PERMOHONAN DAN SYARAT PINJAMAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN(PTPK)- PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN BAGI LEPASAN SEKOLAH

Permohonan dan syarat pinjaman tabung pembangunan kemahiran (PTPK)- Pinjaman latihan kemahiran bagi lepasan sekolah.


Kepada pelajar lepasan Sekolah dan ingin mengambil latihan kemahiran untuk mendapatkan Skills dalam bidang yang dipilih dan diminati. Anda boleh membuat pinjaman bagi mengikut krusus latihan yang ditawarkan oleh penyedia latihan kemahiran. Permohonan pinjaman PTPK ini boleh dibuat melalui penyedia latihan atau institusi yang berdaftar dengan PTPK sahaja.

PENGENALAN

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK

Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Syarat-Syarat Pinjaman

-Warganegara Malaysia
-Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
-Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
-Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
-Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
-Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
-Mengemukakan seorang penjamin.

anda mungkin ingin mengetahui:



Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :- 

  • Yuran pengajian.
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM 400 sebulan semasa tempoh latihan.
  • Bayaran premium untuk perlindungan insurans.              
  • Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan
Syarat-Syarat Penjamin
  1. Warganegara Malaysia
  2. Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
  3. Jika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
  4. Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
  5. Tidak diisytiharkan muflis.
Lihat Juga: 


Kaedah Bayaran pinjaman Latihan Kemahiran

Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)
Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.


Bayaran Balik Pinjaman

Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila Click link ini untuk direct access ke sistem Borang eMaklumbalas PTPK

dapatkan info terkini berkenaan pendidikan di Malaysia.
>> mypendidikanmalaysia.com