PANDUAN BANTUAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MASUK KE IPT- PERKESO

bantuan pinjaman/pembiayaan pendidikan masuk ke  Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) kepada anak-anak pencarum Perkeso. Atau dikenali sebagai Faedah Pendidikan.


Pertubuhan keselamatan Sosial atau dikenali sebagai PERKESO adalah salah satu inisiatif kementerian bagi melindungi pekerja-pekerja yang berdaftar dengan PERKESO sekiranya mendapat apa-apa musibah/kemalangan semasa menjalankan kerja/tugas yang diarahkan oleh pihak majikan.

Selain daripada itu, PERKESO juga memberikan bantuan pinjaman atau pembiayaan bagi pendidikan tanggungan orang yang diinsuranskan dikenali sebagai FAEDAH PENDIDIKAN.

FAEDAH PENDIDIKAN

merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada anak tanggungan sekiranya orang berinsurans:

  1. Meninggal dunia akibat bencana pekerjaan
  2. Menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1)Pemohon hendaklah anak tanggungan kepada penerima faedah berikut :

  • Faedah Orang Tanggungan (FOT);
  • Pencen Penakat;
  • Pencen Ilat;
  • Faedah Hilang Upaya Kekal secara berkala.

2) Belum mencapai umur 21 tahun semasa mengemukakan permohonan; atau Sekiranya telah mencapai umur 21 tahun, pemohon mestilah pernah menerima pinjaman PERKESO sebelumnya di peringkat Sijil / Diploma secara berterusan dan merupakan anak tanggungan penerima Faedah FOT / Pencen Penakat;

3) Belum Berkahwin;

4)Telah menerima tawaran daripada mana-mana Pusat Pengajian Tinggi dalam negara bagi mengikuti pengajian sama ada di peringkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga Tahap 3;

5)Telah membuat permohonan pinjaman dengan agensi pemberi pinjaman lain tetapi permohonan tersebut ditolak/gagal;

6)Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia;

7)Pengajian bersifat sepenuh masa;

8) Baki tempoh pengajian semasa memohon mestilah tidak kurang satu (1) tahun;

9)Jumlah kos yuran pengajian tidak melebihi kadar had maksima yang ditetapkan iaitu RM100,000.00 tidak termasuk perbelanjaan sara hidup;

10)Bagi pemohon yang menerima tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Kolej atau Universiti berkenaan hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan penubuhannya diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia (KPM);

11)Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi KPM;

12)Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, KPM dan telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi Penuh / Provisional daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang masih dalam tempoh sah laku;

13)Bagi pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 sehingga Tahap 3, kursus yang diikuti hendaklah mendapat sijil pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan sijil tersebut mestilah dalam tempoh sah laku ;

14)Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPM untuk mengikuti kursus berkenaan; Sekiranya kelayakan pemohon berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana yang dinyatakan di perkara (12) dan (13); dan

15)Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya.


 PERHATIAN :

Orang-orang berikut tidak layak memohon pinjaman ini:

  • Pelajar sekolah rendah atau menengah;
  • Adik-beradik orang berinsurans;
  • Pelajar peringkat matrikulasi / pra / asasi / foundation / sarjana / PhD

Pemohon yang pernah mendapat pinjaman PERKESO tetapi gagal / berhenti / membatalkan pinjaman sebelum tamat pengajian tidak layak memohon pinjaman kali kedua kecuali sekiranya telah menyelesaikan penuh baki pinjaman semasa.

Pembiayaan pinjaman hanya diberi untuk tempoh pengajian semasa sahaja.

Lihat Juga:

Tabung Dana Yayasan Pelajaran MARA
Cara permohonan Pinjaman PTPTN
Panduan Permohonan Kad Debit-i Bank Islam PTPTN

CARA PERMOHONAN

Permohonan pinjaman pendidikan perlu dibuat dengan memuat-turun borang di laman web rasmi PERKESO dan kemukakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut :

  • 1 keping gambar terkini pemohon berukuran passport;
  • 1 salinan sijil kelahiran yang telah disahkan ;
  • 1 salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
  • 1 salinan keputusan peperiksan peringkat PMR, SPM, STPM, Sijil, Foundation / A-Level / Matrikulasi / Diploma yang telah disahkan;
  • 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah yang telah disahkan;
  • Surat Tawaran Asal kemasukan ke IPT;
  • Surat pengesahan pendaftaran diri dari IPT / resit pembayaran pendaftaran / salinan kad pelajar;
  • Surat daripada IPT mengikut format PERKESO berhubung pengesahan kos yuran pengajian mengikut semester akademik terkini;
DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Pemohon yang bersetuju menerima tawaran pinjaman pendidikan hendaklah mendapatkan penjamin-penjamin dan menandatangani bersama dokumen PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN.


Sila klik disini

KADAR PERUNTUKAN

Peruntukan pembiayaan pinjaman pendidikan PERKESO hanya meliputi kos pengajian yang terdiri daripada yuran pendaftaran semester pertama, yuran pengajian, yuran peperiksaan dan yuran makmal untuk setiap semester manakala lain-lain yuran tidak dibiayai oleh PERKESO

Tiada peruntukan disediakan untuk kos elaun sara hidup pelajar :


Dibayar hanya kepada pelajar yang mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam

BAYARAN BALIK PINJAMAN

Pinjaman ini perlu dibayar balik bersama caj perkhidmatan oleh peminjam secara ansuran mengikut tempoh yang ditetapkan oleh PERKESO bermula pada bulan ke dua belas (12) daripada bulan terakhir peminjam menerima pembiayaan pinjaman pendidikan.

Sila Klik Disini

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.

anda dinasihatkan untuk kterus ke pejabat PERKESO yang terdekat dengan anda. atau hubungi

Talian Khidmat Pelanggan
1-300-22-8000
email: perkeso@perkeso.gov.my