SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE JORDAN BAGI TAHUN 2018/2019

Hebahan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di Jordan bagi tahun 2018/2019. Bagi anda yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Jordan sudah semestinya ingin mengetahui keputusan permohonan anda.


Semakan mengetahui keputusan ini boleh dibuat bermula pada 6 Ogos (Isnin) pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi semester baru universiti di Jordan bermula di antara 9-23 September 2018, Education Malaysia Jordan (EMJ) menetapkan tarikh ketibaan pelajar baru ke Jordan adalah bermula pada 28 Ogos hingga 1 September 2018.

Untuk membuat semakan anda boleh ke Link ini

Maklumat ini bertujuan bagi penyediaan pengangkutan, penempatan dan urusan pendaftaran pelajar di universiti. Sebarang kelewatan mengisi maklumat berkenaan akan menyebabkan urusan-urusan tersebut tergendala dan menjejaskan proses kemasukan ke universiti.

Bagi urusan permohonan visa ke Jordan pula adalah percuma dan boleh diperolehi di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia Amman Jordan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kaunter 4, Aras G, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.
03-8870 6226/6627