada badan penaja masing-masing.


pendidikan di Malaysia di mypendidikanmalaysia.com

dapatkan sumber yang akan memberikan panduan terkini; sumbermalaysia.com