PERMOHONAN BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) BAGI TAHUN 2018/2019- IJAZAH PERTAMA

Permohonan Online biasiswa pengajian tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bagi tahun 2018/2019-Ijazah Pertama. pelawaan permohonan adalah dibuka kepada anak-anak kelahiran daripada Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan).


Bagi anak-anak kelahiran daripada Wilayah Persekutuan, Bantuan kewangan ini adalah bagi keluarga yang berpendapatan Rendah. Yang berjaya mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam sepenuh masa Ijazah Pertama Permohonan sedang dibuka kepada anda sekarang sehingga 24 Ogos 2018 sebelum jam 12.00 tengah hari.

KELAYAKAN AKADEMIK

  • Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
  • Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

Dapatkan info pendidikan di Malaysia 

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL /Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lainTawaran adalah tertakluk kepada :
  • Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam Kemasukan ke semester 1, Dokumen yang perlu disediakan
DOKUMEN


Salinan dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan wajib disahkan oleh pegawai kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga. Penyata gaji / slip pencen terbaru ibu bapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri/tidak bekerja.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA.(Jika ada)
  • Keputusan / transkrip peperiksaan:  SPM/STPM/MATRIKULASI/Asasi/Pra Universiti/ Foundation atau Diploma


CARA MEMOHON
  1. Muat turun borang permohonan di sini: http://yayasanwp.wixsite.com/ywp-web/sbpt-2018
  2. Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
  3. Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.
  4. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh 
  5. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.
  6. Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat :

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur

Dapatkan info terkini melalui sumbermalaysia.com