PERMOHONAN ONLINE PTPTN TERKINI DAN TERBAHARU

Permohonan Online Pinjaman PTPTN terkini dan Terbaharu, Laman sesawangan PTPTN telah dinaik tarafkan untuk kemudahan orang ramai. dan amatlah penting untuk anda mengetahui langkah yang betul sebelum membuat permohonan anda melalui online. ini adalah bagi mengelakkan kesalahan dan kemungkinan permohonan anda akan GAGAL jika mempunyai kesalahan dalam mengisikan BORANG  ONLINE  PINJAMAN PTPTN


Langkah demi langkah akan dikongsikan kepada anda agar tiada kesalahan dalam permohonan anda melalui sistem PTPTN online.

Bagi anda yang telah mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi dan ingin menguruskan sendiri pinjaman PTPTN anda . anda bolehlah rujuk dengan langkah-langah dibawah. tetapi sebelum tu ada beberapa document yang perlu disediakan.

Sebelum membuat permohonan Online, pelajar kena beli pin ptptn yang hanya di jual di BSN (mana-mana cawangan BSN) yang berharga RM 5.00 pelajar juga dikehendaki membuka acc. SSPN, minima deposit hanya RM 20.00 sahaja. Ketiga- Buka Acc. Bank (kena Rujuk dengan IPT , bank apa yang mereka daftarkan untuk PTPTN)

Untuk Pin PTPTN anda boleh boleh membuat pembelian secara Online, Sila Click disini 

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE

Langkah yang pertama- sila masuk ke portal rasmi PTPTN apabila anda telah masuk ke laman "website" ptptn, anda kena  cari ikon "Pinjaman Pengajian" dan klik disitu. seperti tertera di image.

Langkah Kedua- bagi permohonan pertama pinjaman pendidikan, sila Click "permohonan Pinjaman kali pertama"

Langkah Ketiga- Sila click "pendaftaran Permohonan Pinjaman"
Langkah Keempat- Pada yang telah membeli Pin /No. PTPTN anda boleh terus Click ikon dibawah.
Langkah Kelima-  untuk membuat pendaftaran baharu, anda dikehendaki untuk mengisi nombor kad pengenalan anda di "column" seperti dibawah, selepas tu pada column "tarik (hh/mm/yy)" sila lihat di slip pin ptptn seperti gambar dibawah, dan seterusnya isikan column "Masa(jjmmss)" mengikut number di dalam slip ptptn dan isikan column "No.PTPTN" ini adalah pin ptptn, sila rujuk di slip ptptn dan sila tekan "Daftar". Apabila daftar telah berjaya, anda diwajibkan untuk "create password" baharu sila ikut arahan yang diberikan.

Langkah Keenam- selepas penukaran passport baharu berjaya, anda dikehendaki untuk masuk kembali ke "LOG MASUK" untuk memasuki halaman permohonan PTPTN anda. gambar di bawah adalah contoh laman permohonan PTPTN. dan anda perlu masukan Info berkenaan dengan diri anda seperti, nama mengikut IC dan anda dikehendaki oleh mengisikan dengan lengkap

Langkah ketujuh- apabila semua info telah diisikan anda perlu TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA".

Lihat juga: Cara dan panduan bagi direct debit PTPTN 

Jika anda seorang yang bekerja jika isikan info anda, dan jika anda masih belajar, sila TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA"


seterusnya sila isikan butiran penjaga pertama anda (sebolehnya untuk mendapat pinjaman 75% daripada PTPTN ) penjaga pertama mestinya penerima BRIM.  dan seterusnya isikan juga butiran penjaga yang kedua. sila TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA"
Butiran mengenai akademik anda, jika anda adalah lepasan SPM sila TEKAN bahagian SPM. dan isikan butiran "subject" akademik anda, tetapi sebelum itu, anda diwajibkan untuk memilih berapakah "subject" yang anda ambil dan juga tahun berapakah anda anda SPM.

Lepas anda menekan "SIMPAN & SETERUSNYA" pada langkah keenam tadi. pautan seperti dibawah akan keluar, dan anda mesti melihat sekali lagi butiran-butiran yang anda telah isi di permohonan ONLINE PTPTN ini. dan jika anda pasti dan yakin semua butiran adalah betul , Sila tekan"YAH" dan ini adalah langkah yang terakhir bagi melengkapkan permohonan anda.

dan selepas itu , Image seperti dibawah akan keluar. ini menandahkan permohonan PTPTN anda akan diproses selama 6 hari bekerja daripada tarikh tutup PTPTN.( sila masuk ke laman ptptn di www.ptptn.gov.my, untuk mengetahui tarikh tutup permohonan PTPTN pada setiap "tarikh-tarikhkannya")
infomasi ini hanya sekadar untuk membantu dan memudahkan anda. selamat mencuba dan jika terdapat sebarang pertanyaan anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak PTPTN secepat yang mungkin. - www.ptptn.gov.my

Dapatkan info pendidikan di Malaysia
sumbermalaysia.com