PERMOHONAN PEMBIAYAAN MYBRAIN15 (MyPHD & MyPHD INDUSTRI)

Permohonan pembiayaan Mybrain15 bagi MyPHD dan MyPHD Industri, sejajar dengan pembangunan pendidikan di Negara kita Malaysia dan juga memberikan penekanan kepada pendidikan tinggi, Mybrain15 diperkenalkan khususnya untuk membantu pembiayaan kepada mereka yang melanjutkan atau ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran.


Pada setiap tahun permohonan bagi MyPHD dan MyPHD Industri (MyBrain15) akan dibuka kepada umum khususnya rakyat Malaysia. dan anda boleh lihat disini takwim permohonan penajaan yang terkini bagi mendapatkan tarikh yang terkini bagi permohonan anda.

MyPHD

Syarat-syarat Am 

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2018
3. Pemohon mestilah:

  • Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
  • Kakitangan swasta (tidak termasuk Pensyarah IPTS); atau
  • Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA yang berstatus kontrak/sambilan/sementara.

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
5. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana Kedoktoran atau setaraf semasa memohon MyPhD.
6. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.30 - 4.00;
  • Ijazah Sarjana Secara Penyelidikan ;atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.75 - 4.00.

7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Baki pengajian semasa menerima tawaran mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan dari tarikh daftar di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Kedoktoran atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.
8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:

  • Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
  • Pemohon kategori kakitangan swasta(tidak termasuk Pensyarah IPTS) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
  • Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

9. Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja.
10. Kategori penajaan hanya dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan tesis) sahaja.
11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS bertaraf sekurang-kurangnya 5 Bintang dalam rating SETARA .
12. Sila ambil maklum untuk kategori-kategori di bawah, sila hubungi Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik (UPKB), Bahagian Biasiswa untuk semakan status pinjaman terkini sebelum anda dibenarkan untuk membuat permohonan penajaan baharu.

  • Masih mempunyai bayaran tertunggak / tidak pernah membayar pinjaman Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); dan
  • Masih aktif di dalam rekod penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

13. Pemohon yang pernah membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sila hubungi PTPTN untuk semakan status pinjaman terkini sebelum anda dibenarkan untuk membuat permohonan penajaan baharu.
Tempat Pengajian

Lihat Juga: 



Kemudahan Elaun

i. Semua Universiti Awam

ii. IPTS bertaraf sekurang-kurangnya 5 Bintang dalam rating SETARA dan mestilah bukan kampus cawangan universiti luar negara.

iii.Kemudahan & Elaun

(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

Nota:


  1. Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
  2. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
  3. Elaun Bantuan Tesis dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki. Elaun ini juga hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian dalam tempoh tajaan sahaja.
  4. Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.


Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan

1. Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada ikatan Perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian.

2. Perjanjian boleh ditamatkan dan tuntutan ganti rugi boleh dikenakan terhadap pelajar sekiranya:

  1. Pelajar menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran;
  2. Pelajar diberhentikan pengajian oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan; atau
  3. Pelajar gagal dalam pengajian


Permohonan

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15

2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.

5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

7. Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:


DOKUMEN

  1. Gambar berukuran passport 
  2. Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  3. Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia(Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)
  4. Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana
  5. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan).
  6. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon Lihat disini untuk format doc.


8. Pemilihan calon akan dibuat melalui sesi temu duga yang akan dijalankan sebelum pemilihan akhir dibuat oleh Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi.

9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); 10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum boleh memuat turun surat tawaran MyBrain15. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

Bagi mendapatkan Info berkenaan MyPHD Indutri anda boleh ke link ini.
>> MyPHD Industri

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi :

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p : Unit MyBrain15)
Hotline : 03-8888 1616
Email : mb15@mohe.gov.my