PERMOHONAN SKIM BANTUAN AWAL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) 2018/2019

Permohonan skim bantuan awal institusi pengajian Tinggi(IPT) Yayasan Wilayah persekutuan (YWP) bagi tahun 2018/2019. bagi anak-anak kelahiran daripada Wilayah persekutuan anda boleh membuat permohonan dengan kadar segera.

Bantuan ini terbuka kepada anak-anak berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan menetap di Wilayah persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya/  Wilayah Persekutuan Labuan). dan telah berjaya mendapat tempat bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.
baca juga: pendidikan di Malaysia
Syarat Permohonan

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL /Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan
  • Pemohon yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
  • Kursus pengajian adalah bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran sepenuh masa sahaja


Cara Memohon

1. Muat turun borang permohonan bantuan >> http://yayasanwp.wixsite.com/ywp-web/skim-bantuan-awal
2. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
3. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-
  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.Penyata gaji / slip pencen terbaru ibu bapa / penjagaserta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri/ tidak bekerja.
4. Surat tawaran kemasukan ke IPT.
5. Gambar terbaru pemohon berukuran passport.
6. Surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat.

Perhatian

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan.Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak 

Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar:

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur
Tel : +603 2698 3073
Faks :+603 2698 3075

dapatkan info daripada sumbermalaysia.com